Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Monday, May 23, 2011

akhirnya berakhir sudah episod cinta

asssalammualaiku..

hye nama saya santy.. ikut gaya maria elena cakap.. sumpah hot ok. akhirnya exam dah habis dan ini bermakna tamat la sudah episod memenatkan di UUM untuk semester ini. paper last business law, entah lah nak bagi komen macam mana tapi saya hanya mampu berdoa ja supaya saya lulus dengan baik. amin ya rab =)

exam dah habis so bermula episod untuk mengemas barang.part ini yang saya malas sikit nak buat. yala banyak sangat baju nak packing tu..belum masuk buku-buku lagi.saya takut luggage saya over weight pula nanti. make sure tak lebih 25 kg. kalau tak memang kena bayar la.. tapi so far nak naik  MAS tak pernah lagi over weight tak macam air asia memang sure sangat akan terlebih pastu mula lah kena bayar exra, MENIPU je lebih.

sebenarnya saya nak buat surat cinta untuk bakal suami saya. =P saya saja je nak tulis surat cinta sebab saya tak tahu dia siapa pun. ini sebagai hiburan semata-mata untuk menunggu hari balik LABUAN je. mungkin entry ini akan pernah didengar or pernah dibaca oleh orang kat luar tapi ini khas dari hasil karangan saya untukbakal suami saya nanti

buat bakal suami ku..

assalammualaikum awak.. 

saya saja je nak tulis surat ni sebab saya terfikir siapa bakal suami saya nanti. so tak salah kan saya buat surat untuk awak sebab manalah tahu awak ada kat luar sana tu dan mungkin tengah menbaca blog saya..

awak tahu tak saya ni tak sesempurna orang lain.saya banyak kekurangan dan saya mungkin tak layak untuk awak.. setiap lelaki mungkin inginkan wanita yang baik dan sesempurna sifatnya untuk menjadi suri dalam hidupnya. tapi awak boleh terima saya ke apa adanya..

saya bukan lahir dari keluarga berada, tapi syukur alhamdulillah sebab saya mampu hidup selesa lagi bersama kelurga saya.. bagi saya untuk apa wang berjuta-juta tapi hidup kita tak seindah orang lain yang mungkin hidupnya serba kekurangan.. awak tahu tak saya tak suka minta simpati dari orang lain terutama lelaki. saya sendiri akan berusaha untuk dapatkan kerjaya yang baik. awak jangan lah risau saya tak akan menyusahkan awak asalkan awak bagi saya berkerja nanti.

awak sebelum saya jumpa awak saya dah banyak kali kecewa dalam percintaan.bukan saya tak setia tapi kenapa saya yang kena tinggalkan. sebab tu sekarang saya taknak bercinta, biarlah cinta saya kini untuk awak je bakal suami saya. tak kisah la orang nak cakap saya pelik atau buang tabiat. lain orang lain prinsip. so ini prinsip saya.. saya harap awak jangan tinggalkan saya

saya bukan lah baik sangat. kadang kala saya ni jahat juga. iman pun senipis kulit bawang. solat pun kadang kala tertinggal. terutama solat subuh tu.. tapi saya dah mula belajar untuk tidak terlepas solat subuh lagi. kawan-kawan saya pun selalu ingatkan untuk solat. syukur sangat dapat kawan yang sama-sama bimbing kita kan.. nanti bila kita dah kahwin saya nak solat berjemaah dengan awak. awak jadi imam saya jadi makmumnya..

awak nak tahu juga ke saya sebanarnya tak pandai masak. bukan tak reti cuma tak pandai sangat. ilmu masakan tak tebal lagi. lau setakat masak yang simple-simple boleh kira lagi. tapi bila awak suruh saya masak gulai atau masak lemak belum tentu sesedap masakan mak awak. tapi jangan risau la awak saya pasti akan masakan awak setiap hari walaupun kita makan maggie je. sedap tau saya masak maggie =)

sebenarnya banyak lagi saya nak bagitau awak tapi biarlah bila kita sendiri bersua muka.. siapa awak sebenarnya hanya Allah yang tahu. impian saya ialah saya akan berjumpa lelaki yang benar-benar sayangkan saya. saya harap itulah awak. setiap sujudku saya sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik-baik..






