Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Monday, December 31, 2012

Di penghujung tahun 2012

assalammualaikum..

Beberapa jam sahaja lagi kita akan melangkah ke tahun baru. Tahun 2012 akan pergi merangkak meninggalkan kita dan tahun 2013 akan datang menghampiri kita dengan seribu satu cerita baru. Ayat biasa bila nak masuk tahun baru ialah apa azam tahun baru ni? azam tahun lepas capai ke tak? dan macam-macam lagi. Saya macam biasa azam tak pernah nak berubah. Yang paling penting cuba untuk memperbaiki diri untuk jadi lebih baik dari semalam. Yelah usia semakin meningkat so takkan perangai atau habit tak berubah kan. At least jadi seorang yang lebih berwawasan :)

Saya nak berkongsi cerita mengenai sepanjang tahun 2012 ni. Banyak sangat pengalaman yang berlaku sepanjang tahun ni. Yang sedih, yang happy semua ada. Asam garam kehidupan memang penuh dengan suka dan duka. Kalau takda manis nya kita takkan rasa yang pahitnya. Dan itu semua akan lebih mengajar kita lebih tentang kehidupan. Lain orang lain cerita nya tapi cerita saya tetap macam ni. Pedulikan kata orang sebab saya yang jalani hidup saya. Jatuh bangunnya saya hanya saya yang tahu. 

oh ya sekarang ni musim exam so saya pun sekarang tengah exam. Peperiksaan akhir untuk semester akhir dan sebagai seorang pelajar ijazah. Lepas ni alam baru akan menempuh. Dunia pekerjaan dan pasti lebih banyak cabaran. Masih ada 3 papers lagi . takutnya berganda-ganda. Takut la kan sebab sebarang kemungkinan boleh terjadi.

saya rasa saya dah merepek dengan tulisan saya ni. Sebab lain yang saya nak tulis lain pula yang terkeluar dari keyboard ni. Berserabut pun biarlah sebab entry saya kan saya juga yang baca. Jap saya nak ingat balik sepanjang tahun 2012 ni apa yang telah berlaku. Senang cerita kita try buat list down :p

1. Tahun terakhir sebagai pelajar dalam Bachelor in Business Administration 
  • bagi saya ini yang paling penting. Cita-cita untuk meraih segulung ijazah telah sampai ke penghujungnya. In Sya Allah lepas exam ni zaman praktikal akan bermula dan bulan 10 nanti hari terbesar akan berlaku. Amin jika semua diizinkan oleh Allah. Tak sangka hampir 4 tahun belajar dan sedar tak sedar saya dah nak habis. Syukur sangat :)
2. Kisah cinta saya tak kekal lama
  • part ni paling tak boleh blah tapi nama pun sejarah tahun 2012 kan so tak salah kalau nak cerita. Sebelum ini saya single 2 years & suddenly saya couple tapi jodoh tak panjang dengan si dia nak buat macam mana. Pelik juga relationship kami masa tu break off and  sambung balik tapi tetap sama. FAILED!
3. Perubahan imej 
  • Kalau siapa yang kenal saya diorang akan tahu stylish saya macam mana tapi sekarang ni saya lebih prefer bagi simple. Less is more :) Tapi tahun depan In Sya Allah akan ada perubahan baru dari segi pemakaian saya. Nak berubah tapi istiqamah kena kuat. Ya Allah bantulah saya.
4. Part time job vs study
  • last semester juga saya ambil cabaran baru dalam hidup saya iaitu bekerja sambil belajar. Tapi banyak sangat pengajaran yang saya dapat. Tak dinafikan ada kekurangan dan kelebihan dalam bekerja sambil belajar ni. Tapi alhamdulillah semua okey walaupun kepenatan itu memang sangat ada.
saya rasa itu je penutup blog saya untuk tahun ni. In Sya Allah kalau saya rajin saya akan update lagi status dan entry baru. Semoga tahun 2013 akan membawa seribu satu sinar kebahagiaan kepada saya. Semoga saya akan bertemu dengan jodoh yang boleh membimbing saya untuk mencari redha Ilahi. Amin ya rab :)

last but not least happy new year semua. Lots of love dari saya :)

Tuesday, December 11, 2012

Dan sekali lagi saya salah

assalammualaikum..

entah macam mana saya nak luahkan apa yang saya rasakan sekarang. Semua macam mimpi. Tahu mimpi. Dann saya berharap bila saya bangun saya akan lupa mimpi buruk itu. Sesuatu yang saya tidak inginkan untuk berlaku. Bukan pinta saya dan bukan kehendak saya untuk jadi macam ni. okey kalian boleh gelakkan saya sebab saya bodoh dan saya salah, salah dalam membuat keputusan. saya  salah tapi apa saya tahu saya salah. tiada siapa yang ingin semua ini terjadi. 

saya tak kuat. saya dah terlalu sakit untuk terima kenyataan ini. lelaki yang sama yang datang ketuk hati saya tapi lelaki yang sama itu juga kecewakan saya. Bukan setakat kecewakan saya tak renyukkan hati saya. Hancurkan semua nya. Tapi apa yang saya lakukan saya hanya mampu diam.


Wednesday, November 7, 2012

sekali lagi

assalammualaikum..

selamat malam semua. Jam menunjukkan pukul 1.34 am bersamaan 8 Nov 2012 (nak juga mention masa). Ya Allah rasa berhabuk sangat dah blog ni, dah TERLALU LAMA saya tak update blog. Rindu nak update cerita saya. Tapi entah lah idea memang ada tapi bila menghadap lapy terus minat nak menaip entry terbang. Bayangkan hampir 6 bulan tak update entry. Entry lepas pun masa cuti semester dan lepas tu haram nak buat cerita baru. Sedangkan masa cuti tu berlambak kejadian-kejadian yang berlaku. Takut juga kalau saya dah hilang minat menaip ni :(

Introduction pun dah mengarut kan, so bayangkan lah apa isi kandungan entry saya kali ni. Kawan asyik tanya takde entry baru ke? ni jelah yang mampu saya kongsi sebab cerita ini baru je berlaku dalam hidup saya. Hari tu baru lepas celebrate birthday yang ke 23. okey 23 tahun. Angka sekadar angka tapi hakikatnya okey aku dah tua

rasa macam pelik juga. okey once again saya jatuh cinta lagi. Dengan siapa biarlah hanya saya dan dia yang tahu. Tak jangka pula kami akan berjumpa setelah sekian lama terputuh hubungan. Dan kemarin menjadi kenangan yang terindah buat saya. Apa yang dulunya saya tak dapat akhirnya tercapai juga. Terlalu banyak peristiwa yang berlaku sebelum ini. Dan dia sekali lagi berjaya mengetuk hati saya. Sering tertanya kenapa dia. Dan kenapa saya terima dia. Tapi hanya 1 jawapan yang saya dapat. Tanya hati kerana hati tidak pernah berbohong. 

Siapa sangka semua akan terjadi. Jodoh pertemuan di tangan Allah. Dulu takdir yang memisahkan kami dan takdir juga yang menemukan kami kembali. Sebelum ni saya selalu cakap saya nak kahwin dengan pilihan keluarga. Sebab apa sebab saya selalu kecewa dalam bercinta dan akhirnya saya hanya mampu berserah. Sampai suatu masa saya dirisik dan saya keliru apa betul saya boleh buka hati saya untuk lelaki yang saya tidak kenal. Takut. Itu perasaan saya dan saya serahkan dengan keluarga saya. 

