Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Friday, December 2, 2011

hari yang bosan dan memenatkan


saya pun tak tahu kenapa dalam gambar tu saya jeling kat sape ntah. tapi saya suka gambar ni sebab nampak pelik. hari ini cuti sebab kat kedah jumaat adalah hari cuti. so bermaksud hari ini takde kelas so saya dengan lenaya tidur dan bangun sampai pukul 11 pagi. nampak sangat pemalas. kalau kat rumah ni sure2 dah kena bising oleh mak saya. 

ingat nak sambung lagi tidur sampai tengahari tapi mengingatkan kain yang berlambak-lambak menunggu untuk dibasuh terus niat terbantut. ingat nak basuh guna tangan kain tu tapi bila tengok macam nak muntah je kain tu yang berlambak-lambak terus saya dengan malasnya basuh guna mesin. melayang duit rm2. so alang-alang meyeluk pekasam saya basuh semua cadar dan selimut saya. licin semua saya basuh siap-siap. 

kat ampaian tu memang penuh dengan kain saya ja. tak tahu la tapi sekarang saya rasa malas nak basuh kain. seminggu 2 kali baru saya basuh. kalau saya rajin seminggu 3-4 kali saya basuh. kenapalah jadi penyegan sangat ni. =-='  bukan dalam bab basuh kain je tapi dalam semua bab saya jadi pemalas sekarang. Ya Allah banyaknya setan-setan kat badan saya ni. huhuhu..

sebelum ini saya ada ceritakan tentang perasaan saya terhadap dia kan. sebenarnya saya tak suka kongsikan perasaan saya dengan orang lain. mungkin hanya orang terpilih saja akan tahu apa yang saya rasakan.

Friday, November 18, 2011

malam-malam yang indah =)

assalammualaikum...




walaupun ini bukan yang pertama tapi moga ini yang terakhir =)

Thursday, November 17, 2011

banyak yang telah berubah dalam hidup saya

assalammualaikum...


semangat pula rasa nak update blog. lupa diri seketika sedangkan esok ada exam mid term. kenapa tak boleh tahan. nak juga update blog. susah-susah janji saya nak habiskan entry ini dulu. sebenarnya lama dah saya nak share pasal entry ini tapi selalu lupa je. tapi hari ini dan saat ini saya akan cuba habiskan sepenuhnya entry yang saya rasa banyak membawa perubahan dalam diri saya.


sebenarnya banyak yang telah berubah dalam hidup saya. dan saya rasa perubahan yang paling banyak berlaku ialah selepas saya masuk U ni. saya masih orang yang sama tapi mungkin sikap dan peribadi tu telah berubah.


1: dulu saya saya selalu kena cakap PEMALAS

  • PEMALAS.. apa yang pemalas ni. sebenarnya saya pun tak tahu kenapa saya selalu kena cakap pemalas oleh mama saya dan sepupu-sepupu saya. maksudnya pemalas nak buat kerja rumah. dulu mama saya selalu bandingkan saya dengan sepupu yang lain. iyalah diorang kan rajin buat kerja rumah tapi saya ni pemalas dan tak reti buat kerja rumah. tapi saya rasa saya bukan pemalas cuma kurang rajin ja. bukan tak reti buat kerja rumah tapi  kan dulu tinggal dengan parents semua mama yang buat. tapi sekarang semua dah berubah. saya rasa saya tak pemalas dan mungkin semakin rajin. sebab bila balik rumah mesti saya tolong mama basuh pinggan, sidai baju, masak dan kemas rumah. mungkin sebab saya dah berjauhan dengan keluarga dan semakin berdikari.
2: dulu saya sangat PEMALU 
  • ini memang tidak  boleh dinafikan sebab sudah jelas lagi tersuluh yang saya ni memang mempunyai sifat pemalu yang sangat MELAMPAU. saya rasa family dan kawan-kawan saya kat sekolah perasan tentang sikap saya. kalau dulu saya susah nak tegur orang, walaupun dengan sanak saudara yang lain. even ada kenduri, saya mesti akan diam dan susah nak jadi peramah. tapi SEKARANG tidak lagi. saya dah boleh berkawan dengan semua orang tapi bukan sampai tahap peramah sangat. sekarang saya dah boleh bercakap dan berbual dengan families bila ada kenduri. dah tak malu-malu. mungkin sebab semuanya atas perubahan umur dan saya semakin dewasa. hehehe
3: saya benci orang PENGOTOR
  • saya ni nak cakap pembersih sangat taklah juga tapi taklah pengotor nak mampus. seriously tak boleh la hidup dengan orang yang pengotor terutamanya perempuan. mama saya selalu pesan " KALAU HARAP MUKA JA LAWA TAPI PEMALAS BUAT PA". statement ni saya sokong sangat-sangat. mungkin sebab saya dah dididik dan dibesarkan dengan suasana yang mementingkan kebersihan. mama saya memang sangat-sangat pembersih.  sampai saya pernah rasa saya tak boleh ikutkan perangai mama saya yang terlalu pembersih. tapi sekarang ini saya akui didikan sangat kecil memang sangat berguna. kalau mak bapak pengotor tak mustahil anak diorang pun pengotor kan. sorry to say tapi itu fakta. 
4: saya dah pandai masak sikit-sikit
  •  dulu bukan tak reti nak masak cuma tak terlampau pandai. benda yang paling saya suka tentang mama saya ialah mama saya memang pandai masak. walaupun dah jauh saya berjalan tapi saya masih tak boleh cari masakan sesedap mama saya masak terutamanya ayam masak kicap dan sayur lemak pucuk ubi. sedapnya. =) . sekarang saya dah semakin rajin nak belajar masak.masa cuti sem 3 bulan tu saya sibuk masak macam-macam kat rumah. benda yang saya tak reti nak buat pun sekarang saya dah pandai. kira adik beradik saya jadi pengadil untuk rasa masakan saya. saya dah reti buat kek dan yang pasti kek saya memang sedap. puji diri sendiri :P
ok. sebenarnya saya rasa besyukur sebab bila saya dah berjauhan dengan family saya, saya jadi semakin berdikari dan mungkin saya semakin rajin. kalau dulu susah nak tengok saya kat dapur tapi sekarang pantang ada peluang saya mesti nak masak macam-macam. memang betul semua yang berlaku pasti akan ada hikmahnya. kalau dulu mungkin saya berat hati untuk masuk uum. pergi jauh ke negeri kedah. tapi saya sedar semua yang berlaku membuatkan saya semakin berani untuk berdikari.  bermulanya langkah saya ke negeri kedah dengan sendirinya hingga sekarang. ya Allah banyaknya yang telah berubah.

