Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Wednesday, April 18, 2012

Meraka adalah sahabat saya

Assalammualaikum semua..

Alhamdulillah saya masih diberi kesempatan untuk menghirup udara dan masih berpeluang untuk berkongsi cerita saya bersama pembaca sekalian. Lama rasanya tak update blog, tiada alasan kerana semua yang berlaku adakalanya tidak perlukan penjelasan. Hari ini saya nak berkongsi cerita mengenai hidup saya bersama sahabat saya. Saya bersyukur sangat kerana dari sekolah saya telah dianugerahkan dengan sahabat-sahabat yang baik sehingga saya ke universiti saya tetap mendapat sahabat yang baru. Mungkin bagi mereka yang tidak tahu saya bukan seorang yang peramah dan seorang mudah untuk memulakan suatu perbualan atau perhubungan. Tapi bila saya mula bercakap pasti mereka yang kenali saya akan tahu sikap saya yang sebenarnya. 

Setiap orang pasti mempunyai sahabat baik mereka. Ya mungkin mereka beranggapan sahabat dan kawan adalah 2 benda yang sama tapi bagi saya sahabat itu lebih mendalam maksudnya. Hanya mereka yang tahu apa itu sahabat akan dapat menghargai erti sebuah hubungan itu. Oleh kerana saya bukan seorang yang peramah jumlah kawan saya adalah sangat sedikit. Tapi peduli apa dengan angka itu. Apa guna kawan beribu-ribu sekiranya semuanya tidak kekal hingga ke hari ini. 

Banyak yang saya pelajari selama ini. Bermulanya dari sekolah convent yang semua pelajarnya hanya perempuan. Tapi di situ saya kenal banyak benda. Saya dapat kenal kawan baik saya yang alhamdulillah masih kekal berkawan sehingga ke hari ini. Bayangkan dari umur 13 tahun sehingga umur 23 tahun kami masih mampu bersahabat baik. Bersyukur sangat saya diberikan kesempatan untuk mengenali mereka-mereka semua. Semua kenangan masa zaman persekolahan tiba-tiba berlegar-legar di kepala saya, semuanya masih segar. Masih ingat kah dengan PROM NIGHT kita. Masa tu semua sibuk mencari dress yang sesuai untuk prom nite. Hari meraikan yang kita telah tamat sebagai pelajar sekolah. Walaupun kita telah terpisah jauh dan masing-masing sibuk dengan urusan sendiri tapi kita tetap kawan yang baik. Dan waktu ini saya rindu apa semua kenangan zaman sekolah. 

Lepas tamat form 5 saya sambung form 6 iaitu saya akan bertukar sekolah. Dan buat pertama kalinya saya akan bersekolah campur dengan lelaki setelah 5 tahun saya bersekolah di sekolah convent dimana muridnya semua adalah perempua. Ini bukan sesuatu yang mudah untuk saya menyesuaikan diri dengan keadaan sekolah yang baru dan kawan yang baru. Tapi mungkin takdir menyebelahi saya dan saya dapat menyesuaikan diri dengan kawan baru. Iya buat pertama kalinya, akhirnya saya ada kawan lelaki di sekolah(tak termasuk sekolah rendah). Dan buat kelas 6BC/6AC kita tetap geng kelas yang terbaik dan suka bila kita dapat gathering sama-sama. 

Dan apabila masuk ke universiti saya masih dengan perangai saya yang saya rasa memang tidak boleh berubah lain dan tidak bukan saya bukan peramah ok. Tapi mungkin kerana saya memang baik hati (nada perasan kejap tapi suka hati la :p) dan akhirnya saya berjumpa kawan saya yang dari semester 1 dan sehingga ke semester 6 ini masih bersama, dan berharap sangat akan kekal sampi bila-bila walaupun selepas kita grad. 

Terlalu banyak yang saya belajar dan terlalu banyak kenangan pahit dan manis. Tapi Cuma 1 yang saya pasti kekasih akan datang dan pergi tetapi sahabat sejati tidak akan pernah tinggalkan sahabat mereka. Itu yang terjadi dengan saya dan 1 prinsip saya yang saya pegang sehingga ke hari ini. Saya tidak kisah tidak punya kekasih atau boyfriend tapi saya tidak boleh kehilangan kawan-kawan saya. Sebab hanya mereka yang sentiasa hiburkan hati saya. Iya keluarga memang ada tapi mungkin kelurga kita tidak mampu untuk memahami kita sepertimana kawan kita. Pedulikan kata orang lain tapi bagi saya cukup punya keluarga dan sahabat. Dan mungkin sebab itu sekarang ni saya dah lali dengan status single saya. 

Dengan kawan baik kita jadi diri kita yang sebenarnya. Tidak perlu bersikap hipokrit dan berpula. Saling bantu membantu dan saling tegur menegur dan sentiasa menjaga hubungan ini dengan sebaiknya. Itulah saya cukup sederhana dan mungkin terlalu sukar untuk ditafsir dan dikenali tapi saya tetap saya. Susah untuk ubah diri saya tapi saya pasti suatu hari nanti akan ada jalan yang terbuka untuk saya lalui. 

Apa yang dapat saya simpulkan terpulang dengan individu itu untuk mentafsir apakah erti sebuah kawan dan sebuah persahabatan. Bagi saya biar sedikit angka kawan yag kita ada janji mereka sentiasa ada untuk kita. Ya saya tahu akan ada yang berkata ‘alah kawan ja pun. Nanti abis study lost contact la la dan bla bla..’ tapi itu semua dari kita sendiri. Selagi niat kita ikhlas untuk berkawan dan selagi kita ikhlas sayangkan persahabatan yang terjalin insya allah semua akan kekal walau sesibuk mana kita selepas ini. Antara cinta dan sahabat sukar untuk membuat pilihan. Tidak perlu membuat pilihan tapi jagalah kedua-duanya. Suatu saat kita akan tahu apa itu erti cinta dari sebuah persahabtan.



0 comments:

Post a Comment