Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Wednesday, October 5, 2011

:: saya pasrah dan redha ::

assalammualaikum...

minggu ini minggu yang sukar buat saya.. saya telah kehilangan barang yang saya sayang. belum sempat saya menikmati tapi telah hilang dari mata saya. seriously saya sedih tapi nak buat macam mana dah bukan rezeki saya kan. saya cuba untuk bersabar dan alhamdulillah saya mampu untuk terima hakikat. 

untuk apa saya menitiskan air mata. untuk apa saya terus menyesali apa yang telah berlaku. seolah-olah saya menolak takdir. dan saya tidak ingin jadi sesorang yang menolak takdir dari Allah. kerana saya tahu pasti ada hikmahnya dengan setiap apa yang telah berlaku. mungkin Allah menguji saya dengan hanya kehilangan benda. ya benda boleh dicari ganti. tapi bayangkan jika kita kehilangan sesorang yang kita sayang. pasti tidak akan terganti.

tak nak sedih-sedih dan saya cuba untuk gembira.iya kot..sekarang cuba untuk lebih fokus dengan benda yang lagi penting dalam hidup saya.ok saya juga nak kurus.. td jogging :) yes saya berjaya juga joging dengan jayanya untuk hari ini. target untuk capai 47kg harus boleh!!!!!!!!

itu je kot buat masa ni. nk solat pastu nak pergi expo konvo pula.. balik kena study dan buat tutorial.. semangat :)