Wednesday, November 16, 2011

perkara yang saya suka dalam hidup =)

assalammualaikum =)

rasa lama tak update blog. saya sekarang rajin online kat facebook je. minggu ni memang minggu yang sangat sibuk untuk saya. sampaikan saya rasa waktu tidur saya tak menentu dan jerawat mula membiak. tapi nasib dapat dikawal. fuhh!! minggu saya sibuk dengan assignment dan mid term. syukur alhamdulillah semua berjalan baik walaupun asa kalanya saya rasa macam nak tumbuk muka orang je. (propa je lebih )

ok la berbalik dengan tajuk entry saya kat atas. saya nak kongsi la sedikit sebanyak perkara atau benda yang suka dalam hidup saya. saya je buat entry ni sebab nak lepaskan tekanan yang makin menjadi-jadi =_=

pertama : saya suka makan
  • dengar je saya cakap saya suka makan mesti korang cakap patutla gemuk sebab suka makan. dan saya akan jawab so what. suka hati la saya nak makan apa. tapi saya suka makan macam-macam terutamanya benda-benda yang sweet macam chocolate. sedapnya rasa bila dapat makan coklat. thank God saya duduk kat labuan. syurga coklat kat situ.
kedua : saya gila shawls
  • saya memang gila bila tengok shawls. rasa macam nak rembat je semua shawls yang jual kat kedai tu. saya pun tak tahu lah kenapa saya suka sangat buat koleksi shawls ni. sedangkan sampai ada yang saya tak guna, tersimpan kukuh je kat almari tu, macam membazir kan tapi dah tabiat kot. saya cuba kurangkan tapi tetap susah. 
ketiga : saya pantang tengok dress yang nampak VINTAGE 
  • part ini membuatkan saya terpaksa duduk sekejap ambik nafas dalam-dalam sebab saya memang tak boleh tengok dress especially yang vintage. sumpah saya akan beli tapi beli tengok purse duit semakin ciput terpaksa tahan nafsu. tapi saya akan beli juga. tak kisah la orang nak cakap apa sebab bagi saya yang pelik itu cantik!!
keempat : saya suka kena belai dan dimanja 
  • sila jangan salah sangka dengan tajuk diatas, itu cuma propa. maksud sebenarnya saya suka kena belai kat rambut dan kena garu. ok perangai yang tak senonoh kot tapi mostly family dan best friends saya tahu saya suka dimanjakan. contoh nya time nak tidur tu kalau boleh saya nak ada orang tolong usapkan rambut saya. dan yang pasti jadi mangsanya ialah TIE dan NOR. sayang korang dua =)

ok itu je buat masa ini. take care and till then =)


Wednesday, November 9, 2011

cuti yang sangat menyeronokkan

                                                               assalammualaikum............

alhamdulillah selamat sampai ke bumi sintok tepat pukul 6 subuh tadi. tak sangka pula naik bas tu cepat sampai. nasib baik tak terlajak tidur. ni pun tadi terjaga tengok-tengok dah kat sungai petani. patutla tadi rasa macam ada orang terkuit2 saya rupanya mamat kat sebelah tu nak kejutkan. dia ingat saya turun kat butterworth kot. so funny. :)

seriously mahal kot tambang teksi tadi. seorang rm7. selalunya rm2 je. sebab sampai subuh kan. kayalah pak cik teksi. tapi takpelah janji selamat sampai. tadi rasa mengantuk sangat yelah tidur pun tak cukup kan. dengan kepala n muka yg buat hal. rasa macam nak guntng je rambut ni. panjang2 pun nak buat pe. buat kepala saya gatal je. syok-syok nak tidur tapi kepala ni gatal pula. macam nak tenyeh-tenyeh je.

cuti 2 minggu yang lepas saya habiskan dengan berjalan-jalan. OH TIDAK saya tidak tumpukan dengan study dan buat assignment. lepas ni ada yang tak tidur malam sebab buat kerja yang tertangguh. sebab tu saya tak suka cuti lama-lama sebab saya akan jadi careless tak bertempat. tapi apa pun cuti kali ini seronok bagi saya. yelah dapat pergi kl dengan BESTIE saya. 5 sekawan hidup bersama di KL. hahah.. memang sangat syok la. 1 hotel kitorang 5 orang. macam hotel kami je. shopping jangan cakapala sebab saya ni ada tabiat yang sangat suka dengan stuff yang lawa-lawa. so lepas ni kalau dengar saya puasa je tak hairan la sebab bajet dah lari untuk shoping ja kot. hahahaha..gelak ketawakan diri sendiri. nak menyesal buat tak guna kan. :P

masa kat KL hari tu juga kitorang temankan wani dan safuan tengok dan beli baju nikah. ya Allah perasaan saya macam saya pula yang nak kawin. sebab 1st time saya tengok dan temankan orang pergi beli baju nikah. pilih sama-sama. suka sangat saya tengok. saya doakan kebahagiaan wani dan safuan@abang angkat kami. :) insya allah nanti giliran saya dengan bakal suami saya pula. ya allah perassan nya saya. umur dah cukup nak kawin tapi takda calon lagi :( ok kalau mak saya tahu sure kena leter. mengada-ngada.

lepas tu saya balik kuantan. balik rumah sepupu saya. kat sana saya jadi baby sitter. suka bila dapat jaga baby. yelah lama sangat dah tak jaga baby. nak ada anak sendiri tapi masih tak cukup syarat so jaga anak buah je. ni pun dah start rindu dengan haziq dan qistina. :( nanti mak cik santy datang kuantan lg yer.. lepas tu kan raya haji hari tu kami sambut kat kemaman, terengganu. 1st time saya pergi terengganu. kami sambut kat rumah nenek dan atuk. seronok dapat jumpa mak cik2 dan  kumpul ramai2. dan yang paling amazing saya buat buras ok. saya balut dan ikat buras. memang syok la. tapi diet saya hancur la juga time tu. tapi lepas balik kuantan saya diet balik. makan sehari sekali je..

saya rasa cukup la kot setakat ini entry saya. sebab takut nanti saya makin melalut pula. tapi kesimpulannya cuti kali ini memang seronok sebab dapat jalan-jalan. ada untungnya juga kalau kita study jauh-jauh. orang kata makin jauh kita pergi makin luas pengalaman kita. oh ya. bulan 12 ni insya allah saya balik sebab sepupu saya yang paling rapat akan kawin. seorang demi seorang kawin. tak sabar pula rasanya. 