Tapi hakikatnya saya pun tak tahu. Mungkin belum masanya saya untuk memikirkan mengenai jodoh. Terlalu panjang perjalanan hidup saya. Tapi bila dia muncul kembali semua kembali berubah. Saya tahu ramai yang tak sokong keputusan saya untuk terima dia. Untuk apa peluang diberikan kepada mereka yang sering membuatkan kita menitiskan air mata. Apa yang boleh saya cakap. Awak akan tahu jawapannya bila awak sendiri rasakan apa yang saya rasakan. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk saya dan dia. 

kemarin kami bertemu dan esok kami akan berpisah kembali. Dan entah bila kami boleh bertemu lagi. Sedih ke? memang sedih. Siapa yang tak sedih bila kita terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang. Dan jarak yang memisahkan kami terlalu jauh dan yang pasti dugaan itu semakin kuat. Ya mungkin sekarang pelbagai janji ditaburkan tapi akan datang tiada siapa yang tahu. Apa janji akan terus dimeterai atau janji hanya tinggal omongan kosong. Apa yang penting fokus dan sentiasa berfikiran terbuka. 

saya sukar untuk jatuh cinta dan bila saya jatuh cinta susah untuk saya melepaskan cinta itu pergi. Itulah saya adakalanya terlalu lemah. Tapi saya seperti perempuan yang lain. Yang masih punya perasaan normal. Ya Perempuan. Dulu saya pernah luahkan semua nya dalam blog ni tapi saya terpaksa padamkan semuanya. Sebab itu membuatkan saya terus menjadi sedih. Dan sekali lagi saya mengambil risiko. 

saya sayang dia. Itu sahaja yang mampu saya katakan. Mungkin saya salah tapi saya belum cukup kuat untuk menipu perasaan saya. Dan saya dah bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan terjadi. Tapi saya harus yakin. Semua saya serahkan pada Allah. Jika memang dia jodoh saya Insya Allah kami kan bertemu kembali walau sejauh mana kami dipisahkan. Dan jika bukan dia jodoh saya, saya rela lepaskan dia. Walaupun saya tahu hati saya pasti akan sakit. Tapi apa perlu kita menolak takdir Allah, Qada dan Qadar telah tertulis.

surat khas buat dia :

awak..
sekali lagi awak datang tanpa diundang
untuk apa kembali setelah pergi
terkelu tiada jawapan untuk itu

awak..
kita cipta kenangan bersama
mungkin hanya seketika tapi cukup bahagia buat saya
apa mungkin saya boleh lupakan semuanya?

awak..
yang lepas jadikan sejarah dan masa depan jadikan pedoman
andai takdir milik kita
sinar bahagia akan muncul juga

awak..
tapi saya takut, takut untuk lepaskan awak pergi
mungkin pergi takkan kembali
jangan pernah lepaskan apa yang kita rasakan


esok mungkin yang terakhir atau mungkin menjadi titik permulaan buat hubungan kita. kenapa la saya ni. 





Friday, June 29, 2012

makan bersama keluarga tercinta

assalammualaikum..

lamanya tak update blog.syukur alhamdulillah saya dah selamat sampai kat rumah tercinta setelah sekian lama tak balik rumah. its been 6 months saya tak balik rumah, satu tempih yang sangat lama bagi saya. dah serious memang saya rindu gila dengan semua family saya. rumah saya yang kecik, adik-adik saya yang tinggi macam zirafah dan sepupu saya yang giila-gila. 

hari selasa lepas bersamaan dengan 26/6/2012 kami sekeluarga decided bak keluar makan sebab adik saya baik hati nak belanja kami makan. yalah sempena dia dah dapat kerja kan. so dia pun ajak lah kami semua keluar makan. dan hari tu juga ngam-ngam hari jadi adik saya yang ke 18 tahun :)

mula-mula kitorang plan nak pergi makan kat Mawilla, tapi bila sampai sana tempat tu pula penuh dan memang malas nak tunggu lama kitorang tukar la pergi restoran lain. nak makan seafood punya pasal kan sanggup meredah mencari restoran yang sedap-sedap. dan akhirnya bapa saya cakap jum try kat Fisherman so kitorang pun pergi sana. 1st time pergi tempat tu dan not bad. sedap la juga.

so saya selaku kakak dan ketua keluarga setelah bapa saya pun dengan rakusnya order la macam-macam makanan. Macam saya je yang bayar kan tapi adik saya kata takpe order ja so apa lagi order jala. hari tu kami ada 7 orang semua. actually ahli keluarga saya da 6 orang ja tapi malam tu ajak la budak kecik reza tu sekali.

jum tengok gambar-gambar yang ada masa malam tu. ooh one more thing malam tu abis RM200++ okey. terkejut beruk tengok bil tapi yalah buka selalu kan. hahaha.. insya allah bila saya dah kerja saya pula bawa family saya keluar makan. tapi memang best sangat bila keluar makan bersama. yalah dah lama tak makan besar dan berkumpul sekali. saya duduk kedah balik pun setahun berapa kali ja.

















itulah gambar saya yang boleh diupload. malas nak upload banyak-banyak nanti riak pula. so less is more. :)

take care and till then :)

Sunday, June 17, 2012

tak ku sangka tak ku duga

assalammualaikum...

selamat malam semua. lama rasanya tak update blog. yelah sekarang ni tengah minggu exam dan saya masih ada 1 paper lagi iaitu paper keusahawanan. Nasib baik la ada gape 1 mggu boleh study banyak sikit. yelah nak target A bukan senang kalau study entah kemana. 4 paper dah lepas dan saya pun tak tahu nak kata macam mana. Harapan saya hanya saya dapat lulus dengan cemerlang. Amin ya rab :)

sebenarnya ada cerita yang saya nak kongsi bersama. atas sokongan dan dorongan dari kawan-kawan maka saya pun terdetik la hati nak tulis entry mengenai kejadian yang berlaku kat kami semalam. cerita bermula seperti ini. wah macam nak buat thriller movie je. haha

kemarin petang saya,nor,wani dan tie keluar pergi changlun kejap sebab nak beli benda sikit. Kami teringin nak makan buah so keluar la dalam pukul 6 macam tu. Macam biasa nak bas mara liner sebab time tu bas free takde sebab cuti umum. tapi itu semua bukan penghalang kami untuk keluar sebab kami ni memang kaki jalan. sanggup meredah hujan segala onak berduri semata-mata untuk keluar dari hutan sintok ni.

rutin kami kalau keluar changlun memang wajib singgah makan cendol kat bawah jambatan tu,  saya rasa student UUM memang dah lali dan tahu sangat tempat tu sebab cendol dia boleh lah tahan sedap dan murah. Cendol pulut harga RM2, murah kan kalau kat tempat saya Labuan tu jangan harap la dapat harga murah macam tu. saya ni pula dah memang terkenal dengan perangai yang kuat makan. tak cukup dengan cendol makan pula burger daging special. maka dengan itu lah berat saya naik dan terus naik. hahaha

oklah dipendekkan cerita kami pun berlalu lah untuk ke destinasi seterusnya dan sedang kami leka berjalan-jalan untuk mencari buah, tiba-tiba tak ku sangka pula yang kami ni diperhatikan oleh sekumpulan lelaki tua. ya LELAKI TUA. itu lah yang paling layak untuk golongan lelaki tua yang tak sedar diri bini ada kat umah. anak dah besar ada hati nak menggatal dengan budak kecik macam kami. aik kecik ke kami? kecik badan tapi umur besar.

