Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Monday, October 24, 2011

kata-kata motivasi






sekarang hanya kata-kata ini yang dapat membuatkan saya untuk terus kuat dalam hidup :)

aku hanya mampu menaip

assalammualaikum..

sebenarnya terlalu banyak yang berlaku dalam bulan ini.. bulan yang penuh dugaaan buat aku. cuma apa aku mampu atau tidak untuk mengharungi semua dugaan ini. dan apabila usia semakin meningkat semakin aku menyedari yang aku menjadi lebih sensitif. lebih mudah menitiskan airmata. tapi aku pelik kenapa aku menangis hanya yang melibatkan perasaan tapi aku tidak menitiskan air mata tika aku kehilangan benda. 

bulan ini sahaja entah keberapa ratus kali aku menangis. aku bukan jenis yang mudah menitiskan airmata dan aku bukannya gadis yang mudah mengalah tapi entah lah sekarang semuanya telah berubah. aku bukan nak salahkan sesiapa tapi aku salahkan diri aku sendiri. sebab apa sebab aku lemah dan mudah sangat TERPEDAYA dengan mainan perasaan. 

jujur aku katakan aku banyak mengenangkan masa lalu aku. aku berfikir dan terus berfikir tapi kesudahan nya tiada siapa yang tahu. kenapa hati begitu mudah untuk diketuk dan kenapa begitu mudah untuk hati terjatuh. mungkin ia akan jadi saat yang indah bila kita jatuh cinta dengan orang yang benar-benar sayangkan kita. tapi sebaliknya bila kita hanya bertepuk sebelah tangan.

aku bukan anti LELAKI tetapi lelaki yang membuatkan aku anti dengan sikap meraka. untuk apa kau berikan harapan dengan sesorang tapi akhirnya kau tetap melukakan hatinya tanpa kau sedari. sebab itu aku katakan jangan pernah hadir dalam hidup jika bagi mu aku hanya tempat persinggahanmu. 

kenapa dan kenapa. terlalu banyak persoalan yang bermain di benak pemikiranku tapi aku sendiri sukar untuk mendaptkan jawapan yang pasti.kerana itu semua rahsia Allah. aku tahu aku salah kerana percaya semuanya. terlalu meletakkan harapan yang tinggi.  walaupun aku tahu semua itu mustahil. terlalu mustahil!!!!!!!!!!

ee. macam jiwang kan tapi bukan jiwang tapi ini luahan perasaan yang tiada siapa pun mengerti. yang pasti lepas ini aku kan tutup. aku akan tutup selama-lamanya pintuu hati dan kuncinya aku bunag jauh ke tengah lautan. untuk apa kunci kau pinta dari ku sedangkan kau hadir hanya untuk persinggahan kerana aku tahu aku bukan pilihan mu.

ok aku memang bosan dan aku memang benci dengan situasi ini. sangat benci dan aku benci dengan apa yang berlaku. sorry to say kalau aku melampau ke apa tapi memang aku rasa macam KEHILANGAN SESUATU YANG SANGAT BERHARGA DALAM HIDUPKU..