Saturday, May 21, 2011

jangan cakap banyak sangat

assalammualaikum...

masih menghitung hari untuk balik ke kampung halaman some sweet home kan. memang tak sabar rasa nak balik sebab saya memang rindu teramat sangat dengan keluarga saya, rindu nak masak macam-macam kat rumah tu. sekarang ni saya nak belajar masak walaupun saya tak pandai sangat.sekurang-kurangnya saya belajar kan. sangat penting untuk perempuan itu untuk tahu masak sebab nanti bila dah kahwin takla kelam kabut sangat nak belajar kan. atleast start from now. so masa cuti 4 months ni belajar la masak ok.  :)

ingat cuti ni nak kerja.bukan ingat tapi memang nak kerja. tapi nak kerja kat mana. saya ada juga suruh sepupu saya tengokkan kerja kosong kat bakery dia tu tapi tengokla dulu sebab nak cari yang lain juga. lau apply guru ganti dapat lagi tak sebab suka sangat jadi cikgu. takpalah kita try apply semua ok..nanti yang terbaik kita pilih janji ada duit masuk. sebab nak buat bajet g Kota Kinabalu nanti. Insya Allah yuyunk2 saya akan pergi sabah n for sure saya akan jadi pemandu pelancong untuk diorang nanti. mesti best kan bila kita dapat jalan2 kat KK nanti. sabar menunggu dan menghitung hari je =)

esok exam HR pastu next day exam Law pula..sakit jiwa saya nak jawab apa ntah nanti. HR tu boleh kira lagi tapi Law tu nak hafal memang susah sangat.. takutnya tapi saya ni masih tak sedar diri lagi. itulah study lagi last minit kan so ambik dan rasakan..huhuhu. takpalah janji saya cuba buat yang terbaik. bila sedih ingat mak ayah dan ingat hari semakin dekat untuk balik. kali ini balik berdua dengan Superman  so tak takut sangat lagipun flight direct dari Alor Star ke KL pastu terus ke Labuan. nasib naik MAS kalau naik Air Asia sure kena stay 1 night lagi kat LCCT tu. itu yang buat saya malas nak naik Air Asia

semalam saya mimpi la. mimpi yang lawak. adakah patut saya mimpi ada orang masuk meminang, macam bukan mimpi je tapi nak buat macam mana mimpi  hanya mainan tidur kan. sekarang ni musim orang bertunang pastu musim orang kahwin. macam best kan bila kita dah tunnag dan kahwin. tapi saya lambat lagi kot untukke arah tu sebab saya belum jumpa soul mate saya lagi. mungkin bakal suami saya ada kat luar sana yang saya sendiri tak tahu siapakah dia. yang pasti cuma berdoa dan yakin dia ada untuk saya suatu hari nanti.  orang kata yang patah pasti akan tumbuh dan yang hilang pasti akan terganti.

sekarang saya tengah demam cinta. demam cinta yang teramat sangat dengan NORA ELENA tu. siapa yang tak tahu cerita tu memang rugila sebab cerita dia best sangat dan memang romantik. adaptasi dari novel Kasih Yang Suci. perempuan yang kaki novel mesti pernah baca novel ni kan. bila baca novel je dah terbayang keseronakan cerita dia apatah lagi bila tengok drama dia. jatuh cinta dengan Seth Tan tu. hensemnya awak Aaron Aziz. =P nak sambung tengok kat rumah nanti.

okey lah saya nak sambung study lagi esok saya ada exam lagi. harap-harap dapat jawab dengan baik. sekarang tak boleh packing barang lagi sebab otak lagi sibuk memikirkan pasal exam yang tak habis-habis. tak sabar nak habiskan semester ni. nak sangat balik rumah dan rehat sepuas-puasnya.

good night semua =)





Sunday, May 15, 2011

i heart kamu :)

 assalamulaikum

sebelum tu saya dah janji nak buat entry khas kan as i mention kat  SINI 
entry ni sebenarnya ditujukan khas untuk genk saya 

NOR, ILA, TIE, ASMA & WANI


darling-darlings saya yang sangat HEBAT 

ingat tak lagi masa kita mula-mula kenal dulu
sedar tak sedar dah 2 tahun kita berkawan kan dan saya menulis tentang kamu semua ikhlas dari hati saya
sepanjang 2 tahun kita kenal banyak yang kita alami bersama
susah senang kita bersama, suka duka dan air mata semua kita alami bersama

jujur saya katakan mungkin 2 tahun itu cukup singkat untuk membina sebuah persahabatan yang
 kukuh dan ikhlas dari hati tapi tidak bagi saya
tempoh 2 tahun itu suda cukup bagi saya untuk mengenali kamu semua
tidak perlu tempoh yang panjang untuk mencari sahabat sejati kerana selagi kita ikhlas berkawan
apa yang belum kita lakukan bersama

