Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Monday, October 24, 2011

kata-kata motivasi






sekarang hanya kata-kata ini yang dapat membuatkan saya untuk terus kuat dalam hidup :)

aku hanya mampu menaip

assalammualaikum..

sebenarnya terlalu banyak yang berlaku dalam bulan ini.. bulan yang penuh dugaaan buat aku. cuma apa aku mampu atau tidak untuk mengharungi semua dugaan ini. dan apabila usia semakin meningkat semakin aku menyedari yang aku menjadi lebih sensitif. lebih mudah menitiskan airmata. tapi aku pelik kenapa aku menangis hanya yang melibatkan perasaan tapi aku tidak menitiskan air mata tika aku kehilangan benda. 

bulan ini sahaja entah keberapa ratus kali aku menangis. aku bukan jenis yang mudah menitiskan airmata dan aku bukannya gadis yang mudah mengalah tapi entah lah sekarang semuanya telah berubah. aku bukan nak salahkan sesiapa tapi aku salahkan diri aku sendiri. sebab apa sebab aku lemah dan mudah sangat TERPEDAYA dengan mainan perasaan. 

jujur aku katakan aku banyak mengenangkan masa lalu aku. aku berfikir dan terus berfikir tapi kesudahan nya tiada siapa yang tahu. kenapa hati begitu mudah untuk diketuk dan kenapa begitu mudah untuk hati terjatuh. mungkin ia akan jadi saat yang indah bila kita jatuh cinta dengan orang yang benar-benar sayangkan kita. tapi sebaliknya bila kita hanya bertepuk sebelah tangan.

aku bukan anti LELAKI tetapi lelaki yang membuatkan aku anti dengan sikap meraka. untuk apa kau berikan harapan dengan sesorang tapi akhirnya kau tetap melukakan hatinya tanpa kau sedari. sebab itu aku katakan jangan pernah hadir dalam hidup jika bagi mu aku hanya tempat persinggahanmu. 

kenapa dan kenapa. terlalu banyak persoalan yang bermain di benak pemikiranku tapi aku sendiri sukar untuk mendaptkan jawapan yang pasti.kerana itu semua rahsia Allah. aku tahu aku salah kerana percaya semuanya. terlalu meletakkan harapan yang tinggi.  walaupun aku tahu semua itu mustahil. terlalu mustahil!!!!!!!!!!

ee. macam jiwang kan tapi bukan jiwang tapi ini luahan perasaan yang tiada siapa pun mengerti. yang pasti lepas ini aku kan tutup. aku akan tutup selama-lamanya pintuu hati dan kuncinya aku bunag jauh ke tengah lautan. untuk apa kunci kau pinta dari ku sedangkan kau hadir hanya untuk persinggahan kerana aku tahu aku bukan pilihan mu.

ok aku memang bosan dan aku memang benci dengan situasi ini. sangat benci dan aku benci dengan apa yang berlaku. sorry to say kalau aku melampau ke apa tapi memang aku rasa macam KEHILANGAN SESUATU YANG SANGAT BERHARGA DALAM HIDUPKU..


Thursday, October 20, 2011

esok pasti akan lebih baik

saya kecewa. ok sudah cukup mengambarkan kenapa saya kecewa. saya malas nak terang panjang dan taip panjang2 sebab saya memang tengah kecewa. ok.

banyak yang saya pelajari dalam hidup tapi saya masih tak tahu kenapa saya masih tak sedar-sedar diri.

bukan sebab tak sedar diri sebab apa pun tapi saya ni macam tak pandai serik-serik. berkali kali terluka tapi masih degil. masih suka cari pasal. 

suka sangat bermimpi di siang hari. ok saya kena kuat dan tegar. ingat nak dapat best pointer sem ni. mesti ingat.!!! jangan asyik fikir benda-bneda yang menyakitkan hati. dan jangan asyik berangan. dan jangan mudah untuk meletakkan harapan atas suatu yang belum pasti.

Saturday, October 15, 2011

Bersyukur atas umur yang panjang :)


ok saya da masuk 22 tahun :)

assalammualaikum semua :)

hari ini syukur alhamdulillah saya da masuk 22 tahun. umur semakin meningkat tapi muka masih baby face. (ok sangat perasan)

sebenarnya saya sambut hari jadi saya beberapa jam lebih awal. belum masuk jam 12 tapi dah siap tiup lilin. tak kisah la kan sebab semuanya dah selesai. seronok dapat sambut hari jadi bersama kawan-kawan. masuk kali ini dah 3 kali saya sambut hari jadi kat negeri kedah, jauh dari keluarga. 

kali ini special sikit sebab kami tak sambut kat luar. yelah selalu besday party pakai baju lawa-lawa, make up lepas tu get ready g keluar. tapi kali ini. kami just sambut kat kerusi batu depan bilik je kot. simple tapi paling istimewa. yeke istimewa.. mungkin kot. 

