Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Sunday, October 6, 2013

Rintihan demi rintihan

Assalammualaikum

Saya rasa blog ini akan diupdate bila saya rasa saya ingin menulis. Ada kalanya saya perlukan tempat untuk meluahkan rasa saya. Menulis buatkan saya dapat kepuasan itu. 

Saya susah untuk berkongsi masalah dengan orang. Saya lebih suka memendam. Tapi bila terlalu lama kita rasa kita tidak cukup kuat untuk terus lalui kehidupan ini. Puisi saya tulis untuk gambarkan perasaan saya. Cukup mengambarkan kesedihan hati yang sukar untuk diluahkan melalui kata-kata. 

Kenapa saya berani meluahkan semuanya di blog ini, kerna saya tahu blog saya in bukan tumpuan orang. Saya bukan seperti blogger yang lain yang punya cerita menarik untuk dikongsi tapi blog saya sudah seperti diari hidup saya.


Kadang kala apa yang kita rasa sudah lama di dalam diri
Semuanya sudah terlalu sebati dalam hidup kita
Kita terjatuh bangun kembali
Tapi kenapa masih seperti dulu
Masih di takuk lama walau kita sedar
Adakalanya kita cuba bertahan pada dahan itu
Tapi apa dahan itu mampu bertahan lama
Kerna yang pasti ianya akan jatuh dimakan dek masa

Lahirnya aku hari ini dari aku yang semalam
Hanya mampu bertahan tapi sampai bila
Andai ada yang tahu hati ini seperti apa
Pasti hanya kelihatan luka yang masih bernanah
Sampai kapan semua akan kekal seperti itu
Walau kita cuba menyimpan semua kelukaan itu

Air mata? Bagi aku air mata ini sudah tidak punya nilai
Begitu mudah mengalir walau aku tahu aku bukan seperti itu
Jadi mengapa ini yang berlaku?
Hanya satu yang pasti aku sudah lelah dengan semua ini
Hari demi hari,bulan berganti bulan dan kini tahun demi tahun
Aku masih merasakan semua itu. 

Bahagia? Apa itu bahagia kalau kita tidak pernah merasakan perasaan itu
Aku gadis yang lemah 
Andai aku mampu kuatkan diri pasti aku lakukan
Andai aku punya pilihan pasti aku ingin pilih
Tapi semuanya apa mungkin bila aku terus membohongi diri sendiri
Di mata mu aku selalu salah tiada apa yang dibanggakan
Tapi apa kau tahu kenapa aku seperti ini
Ketahuilah hati ini yang begitu menderita menahan sengsara

Aku ingin punya sinar cahaya itu
Cahaya yang akan menyinari hidupku yang telah lama hilang
Tertawanya aku tidak seperti dulu
Semuanya hanya seketika seperti mimpi
Terbangun dan sedar semuanya kembali seperti dulu
Apa kita tidak layak merasakan seperti mereka yang lain


Friday, August 30, 2013

Rezeki itu memang ada, saya harus sabar

Assalammualaikum.

Dah lama rasanya tak update blog. Yang last masa praktikal hari tu. Rindu nak blogging tapi sekarang ni laptop tengah rosak dah tak sempat lagi nak repair. Kesian dengan laptop tu dah banyak berjaya since masuk U lagi. Sekarang bila dah rosak susah pula hati ni. 

Malas nak basi-basi sebenarnya sekarang ni saya tengah mengalami krisis penganggur. Biasalah bila dah habis study tapi rezeki untuk kerja takda lagi so terpaksalah menganggur. Tapi kali ni rasa macam lebkh tertekan sebab entahlah. Maybe sebab terlampau banyak tekanan dari parents. Sampai kekadang rasa nak menangis pun ada juga.

Bila dah habis study tak semestinya rezeki tu terus ada. Rezeki Allah tu memang ada cuma lambat dan cepat ja bezanya. Tapi itulah kadang kala ada orang yang tak faham kita. Tak faham apa yang kita rasa. Rezeki tu tak datang dengan mudah. Usaha,doa dan tawakal. 

Ya Allah kadang-kadang tekanan tu buat saya hilang sabar. Saya cuma perlukan orang tu faham saya. Tapi kenapa mereka tak faham saya. Berat sangat bebanan yang harus saya pikul. Tugas sebagai anak sulung, memang tanggungjawab tu akan saya pikul tapi entahlah. Hukhuk. :(

Rindu nak study. Masa tu fikir hanya untuk belajar ja. Takyah fikir apa2 pun. Tapi sekarang banyak sangat kena fikir. Masa depan semua harus ditentukan. Jalan hidup harus dipilih. Teringin sangat nak sambung master. Biar saya terus jauh dari semua ini. Tapi rezeki untuk sambung belum ada lagi. Tapi insha Allah saya memang nak sambung master. 

Tapi apa yang paling menyedihkan saya situasi sekarang ni. Dari dulu sampai sekarang saya susah untuk difahami oleh mereka. Entahlah. Saya dah cukup buntu skrg nj

Tuesday, March 19, 2013

Dugaan yang datang menguji kesabaran saya

assalammualaikum dan selamat malam

Dalam beberapa bulan ni saya dihujani dengan pelbagai dugaan dan cubaan yang adakalanya buat saya terfikir untuk berputus asa. Semuanya berkenaan dengan praktikal. Bermula untuk cari tempat sehingga tengah praktikal dugaan tak sudah-sudah datang. Bukan niat untuk mengeluh tapi apakan daya saya hanya manusia biasa.

