Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Friday, September 2, 2011

~SEPI~

Selamat hari raya. Gembira sebab kita masih diberi kesihatan dan nikmat untuk bersama-sama meraikan hari raya bagi tahun ini. Namun disebalik kegembiraan menyambut hari lebaran ini, hati terketuk merintih sedih. Apa aku masih bisa menyambut bulan Ramadan lagi di tahun hadapan. Dan apa amalan ku sudah cukup aku isi ketika ramdan yang lalu.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku katakan. Hari berganti hari namun aku rasakan aku masih tetap begini. Masih sering menyakitkan hati sendiri. Buat apa aku harus terus membiarkan perasaan aku disakiti. Kesakitan yang aku alami sudah cukup membuatkan aku menjadi sang penanti. Ucapan hari raya tulus dari aku buatmu. Dan kau turut membalas nya dan kau memberikan aku satu jawapan yang pasti bahawa kau memang benar-benar sudah melupakan aku.

Kau menginginkan kita melupakan masa lalu dan cuba menjalinkan silaturrahim kembali. Tapi aku akui yang aku tidak kuat untuk itu semua. Aku tidak mampu untuk berteman dengan mu. Dan mungkin bagi aku cukup untuk aku tidak mengenali mu. Maafkan aku kalau aku masih berkelakuan seperti tidak mengenalimu tapi hanya itu yang aku mampu.

Mungkin kau masih belum mengerti aku. kau masih tidak memahami kesakitan yang aku rasakan disaat kau tinggalkan aku. semuanya msih terngiang-ngiang di kotak fikiran ku. Masih tersimpan utuh kata-kata yang kau ucapkan untuk aku. aku tahu ini semua takdir dari Allah. Aku sepatutnya tahu semua ini sudah ketentuan-Nya. Percaya qada dan qadar Allah dan percaya semuanya sudah tertulis di Luf Mahfuz.

Hari demi hari aku lalui dengan penuh cabaran. Aku tidak boleh tewas dengan perasaan sendiri. Aku harus kuat kerana aku masih punya tanggungjawab yang berat. Pelajaran ku paling penting, masa hadapan ku masih belum pasti. Aku harus bisa mendapatkan segulung ijazah yang paling berharga dalam hidupku. Dan aku semakin hampir dengan matlamat ku. Semester baru bakal menjelma. Dan alhamdulillah aku sudah berada di tahun ke-3 semester 5. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bisa belajar dan mencapai impian ku.

Kalau dulu impian ku tinggi, ingin mepunyai kekasih tapi itu semua berubah. Aku tidak perlu cinta dari lelaki. Cukup aku punya keluarga dan sahabat yang sentiasa ada di sampingku. Siapa kata single itu membosankan. Mungkin iya dan mungkin tidak tapi bagi aku semua itu tidak penting. Buktinya kini aku bisa bertahan tanpa perlu ada ikatan dengan cinta. Apa aku angkuh dan bongkak. Aku rasa tidak kerana ini prinsip aku.

Bila mengingatkan hari aku akan pergi meninggalkan keluarga semakin hampir aku jadi sedih. Mungkin cuti terlalu lama walhal ini bukan pertama kalinya aku akn pergi, sudah berkali-kali. Tapi perasaan sedih itu tetap ada. Aku akan tetap meninggalkan negeri yang penuh kenangan ini selagi impian ku belum tercapai. Sedih terpaksa pergi ke negeri orang. Pergi menimba ilmu dan pergi untuk mengubah nasib keluarga. Pergi untuk membuktikan pada mereka yang pernah memandang rendah terhadapku bahawa aku mampu berdikari.

JIHAD YANG PALING TINGGI IALAH BERJIHAD UNTUK MELAWAN NAFSU SENDIRI INSYA ALLAH.