Monday, October 24, 2011

kata-kata motivasi






sekarang hanya kata-kata ini yang dapat membuatkan saya untuk terus kuat dalam hidup :)

aku hanya mampu menaip

assalammualaikum..

sebenarnya terlalu banyak yang berlaku dalam bulan ini.. bulan yang penuh dugaaan buat aku. cuma apa aku mampu atau tidak untuk mengharungi semua dugaan ini. dan apabila usia semakin meningkat semakin aku menyedari yang aku menjadi lebih sensitif. lebih mudah menitiskan airmata. tapi aku pelik kenapa aku menangis hanya yang melibatkan perasaan tapi aku tidak menitiskan air mata tika aku kehilangan benda. 

bulan ini sahaja entah keberapa ratus kali aku menangis. aku bukan jenis yang mudah menitiskan airmata dan aku bukannya gadis yang mudah mengalah tapi entah lah sekarang semuanya telah berubah. aku bukan nak salahkan sesiapa tapi aku salahkan diri aku sendiri. sebab apa sebab aku lemah dan mudah sangat TERPEDAYA dengan mainan perasaan. 

jujur aku katakan aku banyak mengenangkan masa lalu aku. aku berfikir dan terus berfikir tapi kesudahan nya tiada siapa yang tahu. kenapa hati begitu mudah untuk diketuk dan kenapa begitu mudah untuk hati terjatuh. mungkin ia akan jadi saat yang indah bila kita jatuh cinta dengan orang yang benar-benar sayangkan kita. tapi sebaliknya bila kita hanya bertepuk sebelah tangan.

aku bukan anti LELAKI tetapi lelaki yang membuatkan aku anti dengan sikap meraka. untuk apa kau berikan harapan dengan sesorang tapi akhirnya kau tetap melukakan hatinya tanpa kau sedari. sebab itu aku katakan jangan pernah hadir dalam hidup jika bagi mu aku hanya tempat persinggahanmu. 

kenapa dan kenapa. terlalu banyak persoalan yang bermain di benak pemikiranku tapi aku sendiri sukar untuk mendaptkan jawapan yang pasti.kerana itu semua rahsia Allah. aku tahu aku salah kerana percaya semuanya. terlalu meletakkan harapan yang tinggi.  walaupun aku tahu semua itu mustahil. terlalu mustahil!!!!!!!!!!

ee. macam jiwang kan tapi bukan jiwang tapi ini luahan perasaan yang tiada siapa pun mengerti. yang pasti lepas ini aku kan tutup. aku akan tutup selama-lamanya pintuu hati dan kuncinya aku bunag jauh ke tengah lautan. untuk apa kunci kau pinta dari ku sedangkan kau hadir hanya untuk persinggahan kerana aku tahu aku bukan pilihan mu.

ok aku memang bosan dan aku memang benci dengan situasi ini. sangat benci dan aku benci dengan apa yang berlaku. sorry to say kalau aku melampau ke apa tapi memang aku rasa macam KEHILANGAN SESUATU YANG SANGAT BERHARGA DALAM HIDUPKU..


Thursday, October 20, 2011

esok pasti akan lebih baik

saya kecewa. ok sudah cukup mengambarkan kenapa saya kecewa. saya malas nak terang panjang dan taip panjang2 sebab saya memang tengah kecewa. ok.

banyak yang saya pelajari dalam hidup tapi saya masih tak tahu kenapa saya masih tak sedar-sedar diri.

bukan sebab tak sedar diri sebab apa pun tapi saya ni macam tak pandai serik-serik. berkali kali terluka tapi masih degil. masih suka cari pasal. 

suka sangat bermimpi di siang hari. ok saya kena kuat dan tegar. ingat nak dapat best pointer sem ni. mesti ingat.!!! jangan asyik fikir benda-bneda yang menyakitkan hati. dan jangan asyik berangan. dan jangan mudah untuk meletakkan harapan atas suatu yang belum pasti.

Saturday, October 15, 2011

Bersyukur atas umur yang panjang :)


ok saya da masuk 22 tahun :)

assalammualaikum semua :)

hari ini syukur alhamdulillah saya da masuk 22 tahun. umur semakin meningkat tapi muka masih baby face. (ok sangat perasan)

sebenarnya saya sambut hari jadi saya beberapa jam lebih awal. belum masuk jam 12 tapi dah siap tiup lilin. tak kisah la kan sebab semuanya dah selesai. seronok dapat sambut hari jadi bersama kawan-kawan. masuk kali ini dah 3 kali saya sambut hari jadi kat negeri kedah, jauh dari keluarga. 

kali ini special sikit sebab kami tak sambut kat luar. yelah selalu besday party pakai baju lawa-lawa, make up lepas tu get ready g keluar. tapi kali ini. kami just sambut kat kerusi batu depan bilik je kot. simple tapi paling istimewa. yeke istimewa.. mungkin kot. 

tetamu yang hadir hanyala BFF saya sahaja. sebab mereka la yang selalu ada kat sisi saya sepanjang 3 tahun saya kat kedah ni. sayang mereka sangat. tapi ada satu lagi tetamu istimewa yang hadir dan dia menjadi satu-satunya lelaki yang ada masa hari jadi saya. saya hargai dia sebab sudi datang celebrate sekali dengan saya dan kawan-kawan saya. thanks awak sebab sudi join party kami. siap jadi photographer kami. :P

tak buat apa pun cuma borak-borak,makan-makan dan yang paling penting ambil gambar. itu memang wajib. main tiup lilin lagi. entah la tapi hari jadi kali ini saya jadi super excited sikit sebab dapat hadiah. lama sangat tak dapat hadiah kan. thanks dear sebab bagi saya hadiah :)

lepas habis sambut besday masing-masing balik bilik dan tepat jam 12 dah masuk la mesej friends yang wish happy birthday kat saya. siap ada yang menyanyi birthday song lagi. sweetnya :)

tapi disebalik kegembiraan di malam hari tetap ada iar mata yang mengalir. sedih di hati tetap ada. sebab apa biarlah rahsia hati. dan sekarang saya sangat penat dan saya sangat tension dengan kerja-kerja yang berlambak. malas nak cerita benda sedih sebab hari ini kan hari jadi saya. jadi  itu sahaja dari saya.

pesanan ini untuk dearest BFF saya :