cerita nya macam ni. kami nak cari buah rambutan tapi takde yang ada buah durian so kami bincang-bincang dan akhirnya kami pun plan nak makan durian tepi jalan tu. 3 biji durian kami sapu dengan harga RM20. berbaloi lah sebab isi durian tu memang sedap sampai kami jilat habis jari jemari kami. oklah kita berbalik kepada topik utama cerita saya ni.

sedang kami dengan suka hatinya makan durian sambil tak ingat dunia hingga tak perasan ada 3 org lelaki ajak kami makan sekali dan duduk sekali semeja dengan diorang. kami dengan muka blur tak pergilah sebab tak kenal kan tapi last-last kami pergi juga sebab diaorang kata diorang  tu lecturer so kami pun yang memang budak baik pergilah sebab ingat diorang tu lecturer UUM. wah apasal ayat aku ni tungang terbalik.

cerita punya cerita diorang ni rupanya orang besar@orang yang berpangkat la juga. cara diorang memperkenalkan nama mereka memang berlagak nak mampus. siap mention pangkat Prof.Dato' Dr dia tu. tak heran lah kami. dia ingat budak U ni senang nak tertipu ke dengan lelaki yang tak sedar diri ni. sorry lah pak cik kami bukan gitu. sebenarnya malas nak taip sebab cerita dia panjang sangat tapi yang pasti cerita kami ni macam cerita yang selalu terjadi kat drama-drama melayu. Lah cerita bila ada lelaki tua datang nak berkenalan dan siap tabur duit dan janji-janji manis. tak boleh blah lah, serious tak sangka orang yang berpangkat macam tu tapi perangai mengalahkan orang yang tak berilmu.

dunia oh dunia. betulah bila seseorang tu dilimpahi dengan wang ringgit, pangkat dan harta mereka jadi  lupa diri. Mereka jadi lupa siapa Tuhan mereka dan siapa mereka yang sebenarnya. terlalu taksub dengan harta duniawi tidak kemana sekiranya akhlak dan peribadi kita mengalahkan syaitan. sorry kalau keterlaluan tapi kejadiaan ni berlaku dengan saya sendiri dan kawan saya. sungguh kami tak sangka wujud orang seperti ini. semoga kita dijauhi dengan mereka-mereka yang berniat jahat terhadap diri kita. Amin:)

ok take care and till then guys :)



Tuesday, June 5, 2012

saat untuk berperang

assalammualaikum..


semalam tak dapat nak study mana sebab kepala tiba-tiba jadi migrain mungkin kesan daripada period kot. lepas tu plan lah nak tidur awal tap last-last tidur pukul 1 juga. btw hari ni birthday my besties Ilah. happy birthday daling :)

hari ni 7/4 menandakan ada lagi 1 hari sebelum exam bermula. serious takut dah kesediaan pun tak cukup banyak. memang takut lah. harap-harap sangat semua berjalan dengan baik :) tapi yang tak bestnya assignment still ada lagi. wah ni yang rasa macam nak nangis dan teriak kuat-kuat. time ni la semangat nak balik rumah melonjak-lonjak sampaikan rasa macam nak packing baju dan fly trus g sabah. wah tak sabar :)

ok la. saya saya je tulis entry pendek ni sebab tengah cari idea nak siapkan assignment business plan ni. harap sangat boleh dapat A sebab saya dah curahkan semua usaha saya dalam subjek ni. aminn :)

Friday, May 25, 2012

semuanya tentang saya dan tudung bawal

assalammualaikum..

lama tak taip entry.. sebab banyak sangat halangan bila nak menaip. laptop mati dengan tetiba dan mata mengantuk dan sebagainya, semua nya bergabung jadi satu. so kesimpulan takdalah entry baru saya.

tapi kali ni saya taknak taip panjang. Just nak berkongsi hobi saya iaitu mengumpul tudung bawal. kalau dulu masa sekolah saya tak suka pakai tudung bawal sebab kalau kena angin selalu sangat tak jadi. memang benci lah time tu. 

bila masuk je universiti terus tukar imej. pakai benda yang pelik2 dan bila tengok gambar dulu2 memang rasa nak gelak dan guling2 kat katil. dan kalau boleh taknak ngaku pun tu gambar saya. memang serius takkan pakai macam tu lagi.

biasalah anjakan paradigma dan kena-kena pula saya ni memang gila fesyen. memang suka benda-benda yang pelik. tapi bila dah meningkat dewasa ni perubahan demi perubahan berlaku. taknak dah pakai pelik2 dan kalau boleh nak behave  macam seorang wanita. ayat tak boleh blah kan.. hahaha

so lately ni saya memang admire dengan tudung bawal. tak kisah la apa jenis bawal  pun janji jangan ikan bawal suda. haha. sekarang ni kalau nak keluar or g kelas mostly saya akan pakai tudung bawal, pakai shawls pun kekadang je la. okla saya pun malas ank bercoloteh panjang2 so tengok jela gaya saya dengan tudung bawal ni.








tu jela antara saya dan tudung bawal. takkan nak letak semua pics dalam ni kan. sat lagi ada pula yang terjatuh cinta dengan saya . wah perasan cik kak ni. ok lah tu jela. 

take care and till then :)



warna warni kehidupan

assalammualaikum semua..

tetiba pula rajin sangat nak update blog kan. sementara ada masa ni baik update je selagi mampu sebab kejap lagi dah masuk minggu sibuk memang takkan ada masa untuk update blog. kena pandai curi-curi masa untuk buat entry.

memandangkan saya berada kat tahun akhir universiti dan bakal graduate semestinya masa yang ada akan saya habiskan dengan sebaik mungkin. luangkan masa bersama kawan-kawan sebab lepas ni memang susah nak jumpa. yang lain duk semenanjung, saya kat Labuan, wani kat Bintulu. so memang susah nak luangkan masa bersama nanti.

kadang kala saya terfikir kenapa dengan kawan baik saya, saya boleh gelak sakan dan jadi diri saya yang sebenarnya. tak hipokrit langsung tapi dengan orang yang saya baru kenal saya akan jadi sangat tak peramah dan orang mungkin akan kata sombong. yala sombong la sangat kan saya ni. 

dulu saya lain dan sekarang saya lain. Manusia berubah seiring dengan usia. mungkin berubah ke arah yang baik atau mungkin berubah ke arah yang negatif. tapi saya rasa saya memang berubah seratus peratus sejak saya masuk universiti ni. berubah fari segi pemakaian, peribadi, perangai semuanya berubah. Tapi satu yang tetap sama hati saya tidak pernah berubah.

dan mereka yang paling saya sayangi didunia ini selain keluarga saya ialah sahabat saya Ruzanna Semon. saya sayang sangat dengan dia. terlalu sayang dan dia bagaikan kembar saya yang selalu ada bersama  saya walaupun kami berjauhan dan susah untuk berjumpa. lebih 10 tahun kami berkawan. kami berkongsi suka dan suka, dia menjadi pendengar setia saya dan dialah yang selalu menyokong saya.

 the only RUZANNA 

  saya ;)


Thursday, May 10, 2012

Bila kita pendam perasaan kita

assalammualaikum..

masih berjaga dan tak boleh tidur walaupun jam menunjukkan pukul 4.00 am. bosan menghantui diri. kat twitter dah habis tweets macam-macam tapi still tak boleh nak tidur. alangkah bagusnya kalau waktu ini otak masih boleh berfungsi untuk mengulang kaji pelajaran. tapi bukan itu yang terjadi. bila fikiran mula melayang entah kemana, mula lah tangan dengan jayanya menaip entry di malam yang sepi ini. ini salah satu terapi dan cara saya luahkan apa yang saya alami.

