Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Wednesday, November 16, 2011

perkara yang saya suka dalam hidup =)

assalammualaikum =)

rasa lama tak update blog. saya sekarang rajin online kat facebook je. minggu ni memang minggu yang sangat sibuk untuk saya. sampaikan saya rasa waktu tidur saya tak menentu dan jerawat mula membiak. tapi nasib dapat dikawal. fuhh!! minggu saya sibuk dengan assignment dan mid term. syukur alhamdulillah semua berjalan baik walaupun asa kalanya saya rasa macam nak tumbuk muka orang je. (propa je lebih )

ok la berbalik dengan tajuk entry saya kat atas. saya nak kongsi la sedikit sebanyak perkara atau benda yang suka dalam hidup saya. saya je buat entry ni sebab nak lepaskan tekanan yang makin menjadi-jadi =_=

pertama : saya suka makan
  • dengar je saya cakap saya suka makan mesti korang cakap patutla gemuk sebab suka makan. dan saya akan jawab so what. suka hati la saya nak makan apa. tapi saya suka makan macam-macam terutamanya benda-benda yang sweet macam chocolate. sedapnya rasa bila dapat makan coklat. thank God saya duduk kat labuan. syurga coklat kat situ.
kedua : saya gila shawls
  • saya memang gila bila tengok shawls. rasa macam nak rembat je semua shawls yang jual kat kedai tu. saya pun tak tahu lah kenapa saya suka sangat buat koleksi shawls ni. sedangkan sampai ada yang saya tak guna, tersimpan kukuh je kat almari tu, macam membazir kan tapi dah tabiat kot. saya cuba kurangkan tapi tetap susah. 
ketiga : saya pantang tengok dress yang nampak VINTAGE 
  • part ini membuatkan saya terpaksa duduk sekejap ambik nafas dalam-dalam sebab saya memang tak boleh tengok dress especially yang vintage. sumpah saya akan beli tapi beli tengok purse duit semakin ciput terpaksa tahan nafsu. tapi saya akan beli juga. tak kisah la orang nak cakap apa sebab bagi saya yang pelik itu cantik!!
keempat : saya suka kena belai dan dimanja 
  • sila jangan salah sangka dengan tajuk diatas, itu cuma propa. maksud sebenarnya saya suka kena belai kat rambut dan kena garu. ok perangai yang tak senonoh kot tapi mostly family dan best friends saya tahu saya suka dimanjakan. contoh nya time nak tidur tu kalau boleh saya nak ada orang tolong usapkan rambut saya. dan yang pasti jadi mangsanya ialah TIE dan NOR. sayang korang dua =)

ok itu je buat masa ini. take care and till then =)


0 comments:

Post a Comment