Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Thursday, September 1, 2011

~ KETIKA CINTA BERTASBIH ~

Sebuah filem yang sangat menyentuh hati.. sebuah filem yang memaparkan kekuasaan Allah SWT.. dari filem ini apa yang aku dapat lihat ialah betapa besarnya  kuasa Allah itu.. mungkin ini Cuma hanya sebuah filem dan mungkin jarang sekali berlaku di alam nyata.. tapi aku tetap tertarik untuk menonton filem ini berulang-ulang kali.. benar kata pepatah kalau ada jodoh tidak kemana. Walau kemana kita cuba menghilang atau melarikan diri nescaya jika dia memang jodoh kita sudah pasti kita akan tetap bersatu. Dahulu ayat ini selalu aku dengar dan selalu aku ungkapkan tanpa aku mengenali maksud tersirat nya. Dan ini memang benar bila aku dapat lihat melalui cerita ini. Dan kini KETIKA CINTA BERTASBIH THE SERIES menjadi pilihan utama ku di bulan Ramadan.

Bermula kisah di antara Azzam dan Anna yang saling tidak mengenali dan akhirnya menikah.. pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh mereka sebelum mereka menikah.. Azzam hampir putus asa bila gadis yang didambakan menikah dengan sahabat baiknya sendiri. Tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan itu benar berlaku bila Azzam dan Anna akhirnya bersatu. Air mataku gugur bila melihat cerita ini.. aku dibawa masuk kedalam cerita ini.. seolah-olah aku ada bersama Anna dan Azzam.. begitu kuat penangan cerita ini.. atau mungkin aku yang terlalu dibawa perasaan.

Apa salah bagi seorang wanita seperti aku mempunyai angan-angan untuk hidup seperti Anna. Aku ingin sekali menjadi seperti Anna. Seorang wanita solehah dan begitu mnejaga kesucian dirinya, kesucian suaminya. Alangkah beruntungnya si Suami bila dapat beristerikan seorang wanita yang hampir sempurna seperti Anna. Wanita yang akan menjadi bidadari untuk suaminya di akhirat nanti. Tapi aku sedar yang aku tidak layak untuk memasang impian sitinggi langit. Kerana aku bukan Anna. Aku tetap aku yang hanya menanti cinta dari seseorang. Bila aku cuba untuk membuka hatiku buat cinta aku gagal. Dan bila aku rasakan aku telah bertemu sang Adam di simpang hidupku ada sahaja dugaan hidup. Bila aku rasakan dialah orang nya tapi hatiku berkata bukan dia. Dan aku yakin itu bukan dia. Bukan dia jodohku. Kerna aku tahu jika memang dia jodohku pasti aku kan jatuh cinta denganya. Tapi aku belum jatuh cinta dengannya walaupun hati seorang wanita selalu berbisik yang aku sukakan nya.

Hanya pada-Mu aku bertanya. Hanya KAU yang tahu apa yang sebenarnya di hati hambamu ini. Dan rahsia itu hanya KAU yang tahu. Terkadang aku melihat ada sinar bahagia yang akn muncul tapi yang pasti cahaya itu akan hilang. Dan sekali lagi aku terkapai-kapai dan hanyut dalam perasaan yang aku sendiri kurang pasti. Lelaki itu seperti Azzam. Aku nampak bayangan Azzam dalam dirimu. Dan itu membuatkan hati ku menjerit kerna tidak pantas untuk aku mendekatimu. Kau hanya layak untuk wanita semulia Anna. Mungkin aku hanya mngagumi mu. Dan semakin aku mengenali mu aku pasti hati aku bukan untuk mu. Aku tidak mahu terlalu mengharap dengan manusia. Sakit rasanya bila apa yang kita harapkan hancur berkecai.
  
Usikan dari teman-teman membuatkan aku berfikir kembali. Mungkin benar kata mereka kami bagai langit dan bumi. dan aku semakin pasti bahawa kasih dan cintaku ini belum ada untukmu. Atau hati ku sendiri sudah tidak mempunyai perasaan sehingga kan aku tidak dapat merasakan nya lagi. Atau hati ini masih menjadi milik lelaki yang telah mengecewakan ku. Aku keliru. Aku keliru dengan perasaan ku sendiri. Masa merangkang jauh meninggalkan aku. Kenangan masa lalu tidak harus dikenang.

Aku hanyalah sekeping kaca dan bukanya permata. Aku hanya menyakitkan orang disekeliling ku. Tapi ya Allah apa aku salah dalam mencari sebuah cinta yang halal. Persetan dengan lelaki durjana. Aku tutup hatiku atau aku telah buta hati. Coretan ini aku karang lahir dari apa yang aku rasakan. Hampir semua lelaki yang aku kenali hanya ingin mempermainkan perasaan ku. Bila hati sudah mula ingin menerima mu kau pula hilang meninggalkan aku.