Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Wednesday, March 14, 2012

istimewanya semester 6 dan tahun 2012

assalammualaikum,..


lama kan tak update blog dan melalut sebab entahlah. Nak kata sibuk sangat tak juga tapi mungkin mood nak menulis tu belum ada lagi kot. Nak menulis kena ada mood sebab biar entry yang kita taip tu ada isi dan fakta macam nak buat karangan lebih kurang.

mula-mula nak kongsi yang saya tengah dalam proses ambil lesen kereta. Super teruja sebab tak sabar nak drive sendiri even baru nak ambil ujian undang-undang hari sabtu ni. Perjalanan masih lama lagi dan harap sangat dah proceed lesen ni tanpa sebarang halangan. Insya allah. doa banyak-banyak =)

Ujian undang-undang sabtu ni tapi study pun entah kemana. Yalah sibuk dengan classes dan assignment semua tu. Sabar sahaja wahai hati. Kena pandai susun jadual ni biar tak kelam kabut jadinya. Walau macam mana pun dugaan yang melanda saya kena kuat. ceh ayat yang tak boleh blah.

semester ni juga saya cuba untuk tukar imej saya. Still bertudung tapi gaya bertudung tu ja yang berubah. Kalau dulu sibuk sangat pakai shawls, nak buat gaya ala-ala hana tajima la.. heheh tapi sekarang ni nak kurangkan da pakai shawls. tapi sem ni saya tak pakai shawls lagi bila nak pergi kelas. sekarang ni saya lebih prefer pakai tudung bawal. yes im in love with tudung bawal. sangat suka sampai saya dah beli hampir 10 helai tudung bawal. tapi tak membazir sebab benda nak gunakan.. sedapkan hati sendiri. cuba kalian tengok which one yang paling okey pakai shawls atau tudung =)

saya pakai selendang

dan saya lagi bila pakai tudung

tapi ada satu persamaan yang nyata antara pakai shawls n pakai tudung iaitu kebulatan di wajah saya tetap sama iaitu saya tetap nampak gemuk. dan jerawat@kacang merah masih setia bermanja di muka saya. hahaha gelak ketawakan diri sendiri.

tapi sebenarnya tak kisahlah kan macam mana pun penampilan saya janji yang penting menutup aurat dan saya selesa dengan imej saya walaupun kadang kala saya suka pakai pelik-pelik. sampaikan apa yang saya nampak cantik tak nampak cantik di mata kawan saya sebab bagi mereka pelik tetap pelik. Tapi bagi saya pelik itu CANTIK. :)

lupa lak tak lama lagi cuti mid sem. saya tak tahu hendak menumpang kasih kat mana. ayat sedih keluar dah dari mulut saya. Ingat nak balik KL kejap jumpa my best friend forever iaitu Ruzanna Semon. Rindu dia sangat-sangat, rasa memang lama dah kami tak cit cat dan kongsi cerita. Almost 8 bulan juga tak jumpa. lama kan even dia duduk KL dan saya duduk Kedah. Naik bas 6 jam dah sampai dan kalau naik flight 55 minit je dah sampai. Insya allah i'll try my best untuk pergi KL cuti ni.

mimie yang nampak cantik sangat dengan imej terbaru dia. praise for her =)

last but not least saya sekarang ni dah jadi macam orang lain. Yalah saya pun tak tahu kenapa sekarang saya macam dah berubah 360 darjah. Kalau dulu saya ni pemalu tahap maksimum tapi sekarang saya jadi makin tak tahu malu.. hahaha.. lepas tu, saya perasan yang saya semakin pandai buat lawak sampai my girls yang lain gelak sakan tengok saya buat lawak dan buang tabiat. Tapi saya rasa itu sesuatu yang baik sebab saya dapat gembirakan hati mereka yang ada  di sekiling saya. ;)


perasan kurus walhal makin gemuk :P

oklah saya pun dah kehabisan idea nak taip apa. Cukup lah untuk hari ni. Lain kali panjang umur dan kalau saya rajin saya akan update cerita lain pula. 

take care n till then guys =)