susah kan bila kita jadi pemendam perasaan. tak kisahlah pendam pasal apa pun tapi memang perit kalau terlalu lama kita pendam perasaan kita. Contohnya bila kita suka seseorang ni. kita minat dia dalam diam dan kita tak pernah luahkan perasaan kita kat dia sebab takut bertepuk sebelah tangan. dan akhirnya kita hanya mampu melihat dia dari juah, melihat dia bersama orang lain dan akhirnya kesakitan yang kita rasakan. betul atau tidak?

tapi perasaan kasih, sayang dan cinta. 3 kata yang berbeza dan mempunyai maksud yang berbeza. Ya mungkin kita suka dia tapi tak bermakna kita sayang dia. Dan mungkin juga kita sayang kat dia tapi cinta untuk dia takda. so semuanya akan berputar-putar di ruang kepala kita. Contohnya saya sendiri. Mungkin saya suka kan dia tapi saya tak yakin tentang apa sebenarnya perasaan saya kat dia. sebab semuanya saya pendam sendirian. 

untuk apa cuba untuk bermain dengan perasaan kalau kita tahu suatu hari nanti hati kita akan disakiti. siapa tahu mungkin kekecewaan yang akan kita terima. Sorry to say tapi lelaki zaman sekarang susah nak percaya. Mulut kata single tapi hakikatnya dah ada kekasih. Mengaku jelah tak payah nak main tarik tali. In fact kalau betul dah ada kekasih  taklah akan berlaku kejadian yang tidak diingini.

dan saya ni pula jenis yang mudah suka orang tapi sangat susah nak sayangkan orang tu (perasaan antara perempuan dan lelaki). Tapi bila dah sayang susah nak hilangkan perasaan tu.  terpulang lah dengan tanggapan orang dan kata-kata mereka terhadap saya sebab mungkin setiap orang punya perasaan yang berbeza.

saya bukan tak percaya tentang cinta tapi sekarang saya elakkan diri saya untuk kembali jatuh cinta. Sebab berkali-kali kekecewaan yang saya perolehi walaupun saya tahu saya tak salah. jadi nak salahkan siapa. mulut kat benci tapi hati masih sayang. Ini yang paling saya takutkan. yelah mulut memang boleh menipu tapi bukan hati. sekeras mana pun hati kita pasti tidak akan mendustai perasaan sendiri.

satu lagi berkenaan dengan ex BF/GF. bagi saya ex ni memang tak patut berkawan. bukan apa, kalau perpisahan yang berlaku sangat menyakitkan untuk apa cuba menjadi kawan. kawan takkan khianati cinta yang terjalin dan paling menyakitkan kawan takkan curang. so layak kah bila kita menjalinkan hubungan dengan ex kita walaupun sebagai kawan. Mungkin kita blh berkawan tapi dengan ex yang memang layak dipanggil kawan. tapi bagi saya tidak akan sesekali cuba menjadi kawan dengan ex saya setelah apa yang mereka buat kat saya. bukan kejam tapi inilah saya. Punya hati yang keras. Dah ludah buat apa nak jilat balik kan. MEMALUKAN!

so sekarang saya memang takda apa-apa perasaan dekat mana-mana lelaki. Sejujurnya memang saya ada minat kat seseorang tapi perasaan itu takkan kemana sebab saya tahu itu semua takkan kekal. so lagi baik saya jangan cuba untuk bermain cinta lagi. Biarlah masa sendiri yang menentukan. kalau ada jodoh insya allah tak kemana.

kadang kala terlintas dikepala untuk jadi perampas walaupun saya tahu perampas itu bukan sifat saya. Bukan diri saya yang suka merampas hak orang walaupun hak saya sering dirampas oleh mereka yang digelar perampas. saya tak sekejam itu untuk merampas hak orang sebab saya tahu bagaimana sakitnya hati bila sesuatu yang kita sayang akhirnya dirampas oleh lain.

dan saya sering berfikir kenapa sukar untuk saya melupakan sesuatu yang pernah terjadi. apakah saya ni memang jenis yang kuat ingatan sampai saya perlukan masa bertahun-tahun untuk melupakan apa yang pernah terjadi. dan adakalanya semua kenangan tu masih segar bermain di minda walaupun ianya telah lama berlalu.. dan adakalanya saya rindukan kenangan yang lalu. terlalu rindu hinggakan saya pernah terfikir jika saya mampu untuk merasakan kembali sebuah kenangan yang terindah itu. tapi tersentak sebab itu semua mustahil. 

hanya dengan satu cerita saya jadi begini, berpura-pura kuat sedangkan dalam hati sering menangis. ya memang saya sering menangis dalam diam. sebab saya tidak mahu mereka melihat saya jadi lemah. dan yang pasti dia akan tertawakan saya yang masih terkontang kanting mencari dahan untuk berpaut sedangkan dia bersenang-lenang ketawa bersuka ria. terlalu banyak yang berlaku sepanjang beberapa tahun ini. hinggakan saya tidak larat dengan ujian semua ini. kalaulah masa boleh diundur pasti saya tidak akan terlibat dengan CINTA.

sudahlah. jangan terlalu banyak mengeluh dan meratapi kesedihan. saya nak tidur dan cuba untuk hilangkan seketika kesakitan yang saya rasakan. dan bagi mereka yang membaca blog saya terima kasih, dan bagi yang mengata dengan tulisan saya silakan. anda berhak untuk mengata tapi anda tidak berhak untuk menilai saya sebab kalian tidak tahu siapa saya dan apa yang telah saya alami.

sekian 

Saturday, May 5, 2012

Kursus Finishing School

assalammualaikum..

muka yang semakin tembam dan mata yang sembam sebab tak cukup tido

akibat bangun lewat saya hanya mampu menyarungkan baju ini dan tudung express. tak sempat nak bergaya walhal takde maknanya nak bergaya. less in more. Muka memang tak sempat nak touch up, sempat pakai basic je iaitu cleansing, toner and moisturizing.

hari jumaat yang lepas bersamaan 4/5/2012 saya bersama 3 orang rakan saya yang lain telah menghadiri kursus finishing school bertempat di EDC Hotel UUM. Gempak kan UUM ada hotel sendiri. Taknak komen pasal tempat dia sebab EDC memang terbaik la dari segi kecantikan, keselesaan dan makanan dia pun sedap juga tapi sangat mahal. so kalau teringin nak makan kat hotel pergila EDC hotel. saya pun baru sekali pergi makan kat sana tu pun orang belanja. yang lain hanya pergi untuk attended segala kursus jala.