  • untuk tie terima kasih sebab teman saya pergi ambil kek dan beli KFC. memang mu selalu jadi kawan temanan saya. faham tak saya guna ayat apa. :P
  • dan untuk wani saya nak cakap terima kasih banyak2 sebab wani sanggup turun walaupun lambat. saya tahu wani tak sihat tapi wani tetap turun. sayang wani sangat2 :)
  • dan untuk n0r yang sangat jahat dengan saya :P gurau je, thanks jg sebab sudi teman saya pergi alor star. sanggup jalan kali dari CELCOM p pekan rabu. thanks sayang!!
  • untuk ilah pula nak cakap terima kasih sebab bagi hadiah yang sangat bermakna kot. macam tau2 je saya susah nak bangun p kelas kan. insya allah lepas ini saya akan rajin bangun awal :)
  • dan untuk asma terima kasih sebab wish besday saya tepat jam 12. thanks sebab sudi jadi roomate dan peneman tidur saya selama 5 sem ni. :)
  • last but not least untuk azwan. hee.. sorryla kalau saya mention nama awak kat sini tapi saya nak cakap thanks banyak-banyak sebab sudi datang dari kachi mai smbut sekali dengan BFF saya. awak kenal dah kan kawan2 saya. :P
dan untuk semua yang telah wish besday saya sama ada kat FB atau kat msg thanks yer. semoga dengan umur yang baru ini saya mampu jadi seorang wanita yang solehah dan mampu membahagiakan mak ayah saya. insya Allah saya akan terus berusaha untuk mendapat redha dari Allah. semoga daya dapat bertemu jodoh yang saya inginkan :)


wani,tie,nor,asma,ila dan ros

kawan baik sampai bila-bila :)





Tuesday, October 11, 2011

entah yang keberapa kali

                                                                               
assalammualaikum :)

i do.. i do.. YES I DO !!!!!

apa yang i do ni. kalau nak tahu kena tunggu episode seterusnya sebab rugi kalau tak tahu :P 

macam yang awak cakap antara dua hati :P

Saturday, October 8, 2011

awak !!!!!!!!!!!!!!

kenapa awak tak online..saya nak chat dengan awk..saya tunggu awak online tapi awk tetap tak online.. lama saya tunggu awak.. awak pergi mana?? kenapa saya mesti ingat awak.. pelik la sedangkan saya baru kenal awak tapi entah kenapa saya rasa macam dah lama kenal awak.. :(

ok la.. saya nak sibukkan diri saya. saya taknak sedih-sedih.. saya nak belajar rajin-rajin sebab sem ni saya nak dapat dekan. 

assalammualaikum dan nyte semua..

Friday, October 7, 2011

adakalanya sepi itu INDAH


Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, walau sejauh mana kita nak lari darinya ia tetap ada, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?
Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.
Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

Namun indahnya nikmat sepi itu jika bersulam kasih dan sayang kepada yang satu.
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, “walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu, yang hakikatnya amat payah kita buang kerana kau telah lama bertakhta di hati” namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi.

Perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.
Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Katakan, “Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku.”

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.
Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.

Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat anda tenteram, mengajak hati anda menghayati setiap kejadian yang berlaku, bukan sepi yang membuat anda sengsara namun sepi akan menyedarkan anda yang dunia ini tidak selalu indah pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita.


Sepi itu terkadang boleh membuat anda terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, hati ini telah membuat anda sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat anda tenang dan membuat anda tersenyum walau terjatuh beribu kali , anda tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan anda harus mengikhlaskan hati kepada sepi.


Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt.

Semoga sepi itu mengajak kita kejalan kebenaran, bukannya
 mengajak kita jauh dari jalan yang sebenarnya, mengingati Allah swt lebih berharga dari sejuta sepi yang ada pada hati kita, kerana itu sepi yang indah pasti akan lebih bererti jika didalamnya penuh dengan nama-nama Allah swt, ucapkanlah dikala sepi mahupun kecewa, nikmatnya lebih berharga dari segalanya 

Wednesday, October 5, 2011

:: saya pasrah dan redha ::

assalammualaikum...

minggu ini minggu yang sukar buat saya.. saya telah kehilangan barang yang saya sayang. belum sempat saya menikmati tapi telah hilang dari mata saya. seriously saya sedih tapi nak buat macam mana dah bukan rezeki saya kan. saya cuba untuk bersabar dan alhamdulillah saya mampu untuk terima hakikat. 

untuk apa saya menitiskan air mata. untuk apa saya terus menyesali apa yang telah berlaku. seolah-olah saya menolak takdir. dan saya tidak ingin jadi sesorang yang menolak takdir dari Allah. kerana saya tahu pasti ada hikmahnya dengan setiap apa yang telah berlaku. mungkin Allah menguji saya dengan hanya kehilangan benda. ya benda boleh dicari ganti. tapi bayangkan jika kita kehilangan sesorang yang kita sayang. pasti tidak akan terganti.

tak nak sedih-sedih dan saya cuba untuk gembira.iya kot..sekarang cuba untuk lebih fokus dengan benda yang lagi penting dalam hidup saya.ok saya juga nak kurus.. td jogging :) yes saya berjaya juga joging dengan jayanya untuk hari ini. target untuk capai 47kg harus boleh!!!!!!!!

itu je kot buat masa ni. nk solat pastu nak pergi expo konvo pula.. balik kena study dan buat tutorial.. semangat :)

Thursday, September 29, 2011

:: SEPI hati terjadi lagi ::

assalammualaikum semua :) 

Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja

Aku ini yang bisa mengerti
walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam


Tiba-tiba rasa sedih. sejak semalam aku sedih. mungkin aku menafikan tapi entah kenapa hati tetap terguris pilu. dia bukan sesiapa ku dan aku bukan sesiapa untuk nya. dan dia bebas untuk bergaul dengan siapa pun. itu pilihan nya. semua terletak di tangannya.

tapi apa aku yang harus dipersalahkan. mungkin aku yang harus dipersalahkan. aku patut sedar yang semua ini tidak mungkin akan terjadi seperti yang aku impikan. ya aku tahu aku salah. salah kerana cuba untuk bermain dengan api. ya dan kesakitkan yang aku alami sekarang mebuatkan hati aku terguris kembali.

bila mata kita melihat sesuatu yang membuatkan rasa hati menjadi tidak menentu. apa yang kita rasakan. dan aku pasti hanya orang tertentu pasti akn tahu apa yang aku rasakan. saat ini air mata hanya mampu menitis. tapi untuk apa.. untuk mengesali semua yang telah berlaku. semua sia-sia sayangku..

kenapa begitu mudah aku bermain dengan perasaan. kenapa begitu lemah hati aku untuk terus diketuk dengan cinta. kenapa membiarkan aku untuk jatuh hati dengannya. aku cuba menafikan perasaan tapi air mata menjadi saksi. aku patut jadikan iktibar masa lalu ku. tapi aku alpa dengan perasaan ku.:(

hati tetap merintih pilu,
apa hati salah untuk bersuara,
kenapa perlu dustai semua,
kenapa harus sakiti diri,

kini bulan dan bintang kian jauh,
semakin ingin ku gapai semakin tinggi dariku,
tawa dan senda mungkin palsu,
sedangkan sepi hati tiada siapa yang tahu.

bicara hati biar menjadi rahsia,
dan mungkin selamanya rahsia hati,
dan diam seribu bahasa mungkin jawapannya..