Sebelum dapat tempat praktikal ni saya sebenarnya sudah ada pilihan sendiri namun pihak Universiti saya pandai-pandai ja bagi saya company yang bukan saya nak tanpa bagitau kat saya terlebih dahulu. dipendekkan cerita saya terima je company tu sebab malas nak berdebat dengan pihak pengurusan. Saya ingatkan cukup sampai di situ namun tak. Ada lagi dugaan saya. 

Lepas masalah company dah settle timbul pula masalah berkenaan dengan penyelia report kami. Guess what lecturer penyelia saya seorang FOREIGNER. Banyak-banyak lecturer Malaysian kat U tu kenapa bagi foreigner. Ok itu saya masih boleh bersabar. Tapi bila masuk part yang satu ni saya rasa macam dah hilang arah.

Sedia maklum sebelum start praktikal kami ni kira harus jumpa lecturer penyelia untuk bagi information tentang siapa kami dan lecturer akan bagi cara-cara macam mana nak buat report dan so on. Tapi yang malangnya saya ni bila saya nak jumpa lecturer tu dia pula takde kat dalam U. Pergi KL katanya sebab ada kursus. Then saya email lecturer cakap saya tak boleh jumpa dia sebab saya dah kena balik Sabah. Tapi cuba teka apa yang dia jawab " I will not sign your report if u FAIL to see me". So apa korang rasa bila lecturer tu cakap macam tu. Confirm ketar lutut kan.

Bayangkan dia taknak terima sebarang alasan. Saya dahla beli tiket flight untuk balik Labuan. Tapi bila keadaan jadi macam ni saya takde pilihan lain. Takkan gara-gara saya tak dapat jumpa dia, dia nak fail kan gred saya untuk praktikum ni. So saya terpaksa burnkan tiket saya, Ya BURNED! could you imagine macam mana saya kena lalui semua ni. Saya betul-betul buntu masa ni. Bayangkan saya terpaksa tukar tiket flight dan pergi KL cari dia untuk jumpa dia yang tak sampai 1 jam. Memang sangat berbaloi. Tapi saya tetap cakap takpe ini dugaan. Kena sabar sebab pasti ada hikmahnya.

Bila semua dah selesai saya pun balik ke Labuan dengan perasaan lega dengan harapan takkan ada lagi halangan untuk saya mulakan praktikal saya. Tapi macam biasa hidup saya pernuh dengan liku. Pada hari sama saya nak pergi KK untuk mulakan praktikal, thenn saya dapat mesej dari tuan punya rumah yang kami nak sewa tu cakap dia tak boleh bagi sewa bilik kat kami. Time tu saya tengah dalam bas otw pergi KK. Mana boleh buat keputusan macam tu. So saya dengan kelam kabut  cari bilik untuk disewa kat Mudah sebab saya nak tinggal kat mana nanti.

Cari punya cari dapatlah juga sewa 1 bilik kosong kat area KK ni. Bila bilik kosong maknanya memang kosonglah. Kami tidur tanpa tilam,tanpa bantal. Hanya beralaskan toto. Tapi dalam hati takpa hanya untuk 4 bulan kita sabar. Ya sabar dan redha, hanya itu yang saya terapkan dalam hidup saya bila ada dugaan macam ni.

So kita teruskan cerita kita dibahagian kemuncak nya. Saya pun memulakan praktikal seperti biasa. Memang best bila praktikal sebab kita dapat rasa seperti kerja sebenar. Tapi malang tidak berbau. Company kami ada masalah setelah 1minggu kami mulakan praktikal. Dan praktikal kami tergantung macam tu. Saya pun berfikir saya kena cari company lain untuk praktikal saya. Dari KK saya kembali ke Labuan, saya herat segala beg saya ke Labuan. Saya mulakan hari saya untuk cari tempat baru tapi malangnya semua  company tak bagi respon seperti yang saya harapkan.

Okey takpe, saya masih bersabar mungkin bukan rezeki saya untuk praktikal kat labuan. Nak tak nak saya kena teruskan praktikal kat company lama even company tu tak bagi kami msuk opis dan hanya suruh kami buat pemantauan. ya pemantauan @bancian. Saya terfikir lagi sampai bila saya harus begini. Praktikal tapi bukan seperti praktikal. 

Dan baru-baru ni bila saya buka portal pelajar tengok nama company dah bertukar. Saya dapat tempat praktikal baru. Bermaksud saya boleh tukar tempat praktikal. Masa ni Ya Allah gembiranya sebab yalah dapat duduk rumah sendiri kan. Tapi bahagia hanya datang sekejap. Dapat berita dari pihak U yang kami kena stay kat company lama je. So apa motif luluskan permohonan praktikal kami kat tempat baru.

So inilah kemuncak dalam cerita saya sepanjang praktikal ni. Saya rasa macam tak tahan. Saya macam penat. Dari awal saya cuba tanamkan dalam diri Sabar Santy, ingat kena redha. Allah takkan uji umatnya melampaui kemampuannya. Tapi saya tetap manusia biasa. Selagi saya boleh bersabar saya akan bersabar tapi bila keadaan dah jadi teruk macam ni apa saya masih mampu untuk bertahan.

saya kena mulakan dari mula. Saya kena cari rumah sewa baru, saya kena balik semula ke KK. Mulakan tugas pemantauan saya. Masuk kampung di area pendalaman yang serius saya tak tahu jalannya. Jadi apa yang patut saya buat. Iya hanya mampu berdoa. Semoga Allah tunjukkan jalan bagi setiap masalah saya.

Sekian, akhir sekali cuba anda bayangkan anda di tempat saya. Apa kamu semua kuat untuk dugaan ini.