Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Monday, January 30, 2012

bila PMS semua jadi tak kena

assalammualaikum..

okey hari ini saya dilanda PMS.. Patutlah rasa macam semacam je mood. Kemurungan melanda tapi selera makan makin kuat so bila kuat makan jadi gemuk pula. entahlah saya memang tak suka bila period ni. leceh sangat dan merimaskan sebab saya kadang-kadang tak boleh kawal emosi saya. Mulalah nak marah-marah lepas tu cepat sangat jadi sensitif.

bangun-bangun pagi je dan buka FB dapat berita yang membuatkan hati tersentap 360 darjah kot. terus takda mood dan terus rasa macam nak menangis. Berkali-kali dah pesan kat hati tapi tengoklah apa dah jadi. saya rindu sangat SANTY yang dulu. ya Allah kenapa ni. kenapa perasaan jadi macam ni.

sorry kawan dan sorry semuanya. saya memang tak boleh nak tipu perasaan saya. Sebab saya terlalu memikirkan benda yang mustahil dan benda yang tidak akan menjadi kenyataan. dan akhirnya saya yang jadi macam ni. Apatah lagi dengan PMS yang melanda. sumpah emosi akan meningkat mengalahkan orang gila.

masa inilah macam-macam yang berlaku. Dahlah berjauhan dengan keluarga dan saya rindu mereka dan sangat-sangat rindu mak saya. saya rasa macam nak balik rumah je sekarang dan lupakan apa yang berlaku dalam hidup saya. walaupun adakalanya saya bosan duduk rumah tapi kenyataan nya rumah itulah syurga saya.

lepas ni saya cuba jalani macam biasa dan biarkan semuanya berlaku mengikut tetapan dari Allah. kuatkan diri dan kuatkan semangat. 

mood sedih dan kecewa =(

Thursday, January 26, 2012

bila hati berbicara

assalammualaikum semua..

tajuk entry kita pada hari ini ialah bicara hati. ada apa dengan bicara hati. kenapa hati perlu berbicara. bagi saya hati saya sering berkata-kata. adakalanya apa yang berlaku membuatkan saya perlu mendengar kata hati.  sebab bagi saya kata hati selalu betul. tiada yang salah dengan hati. hati terlalu sukar untuk ditafsir tapi amat mudah untuk memahami.

mungkin luaran kita gembira. gelak ketawa menjadi peneman namun ada siapa yang tahu apa isi hati kita. apa yang hati inginkan. tiada siapa yang tahu wahai kawan kerana hanya kita yang tahu siapa kita. adakalanya hati begitu mudah untuk disentuh, begitu mudah untuk terjatuh namun bila hati disakiti sukar untuk diubati.

kenapa dan kenapa.. persoalan dan persoalan yang timbul sukar untuk dijawab. mungkin kali pertama namun sudah berkali-kali saya terluka dan dilukai. sudah cukup penat untuk terus bertahan. selagi saya mampu bertahan saya akan bertahan tapi sampai bila saya akan bertahan. saya sedih memang saya sedih. saya mungkin menipu perasaan saya tapi sejujurnya saya sedih.

berkali-kali saya pesan pada hati agar terus kuat. agar tidak mudah mengalah. apa saya yang terlalu sulit untuk dtafsir atau saya yang terlalu ego. tapi ada apa dengan ego seorang wanita. wanita yang mudah tersentuh dan mudah terasa. mungkin benar cinta di hati masih sukar untuk dimiliki.

saya hanya mampu menaip dan menaip tapi sampai bila jejari ini mampu menaip. mungkin apa yang berlaku tidak boleh dikongsi. tapi yang pasti pandang mata dan cuba selami ke dasar hati kita. kenapa begitu sukar bagi kau untuk cuba memahami diri ini walupun sedkit pun.

wahai hati bertahanla.. jangan biarkan hati ini terus tergores walau secalit pun. kerana sudah terlalu banyak hati mu merintih pilu. terlalu banyak kesakitan yang kau rasakan. jalani hidup mu seperti dulu kala. ceriakan wajahmu dengan gelak tawa dan gurau senda. ingatlah wahai hati pasti akan ada ruang dihati mu untuk dia yang benar-benar sayangkan kamu,

berhenti berbicara. hentikan segala tangisan yang ada. jangan biarkan hati terus menangis,. peliharalah hati dan insya allah kebahagian pasti milik mu. jadikan apa yang berlaku satu pengajaran dan ingatlah hati ini semua ada hikmahnya.