tetamu yang hadir hanyala BFF saya sahaja. sebab mereka la yang selalu ada kat sisi saya sepanjang 3 tahun saya kat kedah ni. sayang mereka sangat. tapi ada satu lagi tetamu istimewa yang hadir dan dia menjadi satu-satunya lelaki yang ada masa hari jadi saya. saya hargai dia sebab sudi datang celebrate sekali dengan saya dan kawan-kawan saya. thanks awak sebab sudi join party kami. siap jadi photographer kami. :P

tak buat apa pun cuma borak-borak,makan-makan dan yang paling penting ambil gambar. itu memang wajib. main tiup lilin lagi. entah la tapi hari jadi kali ini saya jadi super excited sikit sebab dapat hadiah. lama sangat tak dapat hadiah kan. thanks dear sebab bagi saya hadiah :)

lepas habis sambut besday masing-masing balik bilik dan tepat jam 12 dah masuk la mesej friends yang wish happy birthday kat saya. siap ada yang menyanyi birthday song lagi. sweetnya :)

tapi disebalik kegembiraan di malam hari tetap ada iar mata yang mengalir. sedih di hati tetap ada. sebab apa biarlah rahsia hati. dan sekarang saya sangat penat dan saya sangat tension dengan kerja-kerja yang berlambak. malas nak cerita benda sedih sebab hari ini kan hari jadi saya. jadi  itu sahaja dari saya.

pesanan ini untuk dearest BFF saya :

  • untuk tie terima kasih sebab teman saya pergi ambil kek dan beli KFC. memang mu selalu jadi kawan temanan saya. faham tak saya guna ayat apa. :P
  • dan untuk wani saya nak cakap terima kasih banyak2 sebab wani sanggup turun walaupun lambat. saya tahu wani tak sihat tapi wani tetap turun. sayang wani sangat2 :)
  • dan untuk n0r yang sangat jahat dengan saya :P gurau je, thanks jg sebab sudi teman saya pergi alor star. sanggup jalan kali dari CELCOM p pekan rabu. thanks sayang!!
  • untuk ilah pula nak cakap terima kasih sebab bagi hadiah yang sangat bermakna kot. macam tau2 je saya susah nak bangun p kelas kan. insya allah lepas ini saya akan rajin bangun awal :)
  • dan untuk asma terima kasih sebab wish besday saya tepat jam 12. thanks sebab sudi jadi roomate dan peneman tidur saya selama 5 sem ni. :)
  • last but not least untuk azwan. hee.. sorryla kalau saya mention nama awak kat sini tapi saya nak cakap thanks banyak-banyak sebab sudi datang dari kachi mai smbut sekali dengan BFF saya. awak kenal dah kan kawan2 saya. :P
dan untuk semua yang telah wish besday saya sama ada kat FB atau kat msg thanks yer. semoga dengan umur yang baru ini saya mampu jadi seorang wanita yang solehah dan mampu membahagiakan mak ayah saya. insya Allah saya akan terus berusaha untuk mendapat redha dari Allah. semoga daya dapat bertemu jodoh yang saya inginkan :)


wani,tie,nor,asma,ila dan ros

kawan baik sampai bila-bila :)





Tuesday, October 11, 2011

entah yang keberapa kali

                                                                               
assalammualaikum :)

i do.. i do.. YES I DO !!!!!

apa yang i do ni. kalau nak tahu kena tunggu episode seterusnya sebab rugi kalau tak tahu :P 

macam yang awak cakap antara dua hati :P

Saturday, October 8, 2011

awak !!!!!!!!!!!!!!

kenapa awak tak online..saya nak chat dengan awk..saya tunggu awak online tapi awk tetap tak online.. lama saya tunggu awak.. awak pergi mana?? kenapa saya mesti ingat awak.. pelik la sedangkan saya baru kenal awak tapi entah kenapa saya rasa macam dah lama kenal awak.. :(

ok la.. saya nak sibukkan diri saya. saya taknak sedih-sedih.. saya nak belajar rajin-rajin sebab sem ni saya nak dapat dekan. 

assalammualaikum dan nyte semua..

Friday, October 7, 2011

adakalanya sepi itu INDAH


Hakikatnya tiada siapa yang inginkan perasaan sepi itu, walau sejauh mana kita nak lari darinya ia tetap ada, perlukah dipertahankan satu rasa yang kita pasti tak kesampaian atau perlukah kita pertahankan sebuah kehilangan yang kita pasti kehilangannya jua suatu hari nanti atau kukuhkan sebuah ikatan yang terbina hanya di atas keruntuhan semalam, dikutip dari serpihan hati yang telah hancur berkecai?
Tatkala anda tidak mampu menjawab soalan-soalan seperti ini, ketahuilah sepi itu indah. Ketika anda tidak pasti untuk memberikan jawapan kepada soalan-soalan yang lahir dari hati anda sendiri, itu tandanya sudah sampai masa untuk berangkat pergi. Kala itu sepi lebih indah dari sebarang bunyi.