P/S : ENTRY INI AKU MENGGUNAKAN PERKATAAN "AKU" KERANA INI MEMANG DARI HATIKU...

Monday, September 26, 2011

:: kegembiraan buat masa ini ::

assalammualaikum :)



lately ni saya jarang sangat online dan update blog. rasanya last saya update blog saya time raya hari tu. dulu masa mula-mula rajin snagat nak blogging tapi sekarang macam malas sikit :P actually bukan malas cuma tak ada masa dan busy sikit since masuk semester baru :) yes dah masuk third year.. syukur alhamdulillah saya masih boleh terus belajar.

last weekend saya dengan bestie saya pergi Pulau Langkawi. ini kali kedua saya pergi langkawi dan tak pernah bosan pergi sana. seronok rasanya bila dapat jalan-jalan ngan bestie tapi tak cukup seorang pulak :( takpe la. lain kali next journey mesti semua pergi. 

dan hampir sebulan saya kat bumi SINTOK ni. rindu dengan mama saya,bapa saya,adik beradik yang sangat sengal tapi tetap rindu mereka. seriously memang rindu :( tapi mana boleh sedih-sedih kan. mama dah pesan kena belajar rajin-rajin nanti boleh bawa pergi balik Indon. jumpa nenda-nenda saya :) masa raya hari tu nenda asyik cakap bila santy nak balik kampung. sedih la dengar bila nenda cakap macam tu sebab saya je yang tak balik jumpa diorang lagi. insya Allah ya nenda nanti santy pergi juga :)

sekarang ni saya tengah sibuk dengan kelas. macam biasa rutin sebagai student memang sentiasa sibuk lebih-lebih lagi semester baru bermula. tapi insya Allah saya cuba yang terbaik untuk semester ini. AMIN !!!! tapi saya suka hidup saya sekarang ni.

kehidupan saya sekarang ni lebih menarik dan penuh dengan kegembiraan. tiada lagi air mata yang mengalir. tiada lagi gadis cengeng yang sentiasa ikutkan perasaan dan hanya tahu menangis. alhamdulillah saya kini cuba untuk jadi yang terbaik dan jadi seorang yang penuh dengan semangat :)

bila tengok gambar lama dan gambar saya sekarang nampak sangat perubahan. kawan-kawan pun banyak cakap saya dah lain. lain dari segi penampilan mungkin. umur semakin meningkat jadi penampilan turut berubah. insya allah perubahan yang baik . pemikiran mungkin turut perubahan. saya tak boleh terlalu ikutkan perasaan sangat kena bijak berfikir.

seriously sekarang saya selesa dengan hidup saya.. siapa cakap single itu memboringkan. tidak bagi saya :) sebab saya bebas untuk buat apa sahaja tanpa perlu kongkongan dari lelaki. tapi kekadang pandai sedih juga bila tengok pasangan couple :( tapi kena kuat juga sebab mama dah pesan tak boleh bercinta.

tak kisah lah nak kata apa pun sebab saya selesa dengan hidup saya yang penuh dengan kawan-kawan yang sangat lovely and sweet. saya ada BFF dan akan jadi kawan sampai bila-bila :) thanks to kamu semua. lots of love :)

saya ada rahsia nak bagitau tapi malu la. :P dan saya rasa my bestie tau apa yang saya maksudkan.. korang rasa saya kan jatuh cinta ke dengan dia ???? hahahah..ok :)itu je kot buat masa ini. lain kali kalau saya rajin saya kan share dengan readers semua okey. take care and have a nice day girls :)

last but not least enjoy this pictures :)



Monday, September 19, 2011

Bila PERAMPAS lupa diri !!!

saje je nak buat entry menyampah ni..
saya tak kisah pun so suka hati la kalau terasa.
kalau dah memang perampas tu sampai bila-bila pun memang suka merampas hak orang..

tak kuasa nak berebut dengan perempuan macam tu.. tapi yang tak puas hati ikut2 style orang je. memang tak tau malu !!!!

Friday, September 2, 2011

~SEPI~

Selamat hari raya. Gembira sebab kita masih diberi kesihatan dan nikmat untuk bersama-sama meraikan hari raya bagi tahun ini. Namun disebalik kegembiraan menyambut hari lebaran ini, hati terketuk merintih sedih. Apa aku masih bisa menyambut bulan Ramadan lagi di tahun hadapan. Dan apa amalan ku sudah cukup aku isi ketika ramdan yang lalu.

Sebenarnya terlalu banyak yang ingin aku katakan. Hari berganti hari namun aku rasakan aku masih tetap begini. Masih sering menyakitkan hati sendiri. Buat apa aku harus terus membiarkan perasaan aku disakiti. Kesakitan yang aku alami sudah cukup membuatkan aku menjadi sang penanti. Ucapan hari raya tulus dari aku buatmu. Dan kau turut membalas nya dan kau memberikan aku satu jawapan yang pasti bahawa kau memang benar-benar sudah melupakan aku.

Kau menginginkan kita melupakan masa lalu dan cuba menjalinkan silaturrahim kembali. Tapi aku akui yang aku tidak kuat untuk itu semua. Aku tidak mampu untuk berteman dengan mu. Dan mungkin bagi aku cukup untuk aku tidak mengenali mu. Maafkan aku kalau aku masih berkelakuan seperti tidak mengenalimu tapi hanya itu yang aku mampu.

Mungkin kau masih belum mengerti aku. kau masih tidak memahami kesakitan yang aku rasakan disaat kau tinggalkan aku. semuanya msih terngiang-ngiang di kotak fikiran ku. Masih tersimpan utuh kata-kata yang kau ucapkan untuk aku. aku tahu ini semua takdir dari Allah. Aku sepatutnya tahu semua ini sudah ketentuan-Nya. Percaya qada dan qadar Allah dan percaya semuanya sudah tertulis di Luf Mahfuz.

Hari demi hari aku lalui dengan penuh cabaran. Aku tidak boleh tewas dengan perasaan sendiri. Aku harus kuat kerana aku masih punya tanggungjawab yang berat. Pelajaran ku paling penting, masa hadapan ku masih belum pasti. Aku harus bisa mendapatkan segulung ijazah yang paling berharga dalam hidupku. Dan aku semakin hampir dengan matlamat ku. Semester baru bakal menjelma. Dan alhamdulillah aku sudah berada di tahun ke-3 semester 5. Syukur ke hadrat Ilahi kerana aku masih bisa belajar dan mencapai impian ku.