Tuesday, January 24, 2012

selamat datang ke Terengganu

assalammualaikum..

21/1/2012 alhamdulillah selamat sampai ke terengganu. Bertolak dari Kedah pukul 7 pagi dan sampai dengan selamatnya kat Kuala Berang pukul 8.30 malam. tak sangka pula perjalanan kami berjalan dengan baik dan selamat. 1st time wani bawa kereta balik terengganu. dan kami salute wani. go wani go!!

saya dan asma sampai dulu kat rumah wani. Diorang yang lain akan menyusul kemudian, 26/1 ni diorang datang rumah. Tak sabar pula nak berkumpul ramai-ramai dan gosip-gosip macam selalu. Sebab lepas ni salah sorang dari kami akan jadi isteri orang. mesti lain sangat nanti kan. Tapi tak kisah sebab kami tetap kawan sampai bila-bila.

seronok juga duduk Terengganu ni, 1day sampai je saya dah belajar cara nak buang ekor siput sedut. Dulu saya dengar je nama siput sedut ni tapi tak pernah pun rasa dan tengok depan mata. Dan buat pertama kali nya saya makan siput sedut. serious sangat sedap sampai saya gigit je siput tu. kelakar bila ingat balik.

lepas tu saya dan asma tolong wani buat apa yang patut. Tolong kemas rumah. kemas bilik pengantin dan tolong beli hantaran semua. memang kenangan yang terindah dalam hidup sebab saya tak pernah alami suasana kenduri kahwin kat semenanjung. dan seronok sangat dapat tolong wani buat yang terbaik untuk majlis kahwin dia.

sedar tak sedar kurang dari 8 hari lagi wani akan jadi isteri. Tahniah wani. semoga jadi isteri yang solehah yer. kami selalu doakn kebahagiaan wani dan safuan =) sebab kami tak sabar nak dapat anak buah yang comel2 mcm umi dan abi dia. =P

tapi disebalik kegembiraan kat terengganu ni ada pula benda yang menyebabkan saya sakit hati. sakit hati sebab dia. malas nak cakap panjang-panjang sebab dia tu memang suka buat saya macam ni. dua-dua keras kepala. dua-dua ego. tapi last minta maaf lepas tu buat lagi. pening-pening.

nak tengok gambar tak. urm kejap yer saya belek-belek dulu gambar apa yang ada. oh ya. sebelum terlupa saya beli dua novel terbaru. dan novel tersebut aadalah hasil karya penulis kesukaan saya. SITI ROSMIZAH dan FAUZIAH ASHARI. saya rasa siapa yang peminat setia novel mesti kenal siapa diorang ni kan. rugi la kalau tak pernah baca karya diorang.

kat Terengganu juga saya belajar masak. belajar makan makanan orang terengganu. Yelah kan mana tau dapat jodoh orang terengganu hahahahah.. (gelak jahat sampai sakit perut) tapi satu ja yang saya tak boleh faham sangat bila orang terengganu cakap pelat. sumpah saya akan blur dan tunggu otak mentafsir maklumat baru boleh faham. nasib ada wani tolong translate. susah-susah =(

oklah cukup setakat ni. saya nak mandi sebab badan pun dah melekit sangat. berjalan sakan dari Kuala Terengganu kan. esok-esok jalan lagi =)

gud nite dan till then guys =)






Tuesday, January 17, 2012

tugas sebagai pengapit

assalammualaikum..

rajin benar update blog nampak. ambil peluang yang ada untuk terus menaip sebab  lepas ini mungkin akan lebih susah untuk update blog,fb n twitter. yelah kena balik terengganu dan kena tolong bakal pengantin buat persiapan kahwin. TERUJA sangat (ni lah bila angan-angan terlalu tinggi)

sebelum saya terlupa tadi kami keluar kejap g changlun isi minyak kereta. lepas kami boleh pula singgah kat butik PEACE tanpa ada rasa bersalah dengan exam yang setia menanti kami. betul-betul tak sedar diri. tadi lepas hantar nor and ilah kat dewan exam so kami 4 org lagi keluar p meronda-ronda.

sebenarnya tak plan pun nak masuk butik PEACE tapi wani nak tengok baju untuk dia kahwin nanti. so kitorang pun dengan sehelai sepinggang dengan duit tak bawa taklah terliur nak tengok baju kat situ. walhal mata tu dah berkaca-kaca melihat baju-baju yang super cantik. 

