Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Wednesday, November 7, 2012

sekali lagi

assalammualaikum..

selamat malam semua. Jam menunjukkan pukul 1.34 am bersamaan 8 Nov 2012 (nak juga mention masa). Ya Allah rasa berhabuk sangat dah blog ni, dah TERLALU LAMA saya tak update blog. Rindu nak update cerita saya. Tapi entah lah idea memang ada tapi bila menghadap lapy terus minat nak menaip entry terbang. Bayangkan hampir 6 bulan tak update entry. Entry lepas pun masa cuti semester dan lepas tu haram nak buat cerita baru. Sedangkan masa cuti tu berlambak kejadian-kejadian yang berlaku. Takut juga kalau saya dah hilang minat menaip ni :(

Introduction pun dah mengarut kan, so bayangkan lah apa isi kandungan entry saya kali ni. Kawan asyik tanya takde entry baru ke? ni jelah yang mampu saya kongsi sebab cerita ini baru je berlaku dalam hidup saya. Hari tu baru lepas celebrate birthday yang ke 23. okey 23 tahun. Angka sekadar angka tapi hakikatnya okey aku dah tua

rasa macam pelik juga. okey once again saya jatuh cinta lagi. Dengan siapa biarlah hanya saya dan dia yang tahu. Tak jangka pula kami akan berjumpa setelah sekian lama terputuh hubungan. Dan kemarin menjadi kenangan yang terindah buat saya. Apa yang dulunya saya tak dapat akhirnya tercapai juga. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sebelum ini. Dan dia sekali lagi berjaya mengetuk hati saya. Sering tertanya kenapa dia. Dan kenapa saya terima dia. Tapi hanya 1 jawapan yang saya dapat. Tanya hati kerana hati tidak pernah berbohong. 

Siapa sangka semua akan terjadi. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Dulu takdir yang memisahkan kami dan takdir juga yang menemukan kami kembali. Sebelum ni saya selalu cakap saya nak kahwin dengan pilihan keluarga. Sebab apa sebab saya selalu kecewa dalam bercinta dan akhirnya saya hanya mampu berserah. Sampai suatu masa saya dirisik dan saya keliru apa betul saya boleh buka hati saya untuk lelaki yang saya tidak kenal. Takut. Itu perasaan saya dan saya serahkan dengan keluarga saya. 

Tapi hakikatnya saya pun tak tahu. Mungkin belum masanya saya untuk memikirkan mengenai jodoh. Terlalu panjang perjalanan hidup saya. Tapi bila dia muncul kembali semua kembali berubah. Saya tahu ramai yang tak sokong keputusan saya untuk terima dia. Untuk apa peluang diberikan kepada mereka yang sering membuatkan kita menitiskan air mata. Apa yang boleh saya cakap. Awak akan tahu jawapannya bila awak sendiri rasakan apa yang saya rasakan. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk saya dan dia. 

kemarin kami bertemu dan esok kami akan berpisah kembali. Dan entah bila kami boleh bertemu lagi. Sedih ke? memang sedih. Siapa yang tak sedih bila kita terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang. Dan jarak yang memisahkan kami terlalu jauh dan yang pasti dugaan itu semakin kuat. Ya mungkin sekarang pelbagai janji ditaburkan tapi akan datang tiada siapa yang tahu. Apa janji akan terus dimeterai atau janji hanya tinggal omongan kosong. Apa yang penting fokus dan sentiasa berfikiran terbuka. 

saya sukar untuk jatuh cinta dan bila saya jatuh cinta susah untuk saya melepaskan cinta itu pergi. Itulah saya adakalanya terlalu lemah. Tapi saya seperti perempuan yang lain. Yang masih punya perasaan normal. Ya Perempuan. Dulu saya pernah luahkan semua nya dalam blog ni tapi saya terpaksa padamkan semuanya. Sebab itu membuatkan saya terus menjadi sedih. Dan sekali lagi saya mengambil risiko. 

saya sayang dia. Itu sahaja yang mampu saya katakan. Mungkin saya salah tapi saya belum cukup kuat untuk menipu perasaan saya. Dan saya dah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi. Tapi saya harus yakin. Semua saya serahkan pada Allah. Jika memang dia jodoh saya Insya Allah kami kan bertemu kembali walau sejauh mana kami dipisahkan. Dan jika bukan dia jodoh saya, saya rela lepaskan dia. Walaupun saya tahu hati saya pasti akan sakit. Tapi apa perlu kita menolak takdir Allah, Qada dan Qadar telah tertulis.

surat khas buat dia :

awak..
sekali lagi awak datang tanpa diundang
untuk apa kembali setelah pergi
terkelu tiada jawapan untuk itu

awak..
kita cipta kenangan bersama
mungkin hanya seketika tapi cukup bahagia buat saya
apa mungkin saya boleh lupakan semuanya?

awak..
yang lepas jadikan sejarah dan masa depan jadikan pedoman
andai takdir milik kita
sinar bahagia akan muncul juga

awak..
tapi saya takut, takut untuk lepaskan awak pergi
mungkin pergi takkan kembali
jangan pernah lepaskan apa yang kita rasakan


esok mungkin yang terakhir atau mungkin menjadi titik permulaan buat hubungan kita. kenapa la saya ni.