Finishing School ni satu program anjuran COB iaitu khas untuk student final semester atau yang berada di tahun akhir. Actually mula-mula kami ingat program ni wajib so kami pun g la daftar sebab kami memang skema sikit kalau melibatkan benda-benda yang wajib ni. tapi last-last minit ramai pula yang kata tak wajib tapi nak wat macam mana dah bayar pun so pergi jala.Manatau dapat input yang berguna untuk masa depan. 

sebenarnya program ni memang bagus sebab kami didedahkan dengan keadaan dunia sebenar di luar sana. maksudnya pendedahan awal sebelum kami memasuki alam pekerjaan la. ada 3 sesi ceramah tu 1st sesi pasal introduction of world corporate. wah speaking pula. yup sesi ceramah ni kena conduct dalam BI dan mix dengan BM tapi mostly guna English la. masa part  ni memang best sebab penceramah tu banyak talked about peribahasa yang memang kena dengan situasi saya. yang paling saya ingat bila dia kata

"lelaki ni baik dengan perempuan bukan sebab dia suka kat perempuan tu and just anggap macam kawan tapi perempuan yang sensitif dan salah anggap dengan kebaikan seorang lelaki tu"

terus saya macam kena tampar. muka rasa panas kot sebab terasa sangat dengan statement dia. Nor siap hantar msg perli walhal duk dekat je. serious kelakar ingat part tu. so sekarang saya mula berhati-hati dan yang paling penting jangan mudah perasan bila ada orang baik dengan kita.

malas la taip panjang sebab jiwa takda sekarang ni. just tengok gambar kami la sepanjang kursus tu. enjoy it :)

saya dan ilah duduk bersama :)

Nor dan Nola duduk kat belakang kami :)

kakak dan adik-adiknya :)

diorang memang roomate terbaik 

wa dalam pic ni memang nampak bulat la :(

nor memang tak lari dengan peace dia.. :p

duduk dengan sopan santunnya

hye dan peace mcm budak-budak

nola, ilah dan rose

inilah muka-muka budak-budak yang baru tamat sekolah. sekarang dah ready nak g interview. nak cari duit dan kawin ;p

program ni bermula jam 8.30 tamat kul 1.00 pm so memang berbaloi la. tapi last-last tu boleh pula saya tertidur. Ilah duk cuit je suruh bangun. ni semua gara-gara tak cukup tidur sebab minum nescafe. memang serik nak minum nescafe kalau kena bangun awal pagi.

ok take care and till then :)




Wednesday, April 18, 2012

Meraka adalah sahabat saya

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan masih berpeluang untuk berkongsi cerita saya bersama pembaca sekalian. Lama rasanya tak update blog, tiada alasan kerana semua yang berlaku adakalanya tidak perlukan penjelasan. Hari ini saya nak berkongsi cerita mengenai hidup saya bersama sahabat saya. Saya bersyukur sangat kerana dari sekolah saya telah dianugerahkan dengan sahabat-sahabat yang baik sehingga saya ke universiti saya tetap mendapat sahabat yang baru. Mungkin bagi mereka yang tidak tahu saya bukan seorang yang peramah dan seorang mudah untuk memulakan suatu perbualan atau perhubungan. Tapi bila saya mula bercakap pasti mereka yang kenali saya akan tahu sikap saya yang sebenarnya. 

Setiap orang pasti mempunyai sahabat baik mereka. Ya mungkin mereka beranggapan sahabat dan kawan adalah 2 benda yang sama tapi bagi saya sahabat itu lebih mendalam maksudnya. Hanya mereka yang tahu apa itu sahabat akan dapat menghargai erti sebuah hubungan itu. Oleh kerana saya bukan seorang yang peramah jumlah kawan saya adalah sangat sedikit. Tapi peduli apa dengan angka itu. Apa guna kawan beribu-ribu sekiranya semuanya tidak kekal hingga ke hari ini. 

Banyak yang saya pelajari selama ini. Bermulanya dari sekolah convent yang semua pelajarnya hanya perempuan. Tapi di situ saya kenal banyak benda. Saya dapat kenal kawan baik saya yang alhamdulillah masih kekal berkawan sehingga ke hari ini. Bayangkan dari umur 13 tahun sehingga umur 23 tahun kami masih mampu bersahabat baik. Bersyukur sangat saya diberikan kesempatan untuk mengenali mereka-mereka semua. Semua kenangan masa zaman persekolahan tiba-tiba berlegar-legar di kepala saya, semuanya masih segar. Masih ingat kah dengan PROM NIGHT kita. Masa tu semua sibuk mencari dress yang sesuai untuk prom nite. Hari meraikan yang kita telah tamat sebagai pelajar sekolah. Walaupun kita telah terpisah jauh dan masing-masing sibuk dengan urusan sendiri tapi kita tetap kawan yang baik. Dan waktu ini saya rindu apa semua kenangan zaman sekolah. 

Lepas tamat form 5 saya sambung form 6 iaitu saya akan bertukar sekolah. Dan buat pertama kalinya saya akan bersekolah campur dengan lelaki setelah 5 tahun saya bersekolah di sekolah convent dimana muridnya semua adalah perempua. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk saya menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah yang baru dan kawan yang baru. Tapi mungkin takdir menyebelahi saya dan saya dapat menyesuaikan diri dengan kawan baru. Iya buat pertama kalinya, akhirnya saya ada kawan lelaki di sekolah(tak termasuk sekolah rendah). Dan buat kelas 6BC/6AC kita tetap geng kelas yang terbaik dan suka bila kita dapat gathering sama-sama. 

Dan apabila masuk ke universiti saya masih dengan perangai saya yang saya rasa memang tidak boleh berubah lain dan tidak bukan saya bukan peramah ok. Tapi mungkin kerana saya memang baik hati (nada perasan kejap tapi suka hati la :p) dan akhirnya saya berjumpa kawan saya yang dari semester 1 dan sehingga ke semester 6 ini masih bersama, dan berharap sangat akan kekal sampi bila-bila walaupun selepas kita grad. 

Terlalu banyak yang saya belajar dan terlalu banyak kenangan pahit dan manis. Tapi Cuma 1 yang saya pasti kekasih akan datang dan pergi tetapi sahabat sejati tidak akan pernah tinggalkan sahabat mereka. Itu yang terjadi dengan saya dan 1 prinsip saya yang saya pegang sehingga ke hari ini. Saya tidak kisah tidak punya kekasih atau boyfriend tapi saya tidak boleh kehilangan kawan-kawan saya. Sebab hanya mereka yang sentiasa hiburkan hati saya. Iya keluarga memang ada tapi mungkin kelurga kita tidak mampu untuk memahami kita sepertimana kawan kita. Pedulikan kata orang lain tapi bagi saya cukup punya keluarga dan sahabat. Dan mungkin sebab itu sekarang ni saya dah lali dengan status single saya. 

Dengan kawan baik kita jadi diri kita yang sebenarnya. Tidak perlu bersikap hipokrit dan berpula. Saling bantu membantu dan saling tegur menegur dan sentiasa menjaga hubungan ini dengan sebaiknya. Itulah saya cukup sederhana dan mungkin terlalu sukar untuk ditafsir dan dikenali tapi saya tetap saya. Susah untuk ubah diri saya tapi saya pasti suatu hari nanti akan ada jalan yang terbuka untuk saya lalui. 

Apa yang dapat saya simpulkan terpulang dengan individu itu untuk mentafsir apakah erti sebuah kawan dan sebuah persahabatan. Bagi saya biar sedikit angka kawan yag kita ada janji mereka sentiasa ada untuk kita. Ya saya tahu akan ada yang berkata ‘alah kawan ja pun. Nanti abis study lost contact la la dan bla bla..’ tapi itu semua dari kita sendiri. Selagi niat kita ikhlas untuk berkawan dan selagi kita ikhlas sayangkan persahabatan yang terjalin insya allah semua akan kekal walau sesibuk mana kita selepas ini. Antara cinta dan sahabat sukar untuk membuat pilihan. Tidak perlu membuat pilihan tapi jagalah kedua-duanya. Suatu saat kita akan tahu apa itu erti cinta dari sebuah persahabtan.



Saturday, April 7, 2012

Tinggal aku sendirian :(

assalammualaikum...

