Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Wednesday, February 29, 2012

teruskan dengan senyuman walau sepahit mana dugaan yang melanda

assalammualaikum semua...

malam yang sepi dan sunyi seperti malam-malam yang lalu.  sebenarnya saya rindu nak blogging. taip macam-macam dan share everything kalau boleh dalam tulisan saya ni tapi ada kalanya bukan semua perlu dikongsi bersama. simpan sedikit rahsia yang hanya kita sahaja yang tahu. kini saya semakin sibuk dan akan menjadi semakin sibuk dengan rutin harian saya sebagai seorang pelajar. tahun akhir yang sangat memenatkan dan penuh dengan cubaan. semoga saya kekal kuat untuk hadapi semua ini

sebenarnya saya sekarang ni tengah single.. yeke single, tapi saya rasa betul la kot sebab saya memang tak terikat dengan sesiapa pun. Mungkin kalau korang perasan entry saya sebelum ni tentang someone yang pernah hadir dalam hidup saya. seorang yang pernah membuatkan pintu hati saya terbuka untuk jatuh cinta kembali. Tapi tak sangka pula semuanya hanya hadir hanya untuk seketika. Benarlah orang kata jodoh pertemuan di tangan Allah. Bukan saya tak menjaga hubungan ini tapi entahlah tak tahu siapa yang hendak dipersalahkan.

saya mungkin menanti dan mengharap tapi untuk apa saya mengharap sesuatu yang tidak pasti jika kenyataan bukan saya yang di hati dia. Kecewa mungkin ada dan jujur sakitnya mungkin sukar untuk diluahkan sebab ini kali kedua saya ditinggalkan tanpa kata putus. bukan niat untuk menyalahkan takdir tidak sama sekali sebab saya tahu semua yang berlaku pasti atas kehendak-Nya. mungkin cinta hati saya hanya untuk bakal suami saya. hanya dia yang layak untuk mendapat cinta saya. sudah cukup saya dipermainkan, sudah cukup air mata mengalir tanpa ada yang menyapu. kerana saya tahu hanya pasti ada diluar sana yang setia untuk mencintai saya apa adanya.

tak sangka kejap ja saya dapat rasakan cinta dari dia. rasa baru semalam kami berkenalan dan akhirnya terpaksa berpisah macam tu. siapa yang tak sedih bila angan-angan yang dicipta hancur di tengah jalan. mungkin dulu saya yang terlalu mengharap. tapi salah ke bila kita terus berharap. mungkin salah kerana kita mengharap dengan mereka yang tidak tahu menghargai diri kita. 'I CINTA KAMU' rindu dengan perkataan itu. rindu sangat. kuatnya saya hari ini dengan adanya semangat dari keluarga dan kawan-kawan baik saya. 

cemburu dengan mereka yang punya kekasih yang selalu ada untuk mereka. teman untuk berkongsi rahsia dan suka duka bersama. Tapi saya amat mustahil untuk merasakan semua itu. sangat mustahil. tersenyum terukir dibibir mungkin semua hanya kepura-puraan. saya hipokrit ke? tapi saya cuba ingin terlihat gembira biar mereka tahu saya kuat untuk hadapi semua ini. tapi kenapa saya masih perlu meratapi apa yang telah terjadi. adakalanya saya benci diri saya yang lemah dan mudah untuk mengalah. untuk apa merendahkan martabat mu hanya untuk dia. 

tapi itulah cinta. Terlalu sukar untuk ditafsir dan terlalu sukar untuk dikenal pasti. kita mungkin terlalu asyik dengan cinta hingga kita lupa semua yang berlaku atas kehendak Allah. Jika memang dia jodoh kita pasti akan bersatu akhirnya walau sejauh mana kita terpisah dan begitu juga sebaliknya. 