Meninggalkan kepada yang pasti dan memulakan yang baru pasti lebih baik dari menanti yang kenyataanya tak akan datang.
Jika anda terus berteka-teki sedang teka-teki itu tidak akan anda temui jawapannya, ketahuilah sepi mengatasi segala nikmat.

Namun indahnya nikmat sepi itu jika bersulam kasih dan sayang kepada yang satu.
Maka katakanlah kepada diri, kali ini kita biarkanlah perpisahan ini, satu pengorbanan yang perlu kerana hidup ini hanya akan bererti bila tiba-tiba terasa kehilangan dan diperlukan, antara rela dengan tidak, “walau kau lebih tahu, tak ada yang lebih berharga selain darimu jua aku tak dapat melupakanmu, yang hakikatnya amat payah kita buang kerana kau telah lama bertakhta di hati” namun itu tidak cukup untuk kita meneruskan perhubungan ini lagi.

Perpisahan lebih bermakna daripada satu perhubungan yang amat menyusahkan. Tatkala anda berasa amat sakit oleh satu perhubungan, adalah lebih baik melangkah pergi.
Adakalanya kita perlu melangkat kebelakang untuk mengorak langkah lebih pantas ke depan. Adakalanya kita perlu menyepi kerana tatkala ini kadang-kadang ia lebih bererti dari satu perhubungan.
Katakan, “Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap sampai nanti satu saat tak ada cinta yang aku dapat, kenapa ada derita bila bahagia tercipta, mengapa ada sang hitam bila putih menyenangkan, aku pergi tanpa dendam, terima kekalahanku.”

Ada waktunya, sepi menjadi lebih indah kerana di saat itu kita ada ruang untuk mengingati dan merindui.
Tidak perlu merayu pada orang yang tidak sudi. Hati ini milik kita. Bawalah hati itu dan pergilah dari situ.Cinta itu indah apabila ada urusan beri dan ambil. Jika hanya anda yang memberi dan dia tidak sudi semua urusan akan menjadi payah.

Sepi itu indah buat yang mengerti dan menyedari, walau derita yang ditanggung terkadang sepi itu membuat anda tenteram, mengajak hati anda menghayati setiap kejadian yang berlaku, bukan sepi yang membuat anda sengsara namun sepi akan menyedarkan anda yang dunia ini tidak selalu indah pasti ada duri-duri didalam setiap cerita yang ada di hati kita.


Sepi itu terkadang boleh membuat anda terlena dalam mengapai apa yang ingin hati miliki, hati ini telah membuat anda sepi dalam segala-galanya namun sepi itu membuat anda tenang dan membuat anda tersenyum walau terjatuh beribu kali , anda tetap bahagia kerana itu sepi adalah penawar kepada segalanya dan anda harus mengikhlaskan hati kepada sepi.


Sepi mengajak tangan kita agar mengambil atau mengutip setiap yang berharga di teratak hati kita. Didalam solat yang kita lakukan sepi jua yang membuat kita mengingati padaNYA, tidak salah menyepi yang penting didalam hati kita sentiasa mengingati Allah swt.

Semoga sepi itu mengajak kita kejalan kebenaran, bukannya
 mengajak kita jauh dari jalan yang sebenarnya, mengingati Allah swt lebih berharga dari sejuta sepi yang ada pada hati kita, kerana itu sepi yang indah pasti akan lebih bererti jika didalamnya penuh dengan nama-nama Allah swt, ucapkanlah dikala sepi mahupun kecewa, nikmatnya lebih berharga dari segalanya 

Wednesday, October 5, 2011

:: saya pasrah dan redha ::

assalammualaikum...

minggu ini minggu yang sukar buat saya.. saya telah kehilangan barang yang saya sayang. belum sempat saya menikmati tapi telah hilang dari mata saya. seriously saya sedih tapi nak buat macam mana dah bukan rezeki saya kan. saya cuba untuk bersabar dan alhamdulillah saya mampu untuk terima hakikat. 

untuk apa saya menitiskan air mata. untuk apa saya terus menyesali apa yang telah berlaku. seolah-olah saya menolak takdir. dan saya tidak ingin jadi sesorang yang menolak takdir dari Allah. kerana saya tahu pasti ada hikmahnya dengan setiap apa yang telah berlaku. mungkin Allah menguji saya dengan hanya kehilangan benda. ya benda boleh dicari ganti. tapi bayangkan jika kita kehilangan sesorang yang kita sayang. pasti tidak akan terganti.

tak nak sedih-sedih dan saya cuba untuk gembira.iya kot..sekarang cuba untuk lebih fokus dengan benda yang lagi penting dalam hidup saya.ok saya juga nak kurus.. td jogging :) yes saya berjaya juga joging dengan jayanya untuk hari ini. target untuk capai 47kg harus boleh!!!!!!!!

itu je kot buat masa ni. nk solat pastu nak pergi expo konvo pula.. balik kena study dan buat tutorial.. semangat :)