Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Tuesday, April 5, 2011

:: My Prince Charming ::

assalammualaikum..


     hari ni saya nak tulis tentang ciri-ciri lelaki pilihan saya ataupun lebih dikenali "my prince charming"..hahaha.tak boleh blah pula bila nak share pasal my price charming ni..terlebih dahulu saya nak mention apa yang akan saya tulis ini takda kaitan dengan yang mati..cuma yg hidup je kot..hahaha..ok..kt mula..be serious ok..(menyampah)..urm.


    saya rasa almost girls dah menetapkan ciri2 calon suami mereka..mmg betul kita hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan..tapi sekurang2nya kita boleh berusaha untuk dapatkan yang terbaik untuk masa depan kita..saya nk bagi nasihat bnyak2 pun tak boleh sebab saya ni bukan pakar motivasi terutama bab2 cinta sebab saya sendiri takda kekasih hati..tp sikit2 boleh kot..antara ciri2 yang mesti ada dalam diri bakal suami saya:




1) MESTI & WAJIB jadi IMAM untuk saya dan anak2 saya nnti..yala dah nama pun ketua keluarga so kena bimbing saya yang iman masih senipis kulit bawang..tak payah cerita banyak2 la sbb ciri2 ni mmg common sangat dan semua orang nak pasangan mereka beriman kan..




2) saya suka lelaki yang BERPELAJARAN dan kalau boleh pendidikan dia mesti setaraf dengan saya,,bukan nak demand atau mengada cuma biarlah nanti anak2 kami akan terjamin masa depannya..tapi sebenarnya saya tak kisah kalau lelaki tu tak study tinggi pun tapi cukup dia ada bpendidikan dan cintakan ilmu..yela mungkin dia tak mampu nak sambung study hingga ke menara gading tapi saya tak blh terima klu lelaki tu saja taknak smbung study sebab memang tak minat nak belajar..confirm akan saya REJECT!! 


3) Mesti PENYABAR.. saya tak suka lelaki yang panas baran dan angin semacam je..saya mmg tak boleh hidup dengan lelaki mcm ni bukan pa nanti tak pasal2 saya kena pelempang dia..nama pun panas baran kan..sebab tu saya suka lelaki yang penyabar..dia sabar dengan sikap saya, dan sentiasa betulkan saya bila saya salah..sukanya bila ada lelaki yang selalu ingatkan kita tetang perkara yang baik..saya ni dahla kadang2 kuat marah jg kot tapi taklah over dan saya mesti pilih sebaliknya..hehehe


4) PENYAYANG & TERIMA SAYA SEADANYA.. dia mesti sayang saya..dan biarlah dia sayangkan saya lebih dari saya sayangkan dia.. sebab saya dah rasakan bila saya terlalu sayangkan lelaki itu tapi dia tinggalkan saya.. so biarlah jodoh saya nanti ikhlas sayang kan saya dan terima saya seadanya.. paling penting dia bukan hanya terima saya sahaja tapi dia harus terima seluruh keluarga saya..cintai keluarga sebagaimana kamu mencintai saya.. awat rasa mcm skema ja ayat2 saya ni..takpala..kt teruskan..


5) ya Allah saya akan jatuh cinta dengan lelaki yang pakai kemeja..hahah..entahlah saya rasakan lelaki yang pakai kemeja and slack sangat hensem dan smart..kat U saya ni hari2 duk tengok lelaki pakai kemeja..memang sedap ja mata memandang.. sebab tu saya suka lelaki yang GOOD LOOKING and SMART..at least dia tak selekah mcm penyamun dahla..yalah..1st impression tu kan penting..


6) pastu dia kena pandai buat LAWAK..tak tahu napa tapi saya suka lelaki yang lawak..tgk muka ja dah lawak..hahaha..yala bila dapat lelaki yang macam ni sure hidup kita penuh dengan gelak ketawa..bila ada masalah boleh hilang kalau akan ada lelaki yang sentiasa cuba untuk ceriakan hati kita..kalau boleh dia taknak kita sedih2..


7) ada lagi..saya tak suka lelaki yang kedekut dan mampus.. yala..nak hidup macam mana dengan lelaki yang berkira dan kedekut..nnti dating nak makan kena bayar asing2..nampak sangat tak gentlemen..dah dengan awek dah kedekut apa lagi dengan keluarga kita..mesti berkira pas dah kawin..susah2..hahaha..memang la saya akan kerja dan akan ada duit saya sendiri tapi takkan itu jadi alasan untuk dia berkira dengan kita..


saya rasa cukup dah kot..lau ikutkan hati memang banyak sangat nak tulis..tapi saya tahu tidak semua apa yang kita inginkan akan tercapai..dan macam tu juga bukan semua ciri2 yang inginkan ada pada lelaki akan hadir sebagai jodoh saya..tapi hanya saya inginkan lelaki yang boleh membimbing saya ke jalan -NYA dan sentiasa ingatkan saya tentang solat..terharunya saya bila akan ada lelaki seperti itu..syukur ke hadrat Allah jika aku dikurniakan insan seperti itu.. saya akui saya bukan wanita yang sempurna dan sebaik siti aisyah yang bertuah di sisi RASULULLAH tapi saya akan cuba membaiki diri saya untuk layak mendapatkan calon suami seperti yang saya impikan.. sebab wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan sebaliknya.. 




dan bila tiba masanya saya akan buka pintu hati saya untuk cinta dan itu bila Allah menginginkan saya untuk jatuh cinta..dan bagi mereka yang baca tulisan hati saya ini, apa yang kamu baca semua datangnya dari hati saya..dan mungkin satu hari nanti kamu akan lebih mengenali saya dengan tulisan saya walaupun kita belum berjumpa.. lawak la ayat saya,macam buat karangan pula..k la..cukup untuk malam ni.. panjang umur saya akan teruskan edit blog saya..


ASSALAMMUALAIKUM DAN SELAMAT MALAM SEMUA =)