Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Tuesday, January 24, 2012

selamat datang ke Terengganu

assalammualaikum..

21/1/2012 alhamdulillah selamat sampai ke terengganu. Bertolak dari Kedah pukul 7 pagi dan sampai dengan selamatnya kat Kuala Berang pukul 8.30 malam. tak sangka pula perjalanan kami berjalan dengan baik dan selamat. 1st time wani bawa kereta balik terengganu. dan kami salute wani. go wani go!!

saya dan asma sampai dulu kat rumah wani. Diorang yang lain akan menyusul kemudian, 26/1 ni diorang datang rumah. Tak sabar pula nak berkumpul ramai-ramai dan gosip-gosip macam selalu. Sebab lepas ni salah sorang dari kami akan jadi isteri orang. mesti lain sangat nanti kan. Tapi tak kisah sebab kami tetap kawan sampai bila-bila.

seronok juga duduk Terengganu ni, 1day sampai je saya dah belajar cara nak buang ekor siput sedut. Dulu saya dengar je nama siput sedut ni tapi tak pernah pun rasa dan tengok depan mata. Dan buat pertama kali nya saya makan siput sedut. serious sangat sedap sampai saya gigit je siput tu. kelakar bila ingat balik.

lepas tu saya dan asma tolong wani buat apa yang patut. Tolong kemas rumah. kemas bilik pengantin dan tolong beli hantaran semua. memang kenangan yang terindah dalam hidup sebab saya tak pernah alami suasana kenduri kahwin kat semenanjung. dan seronok sangat dapat tolong wani buat yang terbaik untuk majlis kahwin dia.

sedar tak sedar kurang dari 8 hari lagi wani akan jadi isteri. Tahniah wani. semoga jadi isteri yang solehah yer. kami selalu doakn kebahagiaan wani dan safuan =) sebab kami tak sabar nak dapat anak buah yang comel2 mcm umi dan abi dia. =P

tapi disebalik kegembiraan kat terengganu ni ada pula benda yang menyebabkan saya sakit hati. sakit hati sebab dia. malas nak cakap panjang-panjang sebab dia tu memang suka buat saya macam ni. dua-dua keras kepala. dua-dua ego. tapi last minta maaf lepas tu buat lagi. pening-pening.

nak tengok gambar tak. urm kejap yer saya belek-belek dulu gambar apa yang ada. oh ya. sebelum terlupa saya beli dua novel terbaru. dan novel tersebut aadalah hasil karya penulis kesukaan saya. SITI ROSMIZAH dan FAUZIAH ASHARI. saya rasa siapa yang peminat setia novel mesti kenal siapa diorang ni kan. rugi la kalau tak pernah baca karya diorang.

kat Terengganu juga saya belajar masak. belajar makan makanan orang terengganu. Yelah kan mana tau dapat jodoh orang terengganu hahahahah.. (gelak jahat sampai sakit perut) tapi satu ja yang saya tak boleh faham sangat bila orang terengganu cakap pelat. sumpah saya akan blur dan tunggu otak mentafsir maklumat baru boleh faham. nasib ada wani tolong translate. susah-susah =(

oklah cukup setakat ni. saya nak mandi sebab badan pun dah melekit sangat. berjalan sakan dari Kuala Terengganu kan. esok-esok jalan lagi =)

gud nite dan till then guys =)