Hari ni hari kedua aku bersendirian kat bilik ni. Semua kawan lain dah balik kampung masing-masing dan tinggal aku seorang diri kat sini. Ya Allah, hanya Dia ja yang tahu apa yang aku rasakan bila aku tidak berkesempatan untuk balik Labuan. Almost 5 bulan dah aku tak balik rumah. Satu masa yang lama di mana aku tidak dapat berjumpa dengan kedua orang tuaku serta adik beradik ku yang lain. Aku rindu sangat dengan mereka. Rindu sangat-sangat. Hingga hampir setiap hari aku ingatkan mereka. Hanya doa yang mampu ku kirimkan untuk mereka semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Ketika ini air mata memang tidak mampu dibendung. Laju mengalir membasahi pipi. Tapi aku kena kuat dan sabar, Tapi setiap kali teringatkan mereka pasti aku akan menangis. Kenapa aku jadi begitu sensitif ni. Mereka yang lain boleh bayangkan ke sekiranya mereka berada di tempat aku. Hidup bersendirian di negeri orang, berdikari dan terpaksa melakukan semuanya dengan sendiri. Bermulanya langkah aku ke negeri Kedah ini semua aku harungi sendirian. 

Tika mereka yang lain ibu bapa berpusu-pusu menghantar anak mereka ke universiti buat pertama kalinya, berbeza dengan aku. Aku terpaksa pergi mendaftar ke universiti dengan sendiri. Dari Labuan  aku terbang ke KL dan akhirnya ke Alor Setar semua aku harungi dengan sendirian. Aku tahu mama dan bapaku punya alasan yang kukuh kenapa mereka tidak boleh menghantar aku. Masa itu hanya air mata menjadi peneman aku. Berminggu aku menangis menatapi diri yang terpaksa hidup berdikari tanpa mama n bapaku. 

Bila aku lihat ibubapa yang lain begitu teruja mengurus anak mereka semasa sesi pendaftaran aku hanya mampu membayangkan betapa indahnya sekiranya keluarga aku turut ada di sini menemani aku. Tapi aku cepat-cepat tersedar semua itu mustahil. terlalu jauh jarak antara Labuan dan Kedah. Bila aku lihat ibubapa yang lain sibuk membelikan anak mereka peralatan untuk kegunaan harian , aku pula terpaksa mengurus semua itu sendiri. Mengusung beg ke bilik dan membeli barang keperluan sendirian.  Semua itu masih segar di fikiran aku.

Dan aku tidak berpeluang untuk balik setiap kali cuti semester kerana aku tidak mahu menyusahkan kelurgaku. Tambang flight bukannya murah seperti tambang bas. Mereka yang lain mungkin boleh pulang dengan gembira bila tibanya cuti. Tapi aku hanya mampu untuk pulanh sekirannya cuti panjang sahaja. Dan selebihnya aku habiskan masa dengan menumpang kasih di rumah orang. Bolehkan kalian bayangkan perasaan aku bila aku terpaksa melalui semua ini seorang diri. 

Jatuh bangunnya aku tiada siapa yang kisah. Ya mungkin aku punya sahabat tapi tetap tidak sama dengan keluarga sendiri. Aku hanya mampu mendengar suara mereka melalu telefon dan saat aku dengar suara ibuku aku hampir menitiskan air mata. Betapa aku rindukan mereka. Terlalu rindu. Mama.... aku rindu dengan mama... rindu sangat.....

Walaupun dulunya aku selalu berdoa agar aku akan pergi jauh dari mereka dan Allah memakbulkan doa aku. Aku akhirnya melanjutkan pelajaran jauh di Utara tanah air. Tapi aku semakin sedar yang aku memang tidak boleh hidup tanpa mereka. Hanya mereka yang ada untuk aku. 

Hanya satu yang selalu mamaku pesan. Belajar rajin-rajin dan jadi kebanggaan keluarga. Buktikan dengan mereka yang pernah menghina keluarga kita bahawa hidup kita mampu untuk berubah. Biar kita miskin harta janji biar kita kaya dengan ilmu. Ingat nak jaga diri baik-baik. Jangan malukan keluarga. Ya Allah Insya Allah ma, aku akan pastikan aku mampu membahagiakan mama,bapa dan adik-adik yang lain.  Perjalanan aku masih belum selesai, aku kena terus kuat dan kena kuat. Ingatlah doa mamaku selalu ada untuk aku. Dan Insya allah tahun depan mama dan bapa boleh datang untuk majlis konvo aku nanti. Dan waktu itu aku tahu aku telah membahagiakan mereka. 

Aku tidak mampu untuk terus menaip. Aku terlalu sedih. Sedih mengingatkan keluarga yang jauh dari aku. Lindungi mereka Ya Allah. Jangan ambil mereka selagi aku belum mampu membalas jasa mereka. Terlalu besar pengorbanan mereka untuk aku. Terlalu tinggi nilainya. Aku tahu mati itu pasti tapi jangan ambil mereka dulu selagi semua belum terbalas olehku. Amin ya Rab..


Thursday, April 5, 2012

"COUPLE YANG HALAL"

Indah kan bila kita saling merindu?
Indah kan bila kita boleh berpengangan tangan di hadapan semua orang?
Indah kan bila kita saling meluangkan masa?
Dan indah kan bila semua itu HALAL untuk kita?

“Allah SWT berfirman, “Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta-mencintai karena Aku, saling kunjung-mengunjungi karena Aku, dan saling memberi karena Aku.” (Hadits Qudsi).

Cinta tu fitrah,
Cinta tu indah.
Dan lagi indahnya cinta itu,
Bila 'i love you'
Lebih-lebih lagi redha Allah dan hubungan yang sah!

Sebenarnya,tak salah untuk kita kahwin awal atau kahwin muda. Malah Perkahwinan itu suatu ibadah , sesuatu yang indah .Dan cantiknya cinta itu bila kita menikah dahulu disebabkan rasa sayang dan hormat kita pada pasangan kita, kerana kita bimbang jika cinta kita dan pasangan kita itu boleh menyebakan dosa dan maksiat .Inilah yang baru dinamakan cinta!

Pernah dengar tak pasal nikah khitbah? Nikah khitbah ini sebenarnya indah,seronok dan bukannya menakutkan. Nikah khitbah ini bermaksud apabila pasngan itu menikah tetapi tinggal berasingan atau orang melayu panggil ia sebagai 'nikah gantung' .Nikah khitbah ni sebenarnya macam tiket untuk betul-betul ber'couple' dan bercinta dengan pasangan kita.Dengan tiket nikah ni, tiada masalah untuk kita bermesra, bergurau senda dan sebagainya dengan pasangan kita kerana dah disahkan sebagai suami isteri yang lebih menepati khitbah secara Islam.

'Couple' lain semua bercinta
Tapi kita lebih istimewa kerana saling mencintai kerana Allah
'Couple' lain berpegangan tangan dan ianya berdosa
Tapi kita halal untuk berpegangan tangan dan bermesra dengan izin Allah.
Seonok kan??

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1).

Oleh itu, bagi anda yang sedang bercinta atau mencintai seseorang . Hormatilah pasangan anda dan janganlah kalian melakukakan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah.Atau jika anda dan pasangan anda saling mencinta , jagalah hati dan ambillah langkah seperti 'nikah khitbah' ini.Dengan nikah khitbah ini, bolehlah kita menjadi 'couple' dengan romantik dan halal. 

Indah kan?

Semoga Allah menganugerahkan saya dan awak cinta yang paling indah , halal dan berkekalan sampai jannah.Alhamdulillah :)

Tuesday, April 3, 2012

Tips Lupakan Si Dia

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri
Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.