TAPI tiba-tiba setelah mencuba baju-baju kat situ ok kami BERKENAN sangat. mulalah  kami berfikir untuk cari baju yang sama untuk majlis kahwin wani nanti. dan teka kami dah booked baju kat situ 6 helai ok.. 6 helai untuk kami 6 sahabat yang sememangnya super comel. perasan kejap. akhirnya tercapai juga hasrat nak beli baju yang sama untuk majlis kenduri nanti. dan yang pasti kami akan menyerah dan menonjol tapi taklah sampai over dari pengantin pula.. =)

dan yang paling buat saya teruja ialah saya akan jadi pengapit untuk majlis itu nanti. tak sangka sebenarnya akan diberi peluang untuk jadi pengapit untuk kenduri kahwin kawan baik sendiri. mula-mula tu ingat nak main-main je yelah sebab saya tak pernah jadi pengapit seumur hidup saya. dan bila wani offer saya suruh jadi pengapit saya pun setuju. mungkin akan jadi kenangan yang terindah dalam hidup saya.

ini sekadar gambar hiasan sebab kami lagi super hot ok.. hahaha






Sunday, January 15, 2012

Kenapa lah selalu pening


assalammualaikum semua..

rindu nak blogging tapi bila dah depan laptop tak tau pula nak tulis apa. kenapa la jadi macam ni. sebenarnya saya masih dalam keadaan tidak sedarkan diri sebab yelah paper masih ada 2 lagi tapi tetap tak sedar diri. lepas tu bila dah tak boleh jawab exam mula lah nak menangis. ish2!!

malam-malam memang buka buku tapi BUKA BUKU je bukan BACA BUKU. so di situlah telah berlaku penipuan. kenapa pemalas sangat nak belajar ni wahai santy. ingatlah awak tu dah nak grad takkan tak reti-reti rajin sikit. atau mungkin saya memerlukan sesorang untuk tampar saya dan ingat saya untuk study.

ok sambil dengar lagu kat THR GEGAR yang sememangnya jiwang dan buatkan saya menangis. kenapa mesti malam ni. kenapa semua perasaan muncul malam ni. saya taknak sedih-sedih la sebab saya dah penat menangis. dan waktu ini juga saya teramat rindu dia. tapi hanya boleh luahkan tanpa boleh berbuat apa-apa.

malam ni juga saya akan cuba luahkan semua apa yang tersirat kat hati saya. ok saya rasa kami memang bukan  macam couple. mula-mula saya tak nak fikir dan buat biasa tapi semakin lama saya semakin berfikir siapa sebenarnya saya kat hati dia. sebab macam ada sesuatu yang saya tak tahu tentang dia. mungkin perasaan saya atau mungkin memang ada yang disembunyikan. 

mungkin saya tak cakap tapi awak kena faham saya, kena faham apa yang isi hati saya inginkan. 

terlalu banyak yang saya rahsiakan. terlalu banyak yang saya pendamkan dan akhirnya saya sendiri yang sakit hati. buat masa ini mungkin saya akan menyendiri. saya akan cuba pergi dan hilangkan diri dari dia. saya tak tahu nak buat macam mana lagi. saya betul-betul tak tahu. even kami in relationship saya tak nampak ada effort dari dia. entahlah.


Wednesday, January 11, 2012

dugaan demi dugaan datang

assalammualaikum...

lama tak update blog dan pada ketika ini saya hanya mampu berdoa supaya diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi semua yang berlaku. terlalu banyak cubaan yang datang ketika kebahagiaan mula terasa. TERLALU BANYAK=( bukan niat untuk mengeluh namun ada kalanya semua yang berlaku membuatkan saya terfikir siapa saya. 

namun apa yang pasti wahai sahabat yang saya benar-benar sayangkan kalian semua. hidup saya dipenuhi dengan gelak ketawa, air mata dari persahabatan kita. dan bila sesuatu kejadian yang berlaku seperti ini air mata tidak henti-hneti mengalir. ada kalanya terfikir kenapa saya menangis seperti ini dan yang pasti hanya satu sebabnya iaitu saya SAYANGKAN PERSAHABATAN kita selama ini.

jatuh bangunnya saya selama ini dibantu oleh kalian semua. ya Allah kenapa ketika ini air mata terus mengalir tanpa henti. apa tiada yang memahami perasaan ini atau saya yang terlalu jahat. hanya dengan terus menekan papan kekunci ini memberikan saya semangat untuk terus meluahkan perasaan saya.

