Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Wednesday, April 27, 2011

jangan mudah mempercayai lelaki


hari terus berlalu dan aku semakin meningkat dewasa..dari seorang gadis pemalu dan biasa kini lahir seorang wanita yang lebih tegar dari sebelumnya..dia berubah menjadi seorang wanita yang mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri..wanita yang tidak perlukan cinta dari seorang lelaki dayus.

mungkin dulu aku percaya pada lelaki.aku mudah untuk jatuh cinta..dan aku mudah untuk memberikan hatiku untuk lelaki tapi kini semua itu telah tiada..hati aku terus berkata-kata bahawa lelaki adalah insan yang penuh dengan kepalsuan..penuh dengan tipu helah..

dan mungkin sebab itu aku kunci hatiku..ya memang benar hati aku telah tertutup untuk cinta dan untuk lelaki yang pasti..salah siapa??salah aku atau salah lelaki yang telah mempermainkan aku selama ini..terkadang aku terfikir aku dikelilingi oleh lelaki yang PENIPU!!!

memang benar aku dikelilingi oleh lelaki yang hanya hadir seperti angin..bila ianya tiba ia mampu mendamaikan kita tapi selepas itu angin tetap pergi sama  seperti lelaki..hanya hadir untuk menyakitkan hati..sebab itu aku tidak percaya kata2 lelaki..terutama lelaki hanya inginkan nafsu semata-mata..

aku benci dengan lelaki yang hanya tahu menyakitkan wanita..lelaki yang sering mebuatkan kaum hawa menitiskan airmata..untuk apa mereka hadir dalam hidup jika hanya untuk memberikan luka yang parutnya kekal selama-lamanya..

jangan salahkan aku bila aku benci lelaki..jangan salahkan aku bila hatiku terkunci untuk cinta..ini bukan kehendak ku tapi ini semua disebabkan oleh penangan lelaki..untuk apa kata cinta yang kau lafazkan tapi kau tetap pergi bersama perempuan lain..kau memang dayus..

aku wanita biasa..wanita yang mungkin kuat tapi sekuat mana aku hati aku tetap merintih sedih..pilu tetap menghiris sanubari..aku tidak inginkan kekayaan..tidak inginkn pangkat dan rupa paras..kerana itu semua bagi aku tidak kekal..cuma aku ingin cinta yang suci..cinta yang lahir bukan kerana nafsu tapi kerana Allah..cintai aku hanya kerana Allah..cintai aku untuk mendapatkan keredhaan -Nya

tapi kenapa aku hanya bertemua dengan insan yang penuh kepura-puraan..kamu tidak layak untuk menyakitkan hatiku..tidak sama sekali..dan jangan pernah hadir dalam hidup ku hanya untuk mempermainkan perasaan aku..jangan cuba sama sekali..dan jika itu berlaku jangan salahkan aku bila aku bencikan kau..




0 comments:

Post a Comment