kita berkongsi segala-galanya bersama
ingat tidak kita pernah makan sepinggan, tidur sebantal, sekatil kita 6 orang tidur bersama
itu semua merupakan kenangan yang cukup bermakna bagi saya
bila saya ingat waktu- waktu kita bersama saya sedih
sebab saya tidak mahu kita berpisah tapi itu kenyataan nya kita akan berpisah selepas ini

berapa banyak yang punya sahabat yang sanggup menyuap dengan
 tangannya sendiri untuk sahabatnya makanan
berapa banyak yang sanggup menjaga sahabatnya ketika sakit
berapa banyak yang sanggup menghantar sahabatnya yang sakit ke hospital
berapa banyak yang sama-sama mengalirkan air mata bersama
suci kan erti sebuah persahabatan 

gelak ketawa, usik mengusik sudah sinonim untuk kita semua
mungkin ada yang terasa hati tapi ketahui lah itu semua hanya usikan untuk memeriahkan hidup kita
usia makin meningkat dan kita semakin dewasa dan kita semakin rapat
terlalu banyak untuk saya coretkan dalam enty ini
sebab terlalu banyak memori indah kita bersama

sebelum ini tidak terfikir bagi saya yang saya akan punya sahabat rapat selepas masuk U
sebab saya bukan jenis yang peramah dan mudah untuk menjalinkan persahabatan
tapi kini saya punya sahabat yang amat istimewa
saya tidak perlu kawan beribu-ribu tapi sudah cukup untuk punya sahabat sejati

nanti selepas kita tamat belajar tolong jangan putuskan persahabatan kita
walaupun saya jauh dari korang semua tapi hati saya tetap ada kamu
saya selalu cakap biar saya tiada kekasih tapi sudah cukup saya ada kawan sejati

ini untuk korang yer..

khas buat
  NOR, ILA, TIE, ASMA & WANI

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...













more than words.. 
no words can describe how much i heart them..

cakap dan teruskan bercakap

assalammualaikum

jam menunjukkan pukul 4.20 am..
 masih berjaga sebab tengah study for the next paper..
mengantuk mungkin tidak sebab habis segelas nescafe saya minum..
saya rehat jap sambil stalker blog orang lain.
. dan idea untuk saya menulis pun datang mencurah-curah
lama tak blogging sebab totally sibuk dengan final yang non stop..

tiap kali saya nak blogging pasti stuck tengah jalan dan entry hanya mampu disimpan dalam draft.
saya dah mula countdown untuk balik LABUAN.. 
8 days remaining before the special day come..
tak sabar nak balik rumah setelah almost 6 months tak balik..
of course saya rindu setengah mati dengan my parents kan..

macam-macam dah berlaku kat rumah tu.
ada yang good news dan ada juga yang bad news.
tapi saya malas nak bercerita benda tu..
sebab berita buruk tu buat menyakitkan hati saya.

pejam celik dah masuk 2 tahun saya kat perantauan..
jauh dari kelurga dan saya semakin hampir dengan cita-cita saya
Insya Allah saya akan terus berusaha untuk habiskan pelajaran saya
sebab saya ada banyak impian untuk dicapai

hampir 1 tahun saya menyendiri
sendiri tanpa kekasih hati walaupun sekarang saya dah lali
kadang kala saya terfikir sampai bila saya akan terus menerus menutup hati saya
mungkin saya takut untuk bercinta kot
tengok saya dah mula berjiwang pula dan yang pasti ada yang gelakkan saya

seronok ke bercinta tu? saya dah lupa apa perasaan cinta itu ( boleh caya ker)
tapi kan mak saya selalu pesan jangan bercinta dulu
so sekarang saya ikut cakap mak saya
percaya atau tidak saya memang takda kawan lelaki kat U ni
tipula kalau cakap seorang pun takda tapi tak sampai 10 pun kawan lelaki saya

mungkin sebab tu juga kot saya ni jadi macam ni
anti lelaki ataupun anti sosial tapi tak kisah la as long saya happy
kan saya dah ada prinsip baru sama macam kawan saya TIE
BERCINTA SELEPAS KAWIN mungkin bagi saya

stiba-tiba saya sedih pula sebab dengar lagu shahir ni
buat lari mood je tapi kan saya memang sedih 
sakit hati la pula malam- malam ni

bila tengok jadual exam yang sangatlah terbaik dari ladang ditambah pula dengan subjek yang menarik untuk dijawab membuatkan saya rasa macam nak menjerit
3 papers dah selamat tapi sehabuk pun saya tak sure dan apa lagi ketakutkan pun datang
sakit otak bila fikir pasal exam ni

kadang kala terfikir penatnya study ni 
yelah non stop dari tadika sampai ambik degree ni
tapi untuk masa depan kan so kita kena kuat :)
tapi saya happy bila tengok kalender sebab nak balik dah

suka dan sangat suka bila ingat dah nak balik
tapi sebelum balik nak shopping dulu untuk my mama
nak beli tudung untuk mama dan shawls untuk saya sebab saya memang gila shawls 
so tunggu masa yang sesuai baru boleh keluar dengan my darlings

nak buat ENTY khas pulak pasni.
nak tahu apa yang special tentang entry selepas ini just wait dan see
last but not least ily :)






Monday, May 9, 2011

happy nya bila kita suka orang tu

suka bila awak message saya..
suka bila awak ingat saya..
suka bila awak nak ajak saya keluar..
yang penting semua tentang awak saya suka..