Kalau dulu impian ku tinggi, ingin mepunyai kekasih tapi itu semua berubah. Aku tidak perlu cinta dari lelaki. Cukup aku punya keluarga dan sahabat yang sentiasa ada di sampingku. Siapa kata single itu membosankan. Mungkin iya dan mungkin tidak tapi bagi aku semua itu tidak penting. Buktinya kini aku bisa bertahan tanpa perlu ada ikatan dengan cinta. Apa aku angkuh dan bongkak. Aku rasa tidak kerana ini prinsip aku.

Bila mengingatkan hari aku akan pergi meninggalkan keluarga semakin hampir aku jadi sedih. Mungkin cuti terlalu lama walhal ini bukan pertama kalinya aku akn pergi, sudah berkali-kali. Tapi perasaan sedih itu tetap ada. Aku akan tetap meninggalkan negeri yang penuh kenangan ini selagi impian ku belum tercapai. Sedih terpaksa pergi ke negeri orang. Pergi menimba ilmu dan pergi untuk mengubah nasib keluarga. Pergi untuk membuktikan pada mereka yang pernah memandang rendah terhadapku bahawa aku mampu berdikari.

JIHAD YANG PALING TINGGI IALAH BERJIHAD UNTUK MELAWAN NAFSU SENDIRI INSYA ALLAH.

Thursday, September 1, 2011

~ KETIKA CINTA BERTASBIH ~

Sebuah filem yang sangat menyentuh hati.. sebuah filem yang memaparkan kekuasaan Allah SWT.. dari filem ini apa yang aku dapat lihat ialah betapa besarnya  kuasa Allah itu.. mungkin ini Cuma hanya sebuah filem dan mungkin jarang sekali berlaku di alam nyata.. tapi aku tetap tertarik untuk menonton filem ini berulang-ulang kali.. benar kata pepatah kalau ada jodoh tidak kemana. Walau kemana kita cuba menghilang atau melarikan diri nescaya jika dia memang jodoh kita sudah pasti kita akan tetap bersatu. Dahulu ayat ini selalu aku dengar dan selalu aku ungkapkan tanpa aku mengenali maksud tersirat nya. Dan ini memang benar bila aku dapat lihat melalui cerita ini. Dan kini KETIKA CINTA BERTASBIH THE SERIES menjadi pilihan utama ku di bulan Ramadan.

Bermula kisah di antara Azzam dan Anna yang saling tidak mengenali dan akhirnya menikah.. pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui oleh mereka sebelum mereka menikah.. Azzam hampir putus asa bila gadis yang didambakan menikah dengan sahabat baiknya sendiri. Tapi jodoh pertemuan di tangan Tuhan dan itu benar berlaku bila Azzam dan Anna akhirnya bersatu. Air mataku gugur bila melihat cerita ini.. aku dibawa masuk kedalam cerita ini.. seolah-olah aku ada bersama Anna dan Azzam.. begitu kuat penangan cerita ini.. atau mungkin aku yang terlalu dibawa perasaan.

Apa salah bagi seorang wanita seperti aku mempunyai angan-angan untuk hidup seperti Anna. Aku ingin sekali menjadi seperti Anna. Seorang wanita solehah dan begitu mnejaga kesucian dirinya, kesucian suaminya. Alangkah beruntungnya si Suami bila dapat beristerikan seorang wanita yang hampir sempurna seperti Anna. Wanita yang akan menjadi bidadari untuk suaminya di akhirat nanti. Tapi aku sedar yang aku tidak layak untuk memasang impian sitinggi langit. Kerana aku bukan Anna. Aku tetap aku yang hanya menanti cinta dari seseorang. Bila aku cuba untuk membuka hatiku buat cinta aku gagal. Dan bila aku rasakan aku telah bertemu sang Adam di simpang hidupku ada sahaja dugaan hidup. Bila aku rasakan dialah orang nya tapi hatiku berkata bukan dia. Dan aku yakin itu bukan dia. Bukan dia jodohku. Kerna aku tahu jika memang dia jodohku pasti aku kan jatuh cinta denganya. Tapi aku belum jatuh cinta dengannya walaupun hati seorang wanita selalu berbisik yang aku sukakan nya.

Hanya pada-Mu aku bertanya. Hanya KAU yang tahu apa yang sebenarnya di hati hambamu ini. Dan rahsia itu hanya KAU yang tahu. Terkadang aku melihat ada sinar bahagia yang akn muncul tapi yang pasti cahaya itu akan hilang. Dan sekali lagi aku terkapai-kapai dan hanyut dalam perasaan yang aku sendiri kurang pasti. Lelaki itu seperti Azzam. Aku nampak bayangan Azzam dalam dirimu. Dan itu membuatkan hati ku menjerit kerna tidak pantas untuk aku mendekatimu. Kau hanya layak untuk wanita semulia Anna. Mungkin aku hanya mngagumi mu. Dan semakin aku mengenali mu aku pasti hati aku bukan untuk mu. Aku tidak mahu terlalu mengharap dengan manusia. Sakit rasanya bila apa yang kita harapkan hancur berkecai.
  
Usikan dari teman-teman membuatkan aku berfikir kembali. Mungkin benar kata mereka kami bagai langit dan bumi. dan aku semakin pasti bahawa kasih dan cintaku ini belum ada untukmu. Atau hati ku sendiri sudah tidak mempunyai perasaan sehingga kan aku tidak dapat merasakan nya lagi. Atau hati ini masih menjadi milik lelaki yang telah mengecewakan ku. Aku keliru. Aku keliru dengan perasaan ku sendiri. Masa merangkang jauh meninggalkan aku. Kenangan masa lalu tidak harus dikenang.

Aku hanyalah sekeping kaca dan bukanya permata. Aku hanya menyakitkan orang disekeliling ku. Tapi ya Allah apa aku salah dalam mencari sebuah cinta yang halal. Persetan dengan lelaki durjana. Aku tutup hatiku atau aku telah buta hati. Coretan ini aku karang lahir dari apa yang aku rasakan. Hampir semua lelaki yang aku kenali hanya ingin mempermainkan perasaan ku. Bila hati sudah mula ingin menerima mu kau pula hilang meninggalkan aku. 

