Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Saturday, April 7, 2012

Tinggal aku sendirian :(

assalammualaikum...

Hari ni hari kedua aku bersendirian kat bilik ni. Semua kawan lain dah balik kampung masing-masing dan tinggal aku seorang diri kat sini. Ya Allah, hanya Dia ja yang tahu apa yang aku rasakan bila aku tidak berkesempatan untuk balik Labuan. Almost 5 bulan dah aku tak balik rumah. Satu masa yang lama di mana aku tidak dapat berjumpa dengan kedua orang tuaku serta adik beradik ku yang lain. Aku rindu sangat dengan mereka. Rindu sangat-sangat. Hingga hampir setiap hari aku ingatkan mereka. Hanya doa yang mampu ku kirimkan untuk mereka semoga sentiasa berada dalam lindungan Allah.

Ketika ini air mata memang tidak mampu dibendung. Laju mengalir membasahi pipi. Tapi aku kena kuat dan sabar, Tapi setiap kali teringatkan mereka pasti aku akan menangis. Kenapa aku jadi begitu sensitif ni. Mereka yang lain boleh bayangkan ke sekiranya mereka berada di tempat aku. Hidup bersendirian di negeri orang, berdikari dan terpaksa melakukan semuanya dengan sendiri. Bermulanya langkah aku ke negeri Kedah ini semua aku harungi sendirian. 

Tika mereka yang lain ibu bapa berpusu-pusu menghantar anak mereka ke universiti buat pertama kalinya, berbeza dengan aku. Aku terpaksa pergi mendaftar ke universiti dengan sendiri. Dari Labuan  aku terbang ke KL dan akhirnya ke Alor Setar semua aku harungi dengan sendirian. Aku tahu mama dan bapaku punya alasan yang kukuh kenapa mereka tidak boleh menghantar aku. Masa itu hanya air mata menjadi peneman aku. Berminggu aku menangis menatapi diri yang terpaksa hidup berdikari tanpa mama n bapaku. 

Bila aku lihat ibubapa yang lain begitu teruja mengurus anak mereka semasa sesi pendaftaran aku hanya mampu membayangkan betapa indahnya sekiranya keluarga aku turut ada di sini menemani aku. Tapi aku cepat-cepat tersedar semua itu mustahil. terlalu jauh jarak antara Labuan dan Kedah. Bila aku lihat ibubapa yang lain sibuk membelikan anak mereka peralatan untuk kegunaan harian , aku pula terpaksa mengurus semua itu sendiri. Mengusung beg ke bilik dan membeli barang keperluan sendirian.  Semua itu masih segar di fikiran aku.

Dan aku tidak berpeluang untuk balik setiap kali cuti semester kerana aku tidak mahu menyusahkan kelurgaku. Tambang flight bukannya murah seperti tambang bas. Mereka yang lain mungkin boleh pulang dengan gembira bila tibanya cuti. Tapi aku hanya mampu untuk pulanh sekirannya cuti panjang sahaja. Dan selebihnya aku habiskan masa dengan menumpang kasih di rumah orang. Bolehkan kalian bayangkan perasaan aku bila aku terpaksa melalui semua ini seorang diri. 

Jatuh bangunnya aku tiada siapa yang kisah. Ya mungkin aku punya sahabat tapi tetap tidak sama dengan keluarga sendiri. Aku hanya mampu mendengar suara mereka melalu telefon dan saat aku dengar suara ibuku aku hampir menitiskan air mata. Betapa aku rindukan mereka. Terlalu rindu. Mama.... aku rindu dengan mama... rindu sangat.....

Walaupun dulunya aku selalu berdoa agar aku akan pergi jauh dari mereka dan Allah memakbulkan doa aku. Aku akhirnya melanjutkan pelajaran jauh di Utara tanah air. Tapi aku semakin sedar yang aku memang tidak boleh hidup tanpa mereka. Hanya mereka yang ada untuk aku. 

Hanya satu yang selalu mamaku pesan. Belajar rajin-rajin dan jadi kebanggaan keluarga. Buktikan dengan mereka yang pernah menghina keluarga kita bahawa hidup kita mampu untuk berubah. Biar kita miskin harta janji biar kita kaya dengan ilmu. Ingat nak jaga diri baik-baik. Jangan malukan keluarga. Ya Allah Insya Allah ma, aku akan pastikan aku mampu membahagiakan mama,bapa dan adik-adik yang lain.  Perjalanan aku masih belum selesai, aku kena terus kuat dan kena kuat. Ingatlah doa mamaku selalu ada untuk aku. Dan Insya allah tahun depan mama dan bapa boleh datang untuk majlis konvo aku nanti. Dan waktu itu aku tahu aku telah membahagiakan mereka. 

Aku tidak mampu untuk terus menaip. Aku terlalu sedih. Sedih mengingatkan keluarga yang jauh dari aku. Lindungi mereka Ya Allah. Jangan ambil mereka selagi aku belum mampu membalas jasa mereka. Terlalu besar pengorbanan mereka untuk aku. Terlalu tinggi nilainya. Aku tahu mati itu pasti tapi jangan ambil mereka dulu selagi semua belum terbalas olehku. Amin ya Rab..