Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Thursday, September 29, 2011

:: SEPI hati terjadi lagi ::

assalammualaikum semua :) 

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam


Tiba-tiba rasa sedih. sejak semalam aku sedih. mungkin aku menafikan tapi entah kenapa hati tetap terguris pilu. dia bukan sesiapa ku dan aku bukan sesiapa untuk nya. dan dia bebas untuk bergaul dengan siapa pun. itu pilihan nya. semua terletak di tangannya.

tapi apa aku yang harus dipersalahkan. mungkin aku yang harus dipersalahkan. aku patut sedar yang semua ini tidak mungkin akan terjadi seperti yang aku impikan. ya aku tahu aku salah. salah kerana cuba untuk bermain dengan api. ya dan kesakitkan yang aku alami sekarang mebuatkan hati aku terguris kembali.

bila mata kita melihat sesuatu yang membuatkan rasa hati menjadi tidak menentu. apa yang kita rasakan. dan aku pasti hanya orang tertentu pasti akn tahu apa yang aku rasakan. saat ini air mata hanya mampu menitis. tapi untuk apa.. untuk mengesali semua yang telah berlaku. semua sia-sia sayangku..

kenapa begitu mudah aku bermain dengan perasaan. kenapa begitu lemah hati aku untuk terus diketuk dengan cinta. kenapa membiarkan aku untuk jatuh hati dengannya. aku cuba menafikan perasaan tapi air mata menjadi saksi. aku patut jadikan iktibar masa lalu ku. tapi aku alpa dengan perasaan ku.:(

hati tetap merintih pilu,
apa hati salah untuk bersuara,
kenapa perlu dustai semua,
kenapa harus sakiti diri,

kini bulan dan bintang kian jauh,
semakin ingin ku gapai semakin tinggi dariku,
tawa dan senda mungkin palsu,
sedangkan sepi hati tiada siapa yang tahu.

bicara hati biar menjadi rahsia,
dan mungkin selamanya rahsia hati,
dan diam seribu bahasa mungkin jawapannya..



P/S : ENTRY INI AKU MENGGUNAKAN PERKATAAN "AKU" KERANA INI MEMANG DARI HATIKU...

Monday, September 26, 2011

:: kegembiraan buat masa ini ::

assalammualaikum :)



lately ni saya jarang sangat online dan update blog. rasanya last saya update blog saya time raya hari tu. dulu masa mula-mula rajin snagat nak blogging tapi sekarang macam malas sikit :P actually bukan malas cuma tak ada masa dan busy sikit since masuk semester baru :) yes dah masuk third year.. syukur alhamdulillah saya masih boleh terus belajar.

last weekend saya dengan bestie saya pergi Pulau Langkawi. ini kali kedua saya pergi langkawi dan tak pernah bosan pergi sana. seronok rasanya bila dapat jalan-jalan ngan bestie tapi tak cukup seorang pulak :( takpe la. lain kali next journey mesti semua pergi. 

dan hampir sebulan saya kat bumi SINTOK ni. rindu dengan mama saya,bapa saya,adik beradik yang sangat sengal tapi tetap rindu mereka. seriously memang rindu :( tapi mana boleh sedih-sedih kan. mama dah pesan kena belajar rajin-rajin nanti boleh bawa pergi balik Indon. jumpa nenda-nenda saya :) masa raya hari tu nenda asyik cakap bila santy nak balik kampung. sedih la dengar bila nenda cakap macam tu sebab saya je yang tak balik jumpa diorang lagi. insya Allah ya nenda nanti santy pergi juga :)

sekarang ni saya tengah sibuk dengan kelas. macam biasa rutin sebagai student memang sentiasa sibuk lebih-lebih lagi semester baru bermula. tapi insya Allah saya cuba yang terbaik untuk semester ini. AMIN !!!! tapi saya suka hidup saya sekarang ni.

kehidupan saya sekarang ni lebih menarik dan penuh dengan kegembiraan. tiada lagi air mata yang mengalir. tiada lagi gadis cengeng yang sentiasa ikutkan perasaan dan hanya tahu menangis. alhamdulillah saya kini cuba untuk jadi yang terbaik dan jadi seorang yang penuh dengan semangat :)

bila tengok gambar lama dan gambar saya sekarang nampak sangat perubahan. kawan-kawan pun banyak cakap saya dah lain. lain dari segi penampilan mungkin. umur semakin meningkat jadi penampilan turut berubah. insya allah perubahan yang baik . pemikiran mungkin turut perubahan. saya tak boleh terlalu ikutkan perasaan sangat kena bijak berfikir.

seriously sekarang saya selesa dengan hidup saya.. siapa cakap single itu memboringkan. tidak bagi saya :) sebab saya bebas untuk buat apa sahaja tanpa perlu kongkongan dari lelaki. tapi kekadang pandai sedih juga bila tengok pasangan couple :( tapi kena kuat juga sebab mama dah pesan tak boleh bercinta.