XOXO

Sunday, May 8, 2011

buka hati kita dan ikhlas kan segala-galanya


Macam mana aku nak lupakan dia sekiranya semua yang berlaku disekelilig ku membuatkan aku mengingati dia..kenapa aku sering di hantui oleh bayangan dari dia..semua yang ada dalam diri pasti aku akan lihat walau di mana aku berada..kenapa aku diuji sebegini..jika memang kami tiada jodoh kenpa aku sering dihantui oleh bayangan dari dia..mungkin senang untuk menidakkan perasaan kita tapi apa kita terus mampu untuk menipu perasaan kita selama ini..kita hanya insan biasa..tapi jangan sesekali biarkan diri kita lemah hanya kerana masa lalu kita..jangan biarkan ini semua berlaku..

Banyak yang aku telah pelajari dalam hidup ini..mungkin jalan yang terbaik ialah ikhlaskan pemergiannya..jangan biarkan kita jadi lemah dengan kisah silam..mungkin kita melihat keburukannya..kita melihat salahnya..kita menyalahkan dia di atas perpisahan ini..mungkin cinta untuk diri kita telah hilang dalam dirinya.dan itu bukan mustahil walaupun kita telah bersama hampir 5-7 tahun atau lebih..cinta mungkin boleh hadir hanya dengan sekelip mata dan mungkin boleh lenyap dengan sehari walaupun benih2 cinta telah kita bajai bertahun2..itu lumrah hidup..

Mungkin dia tidak bahagia dengan kita..dan mungkin dia lebih bahagia dengan pilihan barunya..kerana dia juga manusia biasa..yang perasaannya mudah goyah..jadi apa yang aku dapat katakan ialah jangan berdendam dengan bekas kekasih kita..bila benc i dan dendam bersatu pasti kita yang kan merana..jadi untuk apa kita myakitkan hati dan perasaan kita dan kotorkan hati kita dengan dendam..lebih baik kita mendoakan kebahagiannnya bersama pilihan nya.dan mungkin bila itu berlaku kita akan lebih tenang dan kita dapat merasa kebahagiaan hidup yang lebih kekal abadi.

Ingat..sekiranya hati kita terdetik dendam dan perasaan benci, kita sendiri yang tidak akan berjaya membuka hati kita..kerana kita tidak mahu untuk memaafkan kesalahan dia..walaupun kita telah berpisah dengan kekasih kita tapi kita harus ingat kita juga pernah saling sayang menyayangi..pernah berkongsi suka dan duka..dan apa salah jika kita memaafkan dia..tutup segala keburukan dia dan kita lihat kebaikan dia selama kita pernah bersama.

Terus terang aku katakan yang aku juga sulit untuk memaafkan orang,,tapi sampai bila kita ingin hidup dalam kebencian. Lupakan semua dan mulakan hidup anda dengan senyuman yang baru..lahir untuk jadi lebih baik.lengkapkan diri kita untuk menjadi wanita yang diingini lelaki untuk dijadikan suri di hati mereka. Lengkapkan diri kita dengan ilmu. Dan paling penting hiasi akhlak dan hati kita dengan sifat terpuji..
Insya Allah bila kita merelakan semua yang telah berlaku pasti akan ada hikmahnya..hikmah yang akan membuatkan kita bersyukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi. Ingat jodoh pertemuan di tangan Allah..usah khuatir bila kita belum bertemu jodoh kerana Allah pasti menjanjikan yang terbaik untuk kita sekiranya kita sabar dan tawakal kepada-Nya

Itu saja dari saya.apa yang saya rasakan dan apa yang terbuku di hati saya telah saya luahkan.mungkin dengan ini saya boleh meneruskan hidup saya tanpa dibayangi kisah lalu. Saya ikhlas dia dan saya maafkan dia. Saya doakan dia supaya bertemu jodoh yang dia impikan. Itu yang boleh saya lakukan. Saya ingin jadi wanita yang tabah dan kuat. Doakan saya.