Saturday, February 25, 2012

bila duit PTPTN masuk

assalammualaikum semua..

perasan tak sejak menjak ni entry saya semua macam berunsurkan kesedihan dan luahan perasaan. Bila ingat balik dan baca balik entry lepas-lepas rasa macam Ya Allah lemahnya saya. Tapi syukur alhamdulillah semua ok. Saya dah boleh terima hakikat dan saya cuba untuk kembali seperti dulu. Nasib ada kawan-kawan yang sudi chill up kan saya. Sentiasa cuba ceriakan saya. Dan yang paling penting bila ingat kata-kata terakhir dari dia " awak jangan nangis lagi yer.. awk kena kuat " and you will see it. 

okey cukup sampai kat situ kata-kata aluan. Malas nak taip panjang sebab saya ni bukan pandai sangat menaip entry yang panjang berjela. Apa yang paling penting kat sini saya cuba nak mention yang duit PTPTN akan masuk esok.. yes!! akhirnya sebab sekarang ni memang tengah kering macam ikan kering. kalau tengok kat bilik memang kosong je loker. Stok makanan langsung tak ada. bukan tak nak beli tapi masalah duit yang semakin nipis. sementara tunggu duit masuk sempat lagi buat list down apa yang nak kena beli. List jangan cakaplah memang panjang rasa macam nak borong semua je. Tapi kena ingat kena kawal nafsu sekarang ni.

kalau ikutkan list memang banyak yang nak dibeli. Tapi kena beli yang penting dulu la.. dan yang paling penting nak beli lens sebab memang saya kalau pakai spek nampak sangat macam tua walaupun memang da tua kan.. okey merapu kejap.. tapi rasanya esok tak keluar lagi kot sebab macam tak sempat je dan kalau keluar pun just kat changlun jela. Lepak kat Cmart dan beli barang makanan macam tu je. Kalau nak dating memang mustahil la sebab kekasih hati pun takde.. kekasih hati pergi meninggalkan diri saya terkontang kanting sendirian..huhu.. ayat sedih pula..

semester ini ingat matlamat masih sama. Cuba untuk kekalkan result yang cemerlang dan kalau boleh insya allah dekan untuk semester ini. dan kalau boleh tak nak fikir benda yang remeh temeh.. yelah sangat kan sat g mesti buat hal lagi saya ni. Sem ni juga insya Allah saya ambil lesen kereta. lesen kereta sahaja dan bukan sekali motor sebab saya memang tak reti bawa motor. tak ingin pun nak belajar.. tapi takut pula bila ingat nak ambil lesen ni.





Sunday, February 19, 2012

tolong kuatkan hati hamba

assalammualaikum semua..

lama rasanya tak update blog since cuti final hari tu.. cuti yang panjang dan sangat seronok mungkin. macam-macam yang berlaku masa cuti dan ada perkara yang menggembirakan dan ada benda yang menyedihkan. hidup tak selalu indah dan semua penuh dengan cabaran.

saya tak tahu nak mulakan tulisan saya macam mana tapi yang pasti hati saya sedang menangis dan saya betul-betul tak tahu apa yang patut saya lakukan sekarang. kenapa dan kenapa?? kenapa mesti saya kena lalui semua ini. saya rasa macam saya tak layak untuk disayangi oleh sesiapa pun.

ya Allah.. bila hati terus merintih pilu tiada siapa yang tahu. bila hati menangis sendu tiada siapa mendengar. tika hati disakiti hanya air mata yang mampu mengalir. terlalu banyak yang saya alami selama ini. saya seharusnya tahu dan tidak mudah untuk jatuh cinta dengan sesorang.

kenapa.. terlalu banyak persoalan yang sering timbuk di fikiran saya. untuk apa kau datang sekiranya hanya untuk membuatkan aku menangis. untuk apa cinta yang kau bagi sekiranya air mata yang kau hadiahkan. untuk apa semua nya jika ini hanya untuk kepura-puraan. sekuat mana saya mampu bersabar dan bertahan dan sampi bila saya akan terus kuat. mungkin saya memang tidak sekuat dulu. saya bukan seperti santy yang dulu..

mungkin ini yang terbaik. terbaik untuk saya dan mungkin terbaik untuk dia. saya bukan yang terbaik untuk dia dan dia berhak untuk memilih sesiapa sahaja dihatinya. mungkin telah tersurat saya memang tidak layak untuk disayang oleh insan yang bergelar adam.. sudahla wahai hati. kuatkan dirimu dan yakinlah pasti ada hikmahnya.