Blogger Layouts

ALL ABOUT SANTY

ALL ABOUT SANTY

Monday, May 23, 2011

akhirnya berakhir sudah episod cinta

asssalammualaiku..

hye nama saya santy.. ikut gaya maria elena cakap.. sumpah hot ok. akhirnya exam dah habis dan ini bermakna tamat la sudah episod memenatkan di UUM untuk semester ini. paper last business law, entah lah nak bagi komen macam mana tapi saya hanya mampu berdoa ja supaya saya lulus dengan baik. amin ya rab =)

exam dah habis so bermula episod untuk mengemas barang.part ini yang saya malas sikit nak buat. yala banyak sangat baju nak packing tu..belum masuk buku-buku lagi.saya takut luggage saya over weight pula nanti. make sure tak lebih 25 kg. kalau tak memang kena bayar la.. tapi so far nak naik  MAS tak pernah lagi over weight tak macam air asia memang sure sangat akan terlebih pastu mula lah kena bayar exra, MENIPU je lebih.

sebenarnya saya nak buat surat cinta untuk bakal suami saya. =P saya saja je nak tulis surat cinta sebab saya tak tahu dia siapa pun. ini sebagai hiburan semata-mata untuk menunggu hari balik LABUAN je. mungkin entry ini akan pernah didengar or pernah dibaca oleh orang kat luar tapi ini khas dari hasil karangan saya untukbakal suami saya nanti

buat bakal suami ku..

assalammualaikum awak.. 

saya saja je nak tulis surat ni sebab saya terfikir siapa bakal suami saya nanti. so tak salah kan saya buat surat untuk awak sebab manalah tahu awak ada kat luar sana tu dan mungkin tengah menbaca blog saya..

awak tahu tak saya ni tak sesempurna orang lain.saya banyak kekurangan dan saya mungkin tak layak untuk awak.. setiap lelaki mungkin inginkan wanita yang baik dan sesempurna sifatnya untuk menjadi suri dalam hidupnya. tapi awak boleh terima saya ke apa adanya..

saya bukan lahir dari keluarga berada, tapi syukur alhamdulillah sebab saya mampu hidup selesa lagi bersama kelurga saya.. bagi saya untuk apa wang berjuta-juta tapi hidup kita tak seindah orang lain yang mungkin hidupnya serba kekurangan.. awak tahu tak saya tak suka minta simpati dari orang lain terutama lelaki. saya sendiri akan berusaha untuk dapatkan kerjaya yang baik. awak jangan lah risau saya tak akan menyusahkan awak asalkan awak bagi saya berkerja nanti.

awak sebelum saya jumpa awak saya dah banyak kali kecewa dalam percintaan.bukan saya tak setia tapi kenapa saya yang kena tinggalkan. sebab tu sekarang saya taknak bercinta, biarlah cinta saya kini untuk awak je bakal suami saya. tak kisah la orang nak cakap saya pelik atau buang tabiat. lain orang lain prinsip. so ini prinsip saya.. saya harap awak jangan tinggalkan saya

saya bukan lah baik sangat. kadang kala saya ni jahat juga. iman pun senipis kulit bawang. solat pun kadang kala tertinggal. terutama solat subuh tu.. tapi saya dah mula belajar untuk tidak terlepas solat subuh lagi. kawan-kawan saya pun selalu ingatkan untuk solat. syukur sangat dapat kawan yang sama-sama bimbing kita kan.. nanti bila kita dah kahwin saya nak solat berjemaah dengan awak. awak jadi imam saya jadi makmumnya..

awak nak tahu juga ke saya sebanarnya tak pandai masak. bukan tak reti cuma tak pandai sangat. ilmu masakan tak tebal lagi. lau setakat masak yang simple-simple boleh kira lagi. tapi bila awak suruh saya masak gulai atau masak lemak belum tentu sesedap masakan mak awak. tapi jangan risau la awak saya pasti akan masakan awak setiap hari walaupun kita makan maggie je. sedap tau saya masak maggie =)

sebenarnya banyak lagi saya nak bagitau awak tapi biarlah bila kita sendiri bersua muka.. siapa awak sebenarnya hanya Allah yang tahu. impian saya ialah saya akan berjumpa lelaki yang benar-benar sayangkan saya. saya harap itulah awak. setiap sujudku saya sentiasa berdoa agar dikurniakan jodoh yang baik-baik..






0 comments:

Post a Comment