Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Thursday, January 26, 2012

bila hati berbicara

assalammualaikum semua..

tajuk entry kita pada hari ini ialah bicara hati. ada apa dengan bicara hati. kenapa hati perlu berbicara. bagi saya hati saya sering berkata-kata. adakalanya apa yang berlaku membuatkan saya perlu mendengar kata hati.  sebab bagi saya kata hati selalu betul. tiada yang salah dengan hati. hati terlalu sukar untuk ditafsir tapi amat mudah untuk memahami.

mungkin luaran kita gembira. gelak ketawa menjadi peneman namun ada siapa yang tahu apa isi hati kita. apa yang hati inginkan. tiada siapa yang tahu wahai kawan kerana hanya kita yang tahu siapa kita. adakalanya hati begitu mudah untuk disentuh, begitu mudah untuk terjatuh namun bila hati disakiti sukar untuk diubati.

kenapa dan kenapa.. persoalan dan persoalan yang timbul sukar untuk dijawab. mungkin kali pertama namun sudah berkali-kali saya terluka dan dilukai. sudah cukup penat untuk terus bertahan. selagi saya mampu bertahan saya akan bertahan tapi sampai bila saya akan bertahan. saya sedih memang saya sedih. saya mungkin menipu perasaan saya tapi sejujurnya saya sedih.

berkali-kali saya pesan pada hati agar terus kuat. agar tidak mudah mengalah. apa saya yang terlalu sulit untuk dtafsir atau saya yang terlalu ego. tapi ada apa dengan ego seorang wanita. wanita yang mudah tersentuh dan mudah terasa. mungkin benar cinta di hati masih sukar untuk dimiliki.

saya hanya mampu menaip dan menaip tapi sampai bila jejari ini mampu menaip. mungkin apa yang berlaku tidak boleh dikongsi. tapi yang pasti pandang mata dan cuba selami ke dasar hati kita. kenapa begitu sukar bagi kau untuk cuba memahami diri ini walupun sedkit pun.

wahai hati bertahanla.. jangan biarkan hati ini terus tergores walau secalit pun. kerana sudah terlalu banyak hati mu merintih pilu. terlalu banyak kesakitan yang kau rasakan. jalani hidup mu seperti dulu kala. ceriakan wajahmu dengan gelak tawa dan gurau senda. ingatlah wahai hati pasti akan ada ruang dihati mu untuk dia yang benar-benar sayangkan kamu,

berhenti berbicara. hentikan segala tangisan yang ada. jangan biarkan hati terus menangis,. peliharalah hati dan insya allah kebahagian pasti milik mu. jadikan apa yang berlaku satu pengajaran dan ingatlah hati ini semua ada hikmahnya.




0 comments:

Post a Comment