cinta dan persahabatan. sukar untuk memilih antara keduanya tapi mungkin bagi saya sahabat itu lebih penting. iya sahabat itu lebih penting kerana saya tika saya jatuh dan tewas cinta tetap tinggalkan saya namun sahabat itu selalu ada di belakang dan selalu ada menangis bersama saya. terlalu banyak sejarah hidup dan terlalu banyak kenangan yang membuatkan hidup kita lebih beerti.

kekecewaan menjawab soalan peperiksaan yang semakin menebal menyebabkan perasaan hancur itu muncul. kenapa harus begini. kenapa harus menyesal dikemudiaan hari. iya saya patut ikhlas dan redha. Allah telah menjanjikan apa yang terbaik untuk hambanya.

betapa saya rindu akan semua kenangan lama. rindu mereka yang pernah jadi kenangan terindah dalam hidup saya. dan yang pasti ketika ini saya amat merindui keluarga saya. hidup sendirian di perantauan yang jauh dari keluarga bukan sesuatu yang mudah. mereka tidak ada untuk kita setiap masa. dan itu yang membuatkan saya harus kuat dan tabah. 



Monday, January 2, 2012

entry untuk tahun baru

 Assalammualaikum..
Mungkin belum terlambat nak wish HAPPY 2012.. azam baru saya entahla mungkin sama seperti tahun-tahun yang lepas. Tapi apa yang saya harapkan untuk tahun ini ialah saya dapat habiskan degree saya dengan cemerlang. Insya Allah. Saya nak buat Mak ayah saya bangga dengan saya. Dan saya sentiasa berdoa agar saya tak jadi sesorang yang mudah lupa diri dan bongkak. As i mention before this yang saya dalam new relationship with him. Dan apa yang saya harapkan ialah moga hubungan saya dengan dia akan berjalan dengan lancar. Dan sekiranya memang Allah telah tetapkan dia milik saya satukan kami. Dekatkan dan jauhkan kami dari dosa-dosa besar. Dan jika dia bukan jodoh yang tertulis untuk saya, saya ikhlas dan redhakan dia pergi dalam hidup saya.

Tahun 2011 merupakan tahun yang berat untuk saya. Tahun yang banyak mengalirkan air mata saya. Saya terjatuh, sakit dan kecewa dan cuba untuk kembali bangkit untuk menjadi seorang wanita yang kuat. Dan kini dengan tahun baru, azam yang baru dan saya semakin tua. Ya saya dah tua sebab saya 23 tahun but not officially lagi :p kawan saya kata azam baru diorang nak nikah awal. Haha.. gelak bila ingat balik.

Saya tak pernah terfikir saya akan pergi sejauh ini dalam hidup saya. Banyak yang telah saya pelajari sepanjang saya berda di perantauan. Masih terbayang-bayang saat persekolahan yang terlalu banyak meninggalkan kenangan yang sangat bermakna. Iyalah dulu masa sekolah sibuk pasang angan-angan. Nak future study kat U la. Nak ada boyfriend la. N then nak kwin n so on. Serious nampak macam budak-budak lagi time tu. Dan sekarang look at me. Dari seorang budak perempuan yang pemalu dan telah bertukar jadi seorang wanita yang kuat. Syukur sangat dengan Allah sebab kurniakan saya semangat yang kuat dan berikan saya family, sahabat dan kekasih hati yang baik untuk saya.

Bila bercakap tentang umur yang semakin meningkat saya jadi takut pula. Yalah umur dah nak masuk 23 tahun dan saya semakin hampir dengan matlamat hidup saya. Kawan-kawan saya banyak dah kawin tapi saya tak lagi. Mama saya tak bagi saya nikah awal-awal tapi tiada siapa yang tahu akan jodoh kita kecuali DIA. Tapi teringin nak ada family sendiri. Ada suami dan ada anak-anak yang comel macam mama dia. Ok saya dah mula mengada-ngada.

Sekarang ni musim final so saya jarang update blog sebab sibuk sangat dengan study. (konon study la sangat) dan tak lama lagi cuti final akan bermula dalam 2 weeks je. Tapi saya tak balik Labuan. Sedih memang sedih tapi saya kena dan wajib balik Terengganu sebab one of my best friend forever (BFF) akan menamatkan zaman bujang dia dengan mr Tunang tercinta. Happy for them =) so saya akan teruskan dengan aktiviti ronda-ronda Pantai Timur la pula cuti ni. Tak kisah tak balik Labuan sebab saya ada BFF saya yang selalu ada untuk saya. WANI,NOR,TIE, ILAH dan ASMA. Lepas ni giliran siapa pula jadi isteri orang. Mungkin antara kalian dulu kot. =P