Anda pula dengar luahan mereka
Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .

Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu.

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

copy paste dari blog CINTA kesukaan saya

Sunday, April 1, 2012

Penjagaan muka amatlah penting :)

assalammualaikum semua..

sebenarnya saya ada banyak benda nak tulis tapi tak tau nak publish yang mana dulu. Berlambak dah entry kat draft tapi tak terpublish pun. tapi kiranya saya akan tulis pasal entry ni dulu lah. sebab macam penting ja entry ni. Ok mula perasan :0

sebelum tu cuba tengok gambar kat bawah ni 




goshh.. cuba tengok jerawat saya yang berketul kat pipi tu. Serius masa tu rasa down sangat :( Sebenarnya gambar ni dalam bulan 8tahun lepas. Masa tu saya masih kerja kat Pizza Hut Labuan. Jerawat ni naik lepas balik bercuti dari Kota Kinabalu tu. memang jerawat naik berketul sampai saya nak kerja takde mood. Rasa macam nak menyorok bawah meja bila customers datang. staffs yang lain semua tegur kenapa muka jadi teruk macam tu. so boleh tak bayangkan perasaan saya masa tu. tapi saya rasa sesiapa yang pernah ada jerawat macam ni mungkin akan faham perasaan saya. huk3..

Sebelum tu memang ada jerawat. Tapi taklah sampai tahap kritikal macam ni. Jerawat mula membiak kat muka saya lepas saya masuk U. Masa mula-mula sampai Kedah tak lagi tapi bila dah lama-lama memang tumbuk dengan suburnya macam cendawan yang tumbuh lepas hujan. Masa tu mula la cari produk nak hilangkan jerawat semua. Dari yang mahal ke murah semua saya cuba tapi kejap baik lepas tu kejap tak baik dan makin parah. Rasa macam nak putus harapan ja. yalah jerawat tu musuh utama perempuan kot. macam mana nak bina keyakinan kalau muka tak licin dan orang asyik tengok. macam makhluk asing kot saya sampai tengok tak berkelip. taula muka saya macam ni tapi takyah lah nak tegur sangat. Sakit hati :(

Kawan-kawan asyik promote suruh guna yang ni, yang tu sampai saya sendiri tak tahu nak sticks dengan product yang mana. Yalah sebab lain-lain orang lain kesan dia bila guna sesuatu produk tu. mungkin orang lain pakai produk tu ok dengan kulit mereka tapi mungkin tak sesuai dengan saya. Tapi saya ambilah juga risiko dengan menggunakan produk baru. memang saya tawakal dah masa tu. apa nak jadi dengan muka saya jadilah saya kata macam tu. Sampaikan mak saya sendiri risau muka saya jadi teruk dan siap bawa saya pergi jumpa doktor kat klinik. Tengok betapa kritikalnya saya masa tu.

Bila jumpa doktor saya cakaplah kenapa muka saya jadi macam ni. Dia siap teropong kot. Memamg malu masa tu nasib doktor tua. Kalau muda nak taknya saya lari jauh-jauh. huk2. Doktor tu kata hormon awak ni tak stabil sebab tu jadi macam tu. Lepas saya cakaplah mungkin juga sebab period saya pun tak stabil juga. Memang masalah hormon saya ni tak stabil sangat. susah2. Lepas tu doktor tu bagi ubat pil apatah ntah. saya dah lupa tapi ubat antibiotik lah dan ubat krim lah.


krim ni lah yang doktor tu bagi. Dia kata sapu time malam ja. Kira sehari pakai sekali ja sebab kandungan benzoyl peroxide dia kuat sangat sampai 10%. Tapi saya kadang-kadang pakai 2 kali sehari juga bila jerawat tegar degil taknak kecut. Tapi memang berkesan lah krim ni dan tahan lama. Saya start pakai masa bulan 8 tahun lepas dan baru ja habis bulan 2 macam tu. Sebab sehari pakai sekali ja kan tu pun tempek kat jerawat dan bukan tempek macam buat mask pun. kalau buat macam tu memang hancur lah kulit muka kot. Tapi ubat ni dah habis dan saya terpaksa cari kat farmasi kat kedah ni. Susah nak cari sebab krim ni krim dari doktor kan. Lastly jumpa juga tapi sekarang just pakai yang 5% ja. 

Ini cuma krim sahaja. so untuk pencuci dan pelembab lain pula. yalah sejak ada jerawat ni saya kena rajin sikit berusaha untuk menjaga kulit muka. yalah muka saya perlukan penjagaan yang khusus. Cewwah macam apa ja kan tapi memang lah betul kulit yang sensitif ni memang susah nak jaga. kalau salah sikit ja memang senang sangat jerawat nak naik. Jadi baik ambil tindakan waspada siap-siap.


untuk pencuci muka saya guna yang ni. sebelum ni saya dah guna macam-macam. saya try guna st ives apricot scrub tapi tak sesuai. mahal ja lebih tapi jerawat susah nak surut. surut kejap lepas tu naik balik. mungkin tak sesuai untuk saya kot. so saya pun try la produk Safi yang sememangya dijamin halal dan sici lagi bersih. hehe..  saya guna pencuci ni dah nak hampir setahun dah dan alhamdulillah kulit saya mula berubah. memang tak selicin muka masa zaman remaja tapi sekurang-kurangnya tak seteruk dulu :)

saya memang stick dengan pencuci ni ja buat masa sekarang sebab saya malas nak tukar-tukar produk. lagipun susah sangat nak cari produk yang sesuai dengan kulit kita. Proses untuk mengembalikan muka kita yang dah rosak memang susah dan memerlukan kesabaran. saya ni jangan cakaplah menangis pun ada juga sebab yalah asyik kena ejek je. Sabar jala saya. 

oklah penjagaan seterusnya ialah penggunaan skrub muka. Memang tidak dinafikan skrub muka sangat penting untuk menghilangkan bintik-bintik hitam, mengecilkan liang roma dan banyak lagi. Sebelum ni saya guna skrub jenama ST IVES. bau dia memang sedap macam nak makan je sebab ianya diperbuat dari aprikot tapi malangnya saya tak sesuai la. so saya try lah survey skrub muka yang lain, dan akhirnya saya try guna Tea Tree Facial Scrub brand Bioglo Cosway. Best sangat guna skrub ni sebab ada peppermint dan bila guna rasa sejuk sangat. memang terbaik lah. skrub ni sesuai untuk kulit berminyak macam saya. actually untuk kulit normal pun ada juga :)


pic ni ambil dari google tak sempat nak snap sendiri. hehe.. tapi bagi sesiapa yang nak cuba skrub better try skrub ni. harga dia kalau tak silap dalm rm12-14 kot macam tu. pakai seminggu 2 kali so boleh jimat kan. lepas guna skrub ni saya akan pakai pelembab pula. wah rumitnya nak jaga muka. bagi mereka yang ada kulit licin tu memang patut bersyukur sebab tak payah risau dengan masalah  kulit semua. tapi kena ingat kulit yang sihat harus tetap dijaga dan dirawat sama ada dari segi luaran atau dalaman :)

sebenarnya saya memang jarang pakai pelembab, dulu pakai pelembab Olay, Tu pun masa form 5 dan form 6. Masa tu kulit muka memang licin lah. Bangga sebab ada kulit yang cantik. tapi sayangnya semua hanya seketika sebab lepas masuk U ja kulit berubah 360 darjah. pelembab ni saya baru ja pakai sebab saya ada terbaca untuk penjagaan kulit yang baik kita kena mulakan dengan pencuci, toner, pelembab. Ini asas penjagaan kulit. Tapi toner tu saya tak guna walaupun toner Alken Tea Tree tu masih ada kat dalam loker saya.