tak kisah lah nak kata apa pun sebab saya selesa dengan hidup saya yang penuh dengan kawan-kawan yang sangat lovely and sweet. saya ada BFF dan akan jadi kawan sampai bila-bila :) thanks to kamu semua. lots of love :)

saya ada rahsia nak bagitau tapi malu la. :P dan saya rasa my bestie tau apa yang saya maksudkan.. korang rasa saya kan jatuh cinta ke dengan dia ???? hahahah..ok :)itu je kot buat masa ini. lain kali kalau saya rajin saya kan share dengan readers semua okey. take care and have a nice day girls :)

last but not least enjoy this pictures :)



Monday, September 19, 2011

Bila PERAMPAS lupa diri !!!

saje je nak buat entry menyampah ni..
saya tak kisah pun so suka hati la kalau terasa.
kalau dah memang perampas tu sampai bila-bila pun memang suka merampas hak orang..

tak kuasa nak berebut dengan perempuan macam tu.. tapi yang tak puas hati ikut2 style orang je. memang tak tau malu !!!!

Friday, September 2, 2011

~SEPI~

Selamat hari raya. Gembira sebab kita masih diberi kesihatan dan nikmat untuk bersama-sama meraikan hari raya bagi tahun ini. Namun disebalik kegembiraan menyambut hari lebaran ini, hati terketuk merintih sedih. Apa aku masih bisa menyambut bulan Ramadan lagi di tahun hadapan. Dan apa amalan ku sudah cukup aku isi ketika ramdan yang lalu.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku katakan. Hari berganti hari namun aku rasakan aku masih tetap begini. Masih sering menyakitkan hati sendiri. Buat apa aku harus terus membiarkan perasaan aku disakiti. Kesakitan yang aku alami sudah cukup membuatkan aku menjadi sang penanti. Ucapan hari raya tulus dari aku buatmu. Dan kau turut membalas nya dan kau memberikan aku satu jawapan yang pasti bahawa kau memang benar-benar sudah melupakan aku.

Kau menginginkan kita melupakan masa lalu dan cuba menjalinkan silaturrahim kembali. Tapi aku akui yang aku tidak kuat untuk itu semua. Aku tidak mampu untuk berteman dengan mu. Dan mungkin bagi aku cukup untuk aku tidak mengenali mu. Maafkan aku kalau aku masih berkelakuan seperti tidak mengenalimu tapi hanya itu yang aku mampu.

Mungkin kau masih belum mengerti aku. kau masih tidak memahami kesakitan yang aku rasakan disaat kau tinggalkan aku. semuanya msih terngiang-ngiang di kotak fikiran ku. Masih tersimpan utuh kata-kata yang kau ucapkan untuk aku. aku tahu ini semua takdir dari Allah. Aku sepatutnya tahu semua ini sudah ketentuan-Nya. Percaya qada dan qadar Allah dan percaya semuanya sudah tertulis di Luf Mahfuz.

Hari demi hari aku lalui dengan penuh cabaran. Aku tidak boleh tewas dengan perasaan sendiri. Aku harus kuat kerana aku masih punya tanggungjawab yang berat. Pelajaran ku paling penting, masa hadapan ku masih belum pasti. Aku harus bisa mendapatkan segulung ijazah yang paling berharga dalam hidupku. Dan aku semakin hampir dengan matlamat ku. Semester baru bakal menjelma. Dan alhamdulillah aku sudah berada di tahun ke-3 semester 5. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bisa belajar dan mencapai impian ku.

Kalau dulu impian ku tinggi, ingin mepunyai kekasih tapi itu semua berubah. Aku tidak perlu cinta dari lelaki. Cukup aku punya keluarga dan sahabat yang sentiasa ada di sampingku. Siapa kata single itu membosankan. Mungkin iya dan mungkin tidak tapi bagi aku semua itu tidak penting. Buktinya kini aku bisa bertahan tanpa perlu ada ikatan dengan cinta. Apa aku angkuh dan bongkak. Aku rasa tidak kerana ini prinsip aku.

Bila mengingatkan hari aku akan pergi meninggalkan keluarga semakin hampir aku jadi sedih. Mungkin cuti terlalu lama walhal ini bukan pertama kalinya aku akn pergi, sudah berkali-kali. Tapi perasaan sedih itu tetap ada. Aku akan tetap meninggalkan negeri yang penuh kenangan ini selagi impian ku belum tercapai. Sedih terpaksa pergi ke negeri orang. Pergi menimba ilmu dan pergi untuk mengubah nasib keluarga. Pergi untuk membuktikan pada mereka yang pernah memandang rendah terhadapku bahawa aku mampu berdikari.

JIHAD YANG PALING TINGGI IALAH BERJIHAD UNTUK MELAWAN NAFSU SENDIRI INSYA ALLAH.

