Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Monday, April 28, 2014

Bila terpaksa membuat pilihan

Assalammualaikum..

Ya Allah tidak tergambar perasaan di hati ini bila terpaksa berdepan dengan situasi seperti ini. Sungguh tiada apa yang mampu menggambarkan perasaan ini. Kenapa harus rasa terpaksa. Situasi seperti ini memang bukan yang aku inginkan. Aku dipersalahkan atas bukan pilihan ku sendiri. 

Iya jodoh memang rancangan Allah. Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan.Tapi kenapa perlu semua orang sibuk untuk menentukan masa depan aku. Kenapa perlu orang ketiga. Biar aku cuba untuk tentukan apa yang aku inginkan. Aku tidak perlu simpati orang lain. Tidak sama sekali. Ini bukan aku. 

Sungguh hati ini susah untuk digambarkan. Kecewa, sedih semua bersatu. Kenapa orang tua ku sendiri tidak cuba untuk mempertahankan pendapatku. Kenapa mereka tidak memahami apa yang anak mereka ini rasakan. Sedih! Air mata hampir menitis namun aku tahan kerana aku tidak mahu kelihatan lemah walaupun ketika ini perasaan ku tengah berkecamuk. 


0 comments:

Post a Comment