Friday, June 3, 2011

kerja yang halal pasti akan lebih afdal..

assalammualaikum

hari ni genap 3 hari sya telah berkerja dekat pizza. memang sangat penat dan kadang2 sangat tension sbab yala kena layan perangai customers yang macam2.. kadang kala saya terfikir kenapa la ada segelintir customer yang bagi saya perangai serupa macam orang yang tak berpelajaran.. nak marah2 kami sebagai workers ni..

kami yang kerja ni bukan nya hamba korang yang boleh senang senang di marah dan di maki.. macam bodoh kan.. saya rasa saya more educated than you tapi jangan la berperangai macam tu.. sabar la.. sebab kami ni pun manusia juga yang pasti akan buat salah. kalau robot tu mungkin la sudah diprogram  untuk buat kerja.. so saya rsa customers should think before say anythings to us. falsafah customer always right tu tidak boleh diguna pakai lagi.. sebab takkan semua yang customers cakap betul kan..

macam smalam tu keja saya memang penat dan tension.. tak pasal2 kena marah.. bodoh la..dahla pakai bnda yg promosi murah tapi demand nak mampus.. kalau nk cepat sgt order tu smpi g makan kat kedai mamak.. tak pun  msak sendiri kn.. jimat sikit duit tu.. hahaha.. saya cakap mcm ni sebab saya lagi sakit hati .. sabar jala,..

tapi ada juga la aprt yang syok kat sana tu..mcam all the staffs memang sporting dan saya selesa kerja.. atleast hormat saya sebagai kaka yang tua kat sana.. dah rasa tua dah saya sebab ada gelaran kakak tu kat depan nama saya.. hihih..ok la.. sorry lama tak update blog sebab sangat busy la.. lain kali kalau free saya akan terus upate news yang baru2 ok.. bye semua n dokan saya supaya tabah dalam mencari rezeki yang halal dan diredhai Allah.. Muuaaahh!! 

Monday, May 23, 2011

akhirnya berakhir sudah episod cinta

asssalammualaiku..

hye nama saya santy.. ikut gaya maria elena cakap.. sumpah hot ok. akhirnya exam dah habis dan ini bermakna tamat la sudah episod memenatkan di UUM untuk semester ini. paper last business law, entah lah nak bagi komen macam mana tapi saya hanya mampu berdoa ja supaya saya lulus dengan baik. amin ya rab =)

exam dah habis so bermula episod untuk mengemas barang.part ini yang saya malas sikit nak buat. yala banyak sangat baju nak packing tu..belum masuk buku-buku lagi.saya takut luggage saya over weight pula nanti. make sure tak lebih 25 kg. kalau tak memang kena bayar la.. tapi so far nak naik  MAS tak pernah lagi over weight tak macam air asia memang sure sangat akan terlebih pastu mula lah kena bayar exra, MENIPU je lebih.

sebenarnya saya nak buat surat cinta untuk bakal suami saya. =P saya saja je nak tulis surat cinta sebab saya tak tahu dia siapa pun. ini sebagai hiburan semata-mata untuk menunggu hari balik LABUAN je. mungkin entry ini akan pernah didengar or pernah dibaca oleh orang kat luar tapi ini khas dari hasil karangan saya untukbakal suami saya nanti

buat bakal suami ku..

assalammualaikum awak.. 

saya saja je nak tulis surat ni sebab saya terfikir siapa bakal suami saya nanti. so tak salah kan saya buat surat untuk awak sebab manalah tahu awak ada kat luar sana tu dan mungkin tengah menbaca blog saya..

awak tahu tak saya ni tak sesempurna orang lain.saya banyak kekurangan dan saya mungkin tak layak untuk awak.. setiap lelaki mungkin inginkan wanita yang baik dan sesempurna sifatnya untuk menjadi suri dalam hidupnya. tapi awak boleh terima saya ke apa adanya..

saya bukan lahir dari keluarga berada, tapi syukur alhamdulillah sebab saya mampu hidup selesa lagi bersama kelurga saya.. bagi saya untuk apa wang berjuta-juta tapi hidup kita tak seindah orang lain yang mungkin hidupnya serba kekurangan.. awak tahu tak saya tak suka minta simpati dari orang lain terutama lelaki. saya sendiri akan berusaha untuk dapatkan kerjaya yang baik. awak jangan lah risau saya tak akan menyusahkan awak asalkan awak bagi saya berkerja nanti.

awak sebelum saya jumpa awak saya dah banyak kali kecewa dalam percintaan.bukan saya tak setia tapi kenapa saya yang kena tinggalkan. sebab tu sekarang saya taknak bercinta, biarlah cinta saya kini untuk awak je bakal suami saya. tak kisah la orang nak cakap saya pelik atau buang tabiat. lain orang lain prinsip. so ini prinsip saya.. saya harap awak jangan tinggalkan saya

saya bukan lah baik sangat. kadang kala saya ni jahat juga. iman pun senipis kulit bawang. solat pun kadang kala tertinggal. terutama solat subuh tu.. tapi saya dah mula belajar untuk tidak terlepas solat subuh lagi. kawan-kawan saya pun selalu ingatkan untuk solat. syukur sangat dapat kawan yang sama-sama bimbing kita kan.. nanti bila kita dah kahwin saya nak solat berjemaah dengan awak. awak jadi imam saya jadi makmumnya..

awak nak tahu juga ke saya sebanarnya tak pandai masak. bukan tak reti cuma tak pandai sangat. ilmu masakan tak tebal lagi. lau setakat masak yang simple-simple boleh kira lagi. tapi bila awak suruh saya masak gulai atau masak lemak belum tentu sesedap masakan mak awak. tapi jangan risau la awak saya pasti akan masakan awak setiap hari walaupun kita makan maggie je. sedap tau saya masak maggie =)

sebenarnya banyak lagi saya nak bagitau awak tapi biarlah bila kita sendiri bersua muka.. siapa awak sebenarnya hanya Allah yang tahu. impian saya ialah saya akan berjumpa lelaki yang benar-benar sayangkan saya. saya harap itulah awak. setiap sujudku saya sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik-baik..






Saturday, May 21, 2011

jangan cakap banyak sangat

assalammualaikum...

masih menghitung hari untuk balik ke kampung halaman some sweet home kan. memang tak sabar rasa nak balik sebab saya memang rindu teramat sangat dengan keluarga saya, rindu nak masak macam-macam kat rumah tu. sekarang ni saya nak belajar masak walaupun saya tak pandai sangat.sekurang-kurangnya saya belajar kan. sangat penting untuk perempuan itu untuk tahu masak sebab nanti bila dah kahwin takla kelam kabut sangat nak belajar kan. atleast start from now. so masa cuti 4 months ni belajar la masak ok.  :)

ingat cuti ni nak kerja.bukan ingat tapi memang nak kerja. tapi nak kerja kat mana. saya ada juga suruh sepupu saya tengokkan kerja kosong kat bakery dia tu tapi tengokla dulu sebab nak cari yang lain juga. lau apply guru ganti dapat lagi tak sebab suka sangat jadi cikgu. takpalah kita try apply semua ok..nanti yang terbaik kita pilih janji ada duit masuk. sebab nak buat bajet g Kota Kinabalu nanti. Insya Allah yuyunk2 saya akan pergi sabah n for sure saya akan jadi pemandu pelancong untuk diorang nanti. mesti best kan bila kita dapat jalan2 kat KK nanti. sabar menunggu dan menghitung hari je =)

