Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Tuesday, January 17, 2012

tugas sebagai pengapit

assalammualaikum..

rajin benar update blog nampak. ambil peluang yang ada untuk terus menaip sebab  lepas ini mungkin akan lebih susah untuk update blog,fb n twitter. yelah kena balik terengganu dan kena tolong bakal pengantin buat persiapan kahwin. TERUJA sangat (ni lah bila angan-angan terlalu tinggi)

sebelum saya terlupa tadi kami keluar kejap g changlun isi minyak kereta. lepas kami boleh pula singgah kat butik PEACE tanpa ada rasa bersalah dengan exam yang setia menanti kami. betul-betul tak sedar diri. tadi lepas hantar nor and ilah kat dewan exam so kami 4 org lagi keluar p meronda-ronda.

sebenarnya tak plan pun nak masuk butik PEACE tapi wani nak tengok baju untuk dia kahwin nanti. so kitorang pun dengan sehelai sepinggang dengan duit tak bawa taklah terliur nak tengok baju kat situ. walhal mata tu dah berkaca-kaca melihat baju-baju yang super cantik. 

TAPI tiba-tiba setelah mencuba baju-baju kat situ ok kami BERKENAN sangat. mulalah  kami berfikir untuk cari baju yang sama untuk majlis kahwin wani nanti. dan teka kami dah booked baju kat situ 6 helai ok.. 6 helai untuk kami 6 sahabat yang sememangnya super comel. perasan kejap. akhirnya tercapai juga hasrat nak beli baju yang sama untuk majlis kenduri nanti. dan yang pasti kami akan menyerah dan menonjol tapi taklah sampai over dari pengantin pula.. =)

dan yang paling buat saya teruja ialah saya akan jadi pengapit untuk majlis itu nanti. tak sangka sebenarnya akan diberi peluang untuk jadi pengapit untuk kenduri kahwin kawan baik sendiri. mula-mula tu ingat nak main-main je yelah sebab saya tak pernah jadi pengapit seumur hidup saya. dan bila wani offer saya suruh jadi pengapit saya pun setuju. mungkin akan jadi kenangan yang terindah dalam hidup saya.

ini sekadar gambar hiasan sebab kami lagi super hot ok.. hahaha






2 comments:

MAYA said...

terengganu dimana??

SANTY said...

terenggani dekat kuala berang..

Post a Comment