inilah pelembab yang aku guna sekarang. Mula-mula pakai muka kita akan rasa sedikit berminyak tapi lama-lama tak sebab dia dah meresap kan. krim ni saya akan pakai waktu pagi dan kadang kala waktu malam lepas mandi. Tapi bila nak tidur saya akan basuh muka dan akan sapu krim Bencaz Ac tu. Kira macam ni lah rutin harian saya dalam penjagaan kulit. Kadang-kadang bila malas dan lewat bangun memang tak sempat nak pakai apa-apa pun. Just basuh muka jala. :(

Panjangnya entry saya kali ni :p tapi tak sudah lagi yer kawan-kawan. Kadang kala bila malam saya akan pakai satu benda lagi iaitu krim kecantikan lidah buaya keluaran safi. so kiranya saya memang pengguna safi yang setia lah. Krim ni best bila nak hilangkan jerawat sebab sebagaimana yang kita tahu tentang khasiat lidah buaya memang bagus untuk kulit. Tapi kadang-kadang lepas pakai krim pelembab safi saya akan safu krim kecantikan ni sekali. Memang nampak perbezaan dia. dapat cover jerawat kita dan muka kurang berminyak :)



kecil je packing dia tapi boleh tahan lama. Produk ni pun kawan saya yang promote. sebab dia dulu pun ada masalah jerawat dan bila sapu krim ni lama-lama jerawat pun hilang dan muka dia dah jadi licin sekarang. wah2 thanks shazzy sebab suruh aku try krim ni :)

oklah. saya dah berkongsi semua penjagaan muka saya start dari pencuci muka sampai ke krim. Orang kata produk yang mahal belum tentu terbaik dan sesuai untuk kulit kita. adakalanya produk murah pun boleh berikan kepuasan yang maksimun kepada kulit kita. yang penting produk tu mestilah suci dan bersih dan semestinya HALAL. Muka saya masih dalam proses rawatan dan saya harap sangat semua masalah jerawat ni tidak akan terus menganggu hidup saya.. haha.. ayat tak boleh blah. Banykkan berdoa dan teruskan jala usaha kita untuk menjaga kulit. 

bagi mereka yang ada masalah yang sama macam saya kena kuat dan kena cari ikhtibar untuk merawat kulit kita. jangan biarkan macam tu sebab takut makin menjadi-jadi pula kan. yang penting jaga makan, jaga kesihatan dan gunakan produk yang sesuai dengan kulit kita. jangan mudah terpengaruh dengan orang lain. yalah sebab lain-lain orang lain kesan mereka so kita kena sabar. kena yakin jala, bila produk yang kita guna tu tak sesuai cepat-cepat stop nanti makin melarat dan takut akan ada kesan sampingan pula 


ni muka saya tanpa sebarang make up dan tanpa krim pelembab. nampak tak bintik-bintik halus kat muka. Saya pun tak tahu kenapa bintik-bintik tu muncul kat dahi yang selama ni licin. Ok PERASAN. tapi tak kisah lah kan sebab korang boleh nampak tak perbezaan muka saya mula-mula yang ada banyak jerawat dan sekarang :) syukur sangat jerawat mula berkurang dan sekarang cuma nak hilangkan parut ja lagi.


yang ni mula muka saya dengan complete set dengan pelembab dan compact powder. saya tak pakai foundation dan sebagainya. saya cuma guna compact powder MiYAMi. Dan gambar ini 100% asli tanpa sebarang edit-edit :) sekali sekala tunjuk muka yang sebenar kan.

so saya dah berkongsi ilmu dan berkongsi cerita dengan kalian semua. semoga apa yang saya kongsi dapat dijadikan manfaat dan berkongsi pengalaman. insya allah lain kali saya akan update my make up tutorial pula. dan untuk haters yang suka mengutuk tu teruskan dengan kutukan anda. I meant it. Sebab saya tahu saya lagi istimewa sebab tu korang suka mengutuk kan :)

till then and take care :)










Sunday, March 25, 2012

Dari Jitra ke Alor Setar kita harungi bersama :)

assalammualaikum..

Kemarin saya ada kursus Pra L kereta. Start pukul 10 sampai pukul 12. Lepas tu balik bilik, makan dan plan nak keluar dengan Asma, N0r, Iman dan Nola.. Actually semua tak dirancang, pergi keluar pun dah lewat dalam pukul 4 sampai Jitra. Balik Maghrib. Okeylah at least dapat juga keluar dan cuci mata.


satu-satunya hero pada hari itu. syok kan jalan sama kami :p

lepas jalan-jalan singgah jap makan nasi lemak bungkus. Dan teka saya makan 2 bungkus nasi. So tak heran kalau berat naik yer. Haha. Even makan tepi jalan tapi bolehlah sedap sebab kami makan char kuewtiaw, nasi lemak dan nasi ayam. Semua ini dibelanja oleh abang iman. mari cakap terima kasih Cikgu.. 

Okey. Ini semalam punya cerita. Dan apa yang saya nak cerita ialah cerita hari ini. Berbelit pula. Hari ni bangun-bangun kena called oleh adik suruh bank in kan duit kat Maybank.  Dahla kat UUM ni machine deposit utk Maybank takda. So nak taknak kena pergi Jitra. Itulah Maybank yang paling dekat. So minta teman N0r pergi kejap. Nasib Nor sudi temankan.

Tapi sampai Jitra tengok2 mesin out of service. Dan waktu rasa macam nak terbang balik UUM ja. Terus Nor bagi idea napa tak g Alor Setar. Okey idea yang bagus,. Nasib tunggu bas kejap ja so boleh naik terus g Alor Setar. Dan nasib juga saya bawa bekalan makanan. sekarang dah jadi habit bawa bekal makanan kalau nak keluar jalan. Yelah sebab kami cepat lapar duduk dalam bas lama-lama. 

outfit untuk keluar hari ini. Cuba tengok kat tangan saya ada botol air :)

kalau saya pink dia pula purple. Combination yang sangat sesuai macam kita :)

sampai alor setar dalam pukul 12 macam tu terus round kat City Plaza sebab tempat tu jala yang paling sesuai untuk dikunjungi. Perut pun lapar dan apa kata kita isi perut dulu. Destinasi yang dipilih ialah McDonald's. Saya order big Mac dan n0r pula order chicken Mcd tapi ayam spicy takde so makan mcd bites ja. 



McDonald's tu sebagai permulaan ja. Lepas makan tu kami ingat nak window shoping. Nor macam biasa try cari baju tapi tak jumpa cari yang lawa. So kiranya kami takde beli apa-apa pun. Saya try juga nak cari krim saya tu kat farmasi tapi tak jual. Dahla krim tu dah habis so nak tak nak kena suruh mama saya poskan dari Labuan je sebab kena ambil dari doktor yang rawat saya hari tu. 

saya rasa kami dah habis round city plaza tu sampai kat tingkat bawah. Last-last kami jumpa karoke so saya ajak lah n0r nyanyi kejap. Sebab suara kami tak sedaplah kami hanya boleh nyanyi kat jamban karok tu. Tapi apa-apa pun have fun la. :)




sebenarnya kalau nak cerita panjang sangat. so saya rasa cukup sampai sini jela.

gud nite and till then :)

kami si pinky dan si purple girl. But sorry she's taken :)