esok exam HR pastu next day exam Law pula..sakit jiwa saya nak jawab apa ntah nanti. HR tu boleh kira lagi tapi Law tu nak hafal memang susah sangat.. takutnya tapi saya ni masih tak sedar diri lagi. itulah study lagi last minit kan so ambik dan rasakan..huhuhu. takpalah janji saya cuba buat yang terbaik. bila sedih ingat mak ayah dan ingat hari semakin dekat untuk balik. kali ini balik berdua dengan Superman  so tak takut sangat lagipun flight direct dari Alor Star ke KL pastu terus ke Labuan. nasib naik MAS kalau naik Air Asia sure kena stay 1 night lagi kat LCCT tu. itu yang buat saya malas nak naik Air Asia

semalam saya mimpi la. mimpi yang lawak. adakah patut saya mimpi ada orang masuk meminang, macam bukan mimpi je tapi nak buat macam mana mimpi  hanya mainan tidur kan. sekarang ni musim orang bertunang pastu musim orang kahwin. macam best kan bila kita dah tunnag dan kahwin. tapi saya lambat lagi kot untukke arah tu sebab saya belum jumpa soul mate saya lagi. mungkin bakal suami saya ada kat luar sana yang saya sendiri tak tahu siapakah dia. yang pasti cuma berdoa dan yakin dia ada untuk saya suatu hari nanti.  orang kata yang patah pasti akan tumbuh dan yang hilang pasti akan terganti.

sekarang saya tengah demam cinta. demam cinta yang teramat sangat dengan NORA ELENA tu. siapa yang tak tahu cerita tu memang rugila sebab cerita dia best sangat dan memang romantik. adaptasi dari novel Kasih Yang Suci. perempuan yang kaki novel mesti pernah baca novel ni kan. bila baca novel je dah terbayang keseronakan cerita dia apatah lagi bila tengok drama dia. jatuh cinta dengan Seth Tan tu. hensemnya awak Aaron Aziz. =P nak sambung tengok kat rumah nanti.

okey lah saya nak sambung study lagi esok saya ada exam lagi. harap-harap dapat jawab dengan baik. sekarang tak boleh packing barang lagi sebab otak lagi sibuk memikirkan pasal exam yang tak habis-habis. tak sabar nak habiskan semester ni. nak sangat balik rumah dan rehat sepuas-puasnya.

good night semua =)





Sunday, May 15, 2011

i heart kamu :)

 assalamulaikum

sebelum tu saya dah janji nak buat entry khas kan as i mention kat  SINI 
entry ni sebenarnya ditujukan khas untuk genk saya 

NOR, ILA, TIE, ASMA & WANI


darling-darlings saya yang sangat HEBAT 

ingat tak lagi masa kita mula-mula kenal dulu
sedar tak sedar dah 2 tahun kita berkawan kan dan saya menulis tentang kamu semua ikhlas dari hati saya
sepanjang 2 tahun kita kenal banyak yang kita alami bersama
susah senang kita bersama, suka duka dan air mata semua kita alami bersama

jujur saya katakan mungkin 2 tahun itu cukup singkat untuk membina sebuah persahabatan yang
 kukuh dan ikhlas dari hati tapi tidak bagi saya
tempoh 2 tahun itu suda cukup bagi saya untuk mengenali kamu semua
tidak perlu tempoh yang panjang untuk mencari sahabat sejati kerana selagi kita ikhlas berkawan
apa yang belum kita lakukan bersama

kita berkongsi segala-galanya bersama
ingat tidak kita pernah makan sepinggan, tidur sebantal, sekatil kita 6 orang tidur bersama
itu semua merupakan kenangan yang cukup bermakna bagi saya
bila saya ingat waktu- waktu kita bersama saya sedih
sebab saya tidak mahu kita berpisah tapi itu kenyataan nya kita akan berpisah selepas ini

berapa banyak yang punya sahabat yang sanggup menyuap dengan
 tangannya sendiri untuk sahabatnya makanan
berapa banyak yang sanggup menjaga sahabatnya ketika sakit
berapa banyak yang sanggup menghantar sahabatnya yang sakit ke hospital
berapa banyak yang sama-sama mengalirkan air mata bersama
suci kan erti sebuah persahabatan 

gelak ketawa, usik mengusik sudah sinonim untuk kita semua
mungkin ada yang terasa hati tapi ketahui lah itu semua hanya usikan untuk memeriahkan hidup kita
usia makin meningkat dan kita semakin dewasa dan kita semakin rapat
terlalu banyak untuk saya coretkan dalam enty ini
sebab terlalu banyak memori indah kita bersama

sebelum ini tidak terfikir bagi saya yang saya akan punya sahabat rapat selepas masuk U
sebab saya bukan jenis yang peramah dan mudah untuk menjalinkan persahabatan
tapi kini saya punya sahabat yang amat istimewa
saya tidak perlu kawan beribu-ribu tapi sudah cukup untuk punya sahabat sejati

nanti selepas kita tamat belajar tolong jangan putuskan persahabatan kita
walaupun saya jauh dari korang semua tapi hati saya tetap ada kamu
saya selalu cakap biar saya tiada kekasih tapi sudah cukup saya ada kawan sejati

ini untuk korang yer..

khas buat
  NOR, ILA, TIE, ASMA & WANI

Hembusan bayu lembut bertiup
Deru ombak yang memukul pantai
Sayu hati bila terkenangkan
Memori indah bersama
Dengarkanlah lagu kuciptakan
Tanda ingatan tulus buatmu
Moga abadi di sanubari
Bersemi buat selamanya

Segala yang manis pasti ada pahitnya
Begitulah jua hidup bersama
Segala yang indah jadikan hiasan
Segala yang buruk jadikan sempadan

Masih segar di ingatan ku sentiasa
Kenangan menggamit rasa
Tempuhi onak dan duri
Itulah yang diharungi
Janji yang telah kita bina
Tetap kekal abadi

Seandainya dugaan datang menerpa
Hingga dirimu terluka
Usah ditangis hibanya
Kerna aku bersamamu
Mengubat hati yang duka
Demi janji kita

Marilah suburkan kembali
Hubungan dengan kejujuran
Leraikan segala impian
Buktikan dengan keikhlasan
Moga persahabatan ini
Mengajar erti kehidupan
Dalam rahmat Tuhan yang Esa
Bahagia selamanya...













more than words.. 
no words can describe how much i heart them..