Thursday, September 1, 2011

~ KETIKA CINTA BERTASBIH ~

Sebuah filem yang sangat menyentuh hati.. sebuah filem yang memaparkan kekuasaan Allah SWT.. dari filem ini apa yang aku dapat lihat ialah betapa besarnya  kuasa Allah itu.. mungkin ini Cuma hanya sebuah filem dan mungkin jarang sekali berlaku di alam nyata.. tapi aku tetap tertarik untuk menonton filem ini berulang-ulang kali.. benar kata pepatah kalau ada jodoh tidak kemana. Walau kemana kita cuba menghilang atau melarikan diri nescaya jika dia memang jodoh kita sudah pasti kita akan tetap bersatu. Dahulu ayat ini selalu aku dengar dan selalu aku ungkapkan tanpa aku mengenali maksud tersirat nya. Dan ini memang benar bila aku dapat lihat melalui cerita ini. Dan kini KETIKA CINTA BERTASBIH THE SERIES menjadi pilihan utama ku di bulan Ramadan.

Bermula kisah di antara Azzam dan Anna yang saling tidak mengenali dan akhirnya menikah.. pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh mereka sebelum mereka menikah.. Azzam hampir putus asa bila gadis yang didambakan menikah dengan sahabat baiknya sendiri. Tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan itu benar berlaku bila Azzam dan Anna akhirnya bersatu. Air mataku gugur bila melihat cerita ini.. aku dibawa masuk kedalam cerita ini.. seolah-olah aku ada bersama Anna dan Azzam.. begitu kuat penangan cerita ini.. atau mungkin aku yang terlalu dibawa perasaan.

Apa salah bagi seorang wanita seperti aku mempunyai angan-angan untuk hidup seperti Anna. Aku ingin sekali menjadi seperti Anna. Seorang wanita solehah dan begitu mnejaga kesucian dirinya, kesucian suaminya. Alangkah beruntungnya si Suami bila dapat beristerikan seorang wanita yang hampir sempurna seperti Anna. Wanita yang akan menjadi bidadari untuk suaminya di akhirat nanti. Tapi aku sedar yang aku tidak layak untuk memasang impian sitinggi langit. Kerana aku bukan Anna. Aku tetap aku yang hanya menanti cinta dari seseorang. Bila aku cuba untuk membuka hatiku buat cinta aku gagal. Dan bila aku rasakan aku telah bertemu sang Adam di simpang hidupku ada sahaja dugaan hidup. Bila aku rasakan dialah orang nya tapi hatiku berkata bukan dia. Dan aku yakin itu bukan dia. Bukan dia jodohku. Kerna aku tahu jika memang dia jodohku pasti aku kan jatuh cinta denganya. Tapi aku belum jatuh cinta dengannya walaupun hati seorang wanita selalu berbisik yang aku sukakan nya.

Hanya pada-Mu aku bertanya. Hanya KAU yang tahu apa yang sebenarnya di hati hambamu ini. Dan rahsia itu hanya KAU yang tahu. Terkadang aku melihat ada sinar bahagia yang akn muncul tapi yang pasti cahaya itu akan hilang. Dan sekali lagi aku terkapai-kapai dan hanyut dalam perasaan yang aku sendiri kurang pasti. Lelaki itu seperti Azzam. Aku nampak bayangan Azzam dalam dirimu. Dan itu membuatkan hati ku menjerit kerna tidak pantas untuk aku mendekatimu. Kau hanya layak untuk wanita semulia Anna. Mungkin aku hanya mngagumi mu. Dan semakin aku mengenali mu aku pasti hati aku bukan untuk mu. Aku tidak mahu terlalu mengharap dengan manusia. Sakit rasanya bila apa yang kita harapkan hancur berkecai.
  
Usikan dari teman-teman membuatkan aku berfikir kembali. Mungkin benar kata mereka kami bagai langit dan bumi. dan aku semakin pasti bahawa kasih dan cintaku ini belum ada untukmu. Atau hati ku sendiri sudah tidak mempunyai perasaan sehingga kan aku tidak dapat merasakan nya lagi. Atau hati ini masih menjadi milik lelaki yang telah mengecewakan ku. Aku keliru. Aku keliru dengan perasaan ku sendiri. Masa merangkang jauh meninggalkan aku. Kenangan masa lalu tidak harus dikenang.

Aku hanyalah sekeping kaca dan bukanya permata. Aku hanya menyakitkan orang disekeliling ku. Tapi ya Allah apa aku salah dalam mencari sebuah cinta yang halal. Persetan dengan lelaki durjana. Aku tutup hatiku atau aku telah buta hati. Coretan ini aku karang lahir dari apa yang aku rasakan. Hampir semua lelaki yang aku kenali hanya ingin mempermainkan perasaan ku. Bila hati sudah mula ingin menerima mu kau pula hilang